Tuesday, December 30, 2014

Butik Naurah

 

Mengasihi diri sendiri


 
Aku akan belajar untuk mengasihi diri sendiri pada 2015.
 
Apakah langkah pertamaku?
 
Suasana bertugas akan berubah kerana aku telah diberi keizinan untuk bercuti tanpa gaji sepanjang 2015.
 
Bukan sekadar suasana bertugas.
 
Bahkan pengambilan Habbatus Sauda telah aku mulakan demi menjana kesihatan tubuh.
 
Mendekati ilmu ukhrawi adalah suatu tuntutan bagiku sebagai seorang hamba Allah.
 
Aku telah memperoleh ijazah sarjana muda pada 2012 tetapi bagaimana dengan ilmu ukhrawi sejauh ini?
 
Boleh dikatakan tidak setara tingginya dengan ilmu Pengajian Melayu yang aku dalami di Universiti Malaya.
 
Sudah tiba masanya aku mendekatkan diri kepada ilmu ukhrawi.
 
Begitulah antara beberapa perkara menarik yang akan berlaku pada 2015.
 
Hanya dengan izin dan kehendak Allah, aku memohon dan meminta agar dilindungi dan dipelihara.
 
Aku akan belajar untuk mengasihi diri sendiri pada 2015.

Thursday, December 11, 2014

Suasana kekeluargaan dan keramaian

Antara lagu Hindi yang menyegarkan minda dek latar kekeluargaan dan keramaian yang dipaparkan ialah lagu Saajanji Ghar Aaye dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.


https://www.youtube.com/watch?v=bDub2j4ZlpM