Sunday, August 18, 2019

Drama Melayu: Puteri Yang Ditukar

Drama Melayu yang sedang aku ikuti ialah Puteri Yang Ditukar.

Jalan cerita yang menarik tentang dua orang bayi yang ditukar atas sebab dendam.





Friday, August 16, 2019

Purgatory: Barzakh

Subhanallah.

Aku sedang membaca tentang seorang penulis Itali yang lahir pada abad ke-13 iaitu Dante Alighieri.

Terdapat beberapa perkara yang menarik perhatianku.

Namun, salah satu perkara yang amat mengejutkan dan menggembirakan ialah aku telah mempelajari perkataan bahasa Inggeris iaitu 'purgatory' yang memenuhi konsep yang telah aku pelajari dan yakini.

Apabila aku menterjemahkan perkataan ini dalam bahasa Melayu, aku terkejut dan terkesima kerana maknanya ialah 'barzakh'.

Subhanallah.

Konsep alam barzakh yang aku dekati semenjak pemergian Bapak pada tahun lalu telah menenangkan jiwaku.

Aku murung lebih kurang dua bulan semenjak Bapak pulang.

Alhamdulillah..

Berkat pimpinan Ustazah Noraini yang menjelaskan tentang konsep alam barzakh serta qada' dan qadar, aku menemukan semula sinar dalam kegelitaan.

Kini, aku terharu kerana konsep yang sama diperkatakan dalam bahan bacaan yang aku temui di Internet, berasaskan bacaan tentang Dante.

Alhamdulillah.