Pada petang tadi, aku telah menonton filem yang dibintangi Beto Kusyairy dan jelitawan Siti Saleha iaitu filem Aku, Dia Dan Tong Sampah.
Filem itu mampu membuat aku bergelak ketawa.
Terdapat beberapa pengajaran daripada mesej-mesej ringkas yang bermakna daripada filem itu.
Menarik untuk ditonton dengan dialog yang bersahaja dan realistik.
Namun, filem itu tidak begitu berbekas di hatiku untuk aku minati.
Tidak menyentuh jiwaku meskipun mengandungi elemen romantik.
Tidak begitu menyerlah meskipun mengandungi elemen komedi.
Kini, aku sedang menonton filem Janji Jujur Sepi yang dibintangi Beto Kusyairy sekali lagi dan seorang lagi jelitawan yang amat aku minati iaitu Neelofa.
20 minit pertama berjaya mencengkam perhatianku terutama sekali dialog antara watak-watak dalam dua babak ini:
*Dialog pertama*
"Saya tahu. Nanti awak pun tinggalkan saya. Macam Papa. Macam Jo."
"Awak, saya ni tak ada sebab nak tinggalkan awak."
"Janji?"
"Janji?"
"Takkan tinggalkan saya."
.......
"Janji?"
(Tidak berjawab)
*Dialog kedua*
"Tengah-tengah malam ni bukan selamat pun."
"Bukan tempat ni. Danny yang buat dia rasa selamat."
Walaupun Beto Kusyairy bukan seorang pelakon yang kacak seperti Aaron Aziz yang cukup popular di Malaysia dengan watak-watak hero yang dibawa, namun bakat lakonan Beto Kusyairy yang baik dan bersahaja itu boleh dikatakan menyaingi Aaron Aziz.
Aku yakin bahawa filem Janji Jujur Sepi ini lebih bagus daripada Aku, Dia dan Tong Sampah.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Monday, November 19, 2012
Filem yang sedang ditontoni: Aku, Dia dan Tong Sampah
Aku sedang menonton filem yang boleh dikatakan amat menarik di Youtube iaitu filem Aku, Dia dan Tong Sampah.
Apabila aku membaca sinopsis tentang filem ini, filem ini dideskripsikan sebagai genre romantik komedi.
Bagi penggemar filem bergenrekan romantik komedi, sudah tentu aku tertarik untuk menontonnya.
Bahkan pelakon lelaki yang aku minati dek bakatnya yang terserlah melalui drama bersiri Juvana dan filem Jujur Aku Dayus memegang watak utama dalam filem Aku, Dia dan Tong Sampah ini.
Beliau yang dimaksudkan ialah Beto Kusyairy.
Setelah aku mainkan filem ini, aku terus terpana kerana tidak menjangkakan bahawa pelakon wanita yang juga memegang watak utama dalam filem ini ialah Siti Saleha yang ternyata amat aku minati kerana kejelitaannya yang mempesonakan.
Dia bukan sekadar jelita tetapi mampu berlakon dengan baik.
Pandanganku terhadap kejelitaan dan bakatnya berdasarkan drama bersiri Nora Elena dan Ustaz Amirul yang pernah aku tontoni semasa zaman pengajianku.
Dua pelakon utama yang aku minati berlakon dalam filem ini.
9 minit pertama menonton filem ini berjaya menarik perhatianku untuk terus menonton.
Namun, takdir telah menentukan bahawa video ini sedang mengalami masalah teknikal yang tidak dapat aku atasi.
Masih sedang mencuba dan berusaha untuk terus menonton filem ini.
Video terhenti ketika babak Sharnaz (Siti Saleha) berjaya mendapatkan semula surat cinta lamanya dari tong sampah manakala Amir (Beto Khusyairy) pula dengan senang hati membuang surat cinta lamanya ke dalam plastik sampah.
Video terhenti pada minit 9:02.
Aaarrrrggghhhh.

Sunday, November 18, 2012
Suatu masa dahulu: Guru kelasku
Sekolah Rendah Bedok North
Darjah 1: Mr Bahrin
Darjah 2: Mr Bahrin
Darjah 3: Mrs Wee Joo Lun
Darjah 4: Mr Sridar
Darjah 5: Mrs Tan Hee Peng
Darjah 6: Miss Yap
Sekolah Menengah Bedok South
Menengah 1: Miss Muna
Menengah 2: Mr Ng
Menengah 3: Mrs Carol Khan
Menengah 4: Mdm Aishah Kassim
Darjah 1: Mr Bahrin
Darjah 2: Mr Bahrin
Darjah 3: Mrs Wee Joo Lun
Darjah 4: Mr Sridar
Darjah 5: Mrs Tan Hee Peng
Darjah 6: Miss Yap
Sekolah Menengah Bedok South
Menengah 1: Miss Muna
Menengah 2: Mr Ng
Menengah 3: Mrs Carol Khan
Menengah 4: Mdm Aishah Kassim
Suatu masa dahulu: Novel untuk mata pelajaran Sastera (Inggeris)
The War With Grandpa adalah novel yang telah ditentukan untuk mata pelajaran Sastera (Inggeris) ketika aku berada dalam menengah satu. Cerita yang menarik tentang emosi tidak puas hati seorang remaja lelaki yang perlu berpindah daripada biliknya semata-mata untuk datuknya. Pengorbanan yang tidak mampu dilakukan dengan keikhlasan telah menyebabkan dia berdendam dengan datuknya. Maka, tercetuslah konflik demi konflik ketika mereka tinggal sebumbung.
***** Tahniah kepada penulis atas novel yang bagus dan menarik ini!
Charlotte's Web adalah novel yang telah ditetapkan untuk mata pelajaran Sastera (Inggeris) ketika aku berada dalam menengah dua. Cerita yang menarik tentang persahabatan antara seekor khinzir dan seekor labah-labah. Dalam usaha menyelamatkan nyawa si khinzir daripada disembelih, si labah-labah telah menghulurkan pertolongan yang kreatif (meskipun tidak logik) iaitu mencipta kata-kata positif hari demi hari tentang si khinzir di sarang labah-labahnya. Maka, terselamatlah si khinzir daripada disembelih kerana peristiwa yang luarbiasa itu telah menyebabkan masyarakat memberi perhatian kepada si khinzir.
*** Tahniah kepada penulis atas novel ini!
Saturday, November 10, 2012
Penantian - Zubir Ali
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
(Aku mainkan lagu ini setelah beberapa kali menonton klip video di Youtube yang memaparkan dendangan Raju Azura (K E), Salleh Yaakob (S Y) dan Khairil Rashid (Krill) iaitu tiga orang deejay Sinar FM yang ketika itu sedang bersama dengan Ajek Hassan di dalam konti. Aku pun tidak pasti siapa Ajek Hassan. Walau apa pun, dia mempunyai suara yang lunak dan boleh bermain gitar. Keletah ketiga-tiga deejay dengan sumbangan mereka ternyata tidak mengecewakan bahkan menghiburkan hati.
Kemudian, aku dengar lagu ini yang dinyanyikan oleh Zubir Ali menerusi klip video di Youtube. Lagu yang indah. Meskipun kesayuan, ada ketenangan pada lagu ini.
Beberapa ketika yang lalu, aku pernah menonton klip video di Youtube yang memaparkan Siti Nurhaliza di atas pentas mendendangkan lagu Penantian yang mengasyikkan ini.
Saksikan ketiga-tiga klip video ini yang kupaparkan dalam posku kali ini.)
Wednesday, November 7, 2012
takut
Sama ada aku harus memilih atau mencari teman hidup, satu ciri yang jarang kutemui meskipun pernah bertemu dengan insan yang memilikinya ialah ciri ini.... takut.
Takut bukan bermaksud penakut.
Apakah yang dimaksudkan dengan takut?
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1578 - 1579), perkataan 'takut' ditakrif seperti berikut:
(1) gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yang dianggap boleh membahayakan diri
(2) berasa segan dan hormat, takwa
(3) berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah
(4) tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut
Takut yang bertunjangkan tauhid bukanlah takut yang memperlihatkan sisi negatif melainkan takut yang menjangkau jauh hingga ke masa hadapan ketika perlu menghadapkan diri kepada Pencipta dan Pemilik seluruh alam semesta.
Hinggakan gentar, gerun dan ngeri menghadapi hidup yang diinsafi penuh dengan tanggungjawab.
Lantas, jika tidak menjalankan tanggungjawab itu sepanjang hidup di sini, kelak di sana bahaya pula akan menimpa diri.
Mana mungkin tidak bimbang, ragu-ragu, khuatir dan gelisah andai tanggungjawab tidak ditunaikan dengan sepenuh hati dan sesungguh hati.
Sanggupkah menghadapi bahaya dan menanggung derita di sana kelak?
Beranikah kita?
Pasti kecut bukan?
Namun, apabila soal takut yang bertunjangkan tauhid ini tidak dibincangkan dan tidak diperingatkan, maka soal takut yang bertunjangkan tauhid ini tidak akan menyinggahi minda dan perasaan.
Sedangkan dalam melaksanakan apa jua tanggungjawab, andai tanpa rasa takut bertunjangkan tauhid, di situlah terlihat hasil yang mengecewakan.
Anak yang tidak mempedulikan nasib ibu bapanya.
Abang yang tidak mengurus keperluan adik-adiknya.
Adik yang tidak memberi perhatian kepada anggota keluarganya yang lain.
Suami yang tidak memimpin isteri agar takut kepada Pencipta.
Ayah yang tidak membentuk pemikiran dan perilaku agar anak-anaknya berperibadi.
Individu yang tidak menjaga diri demi memperhambakan diri kepada Pencipta.
Sebelum aku mempersoalkan tentang takut dalam diri orang lain, aku perlu menyoal diriku sendiri terlebih dahulu....
Apakah aku takut?
Takut bertunjangkan tauhid dalam melaksanakan tanggungjawabku.
Apakah hatimu takut wahai Nuraini?
Renung-renungkanlah setiap satu perkara yang dilakukan sepanjang hari sejurus celik matamu dan sebelum terlena.
Sepanjang hari, sepanjang bulan, sepanjang tahun, sepanjang hidup....
Takutkah aku?
Sebelum aku memilih atau mencari teman hidup yang punyai ciri takut, aku perlu terlebih dahulu menemukan dalam diriku sendiri dan berusaha memilikinya iaitu... takut.
Takut bertunjangkan tauhid.
Segan untuk berbuat sesuka hati sedangkan Dia Maha Memerhati.
Hormat setiap perintah dan laranganNya kerana hidup ini milik Dia sepenuhnya.
Aku belum sebenar-benar takut.

Kepala yang berat. Hati yang berat.
Bangkit daripada tidur dengan kepala yang berat.
Haruskah aku ke klinik?
Aku fikir aku perlu ke klinik.
Aku fikir aku ingin berehat dengan mengambil cuti sakit.
Namun setelah difikir-fikirkan, aku fikir aku perlu gagahkan diri untuk ke tempat kerja.
Setelah aku mandi, kepala yang berat kian ringan.
Aku ke tempat kerja jua dengan hati yang berat.
Walaupun cuti sekolah bagi pelajar sudah bermula, guru-guru perlu melaporkan diri pada jam 8 pagi dan dibenarkan pulang pada jam 12 tengah hari.
Reviu kerja perlu dilaksanakan.
Mesyuarat-mesyuarat perlu dihadiri.
Kursus-kursus perlu dijalani.
Aktiviti ko-kurikulum perlu diselenggarakan.
Bahan pengajaran dan pembelajaran bagi jabatan perlu dikemas dan disusun.
Begitulah hingga kerja-kerja lain pula akan menyusul pada 16hb dengan 'Home Coming Dinner' dan 22hb - 24hb Nov dengan 'School Open House'.
Beratkah?
Bukan kerja yang berat tetapi .............. sendiri mahu ingat!
Dalam hidup, kita perlu bekerja!
Tidak kira sama ada kepala yang berat atau hati yang berat sekalipun kerja yang berat!
Seluruh jasad bagaikan telah terikat dengan tanggungjawab ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)