Friday, June 24, 2022

Seniwati Zaiton

Masya Allah!




3 dalam 1: Partners For Justice

Sebuah drama Korea yang terdiri daripada Siri 1 dan Siri 2. Kedua-dua siri sama hebat. (Tidak seperti Siri 1 yang sangat hebat dan Siri 2 yang kurang hebat bagi drama Penthouse.)

Watak-watak dan jalan cerita dalam Partners For Justice berjaya menarik perhatian dan memukau minda serta memikat perasaan! Pokok pangkalnya, tema utama ini bertunjang kepada konsep kebenaran di mahkamah dunia yang diselenggarakan oleh manusia-manusia yang berbeza kepakaran, prinsip dan matlamat hidup!

Perkara yang memukau minda dalam drama ini ialah skrip yang menjalinkan kerjasama tiga kepakaran dalam menegakkan kebenaran:

(1) Kedoktoran khususnya bidang bedah siasat (autopsy). Watak utama ialah Baek Beom, seorang doktor forensik.

(2) Undang-undang khususnya bidang pendakwarayaan (prosecution). Watak Utama ialah Eun Sol, seorang pendakwaraya.

(3) Kepolisian khususnya bidang dektektif.

Syabas kepada pemikir jalan cerita dan penulis skrip bagi Partners For Justice!

Semoga Siri 3 akan dihasilkan dan ditayangkan pada tahun ini memandangkan Siri 2 berakhir dengan kebatilan yang masih terselindung di sebalik penipuan demi penipuan.


Sunday, June 19, 2022

Keunikan Rumah Singgora

Artikel menarik tentang seni bina Melayu tradisional

https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2020/01/534030/keunikan-rumah-singgora

https://www.libur.com.my/makanan-kampung-istimewa-di-singgora-hor-singgah-sini-kalau-ke-kota-bharu/



Kenang Daku Dalam Doamu (Dayang Nurfaizah)



Monday, June 13, 2022

Cinta antara dua ....

Cinta antara dua darjat.

Cinta antara dua negeri.

Lelaki dari Korea Utara dan wanita dari Korea Selatan.

Walaupun dari satu negara yang sama iaitu Korea, pemerintah dan pemerintahan kedua-dua negeri ini berbeza. 

Lantas, meskipun kedua-dua insan ini berkedudukan tinggi dan berharta, situasi pemerintahan negeri masing-masing yang berlainan dan tidak bersatu telah menghalang keinginan atau keperluan mereka untuk berhubung apatah lagi berkahwin.







Sunday, June 12, 2022

Crash Landing On You

"Thank Goodness. I am home. I nearly ended up going to North Korea." (2:13-2:23)



"What? Am I still in North Korea?"


Hyun Bin dalam 3 karya

Daku mengenali dan tertarik dengan lakonan dan watak Captain Ri yang dilakonkan oleh Hyun Bin.

Sebelum ini, daku tidak mengenali atau perasan kewujudan pelakon ini.

Antara pelakon yang aku kenali dan perasan kewujudan mereka ialah Kim Nam Gil (melalui drama Live Up To Your Name), Ji Chang Wook (melalui drama Empress Ki) dan Lee Joon Gi (melalui drama Flower of Evil). 

Bermula dengan karya Crash Landing On You yang menyebabkan daku tertarik bukan sahaja dengan cerita dan jalan cerita karya ini, kedua-dua pelakon utama iaitu Hyun Bin dan Ye Jin sangat meninggalkan kesan.

Baik dari segi lakonan mereka sebagai Captain Ri dan Yoon Se Ri mahupun perwatakan sebenar mereka berdua iaitu Hyun Bin dan Ye Jin, daku tertarik.

Alhamdulillah, akhirnya mereka berdua ditakdirkan Allah untuk berjodohan sebagai suami isteri dan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini.

Namun, drama Crash Landing On You hanya aku tontoni pada bulan Jun ini sedangkan drama ini bersiaran pada tahun 2019 dan mereka mendirikan rumahtangga pada bulan Mac tahun ini.

Selisih jalan.

Lantas, karya pertama yang Hyun Bin bintangi dan aku tontoni dalam bulan Jun ini ialah Crash Landing On You.

Karya kedua ialah Hyde, Jekyll Me.

Karya ketiga ialah Memories of The Al Hambra.


Friday, June 3, 2022

Regret

Regret.

https://www.psychologytoday.com/us/blog/understand-other-people/201704/letting-go-regrets

(1) Own it. Yes, whatever it is that happened, happened.

Thursday, June 2, 2022

Yoon Se-Ri


Aku menyukai watak ini: Yoon Se-Ri.

Watak ini dilakonkan oleh Son Ye-Jin dalam drama Korea yang berjudul 'Crash Landing On You'.

Sebuah drama tentang perbezaan kehidupan antara rakyat Utara Korea dan Selatan Korea.

Bertitik tolak daripada latar dua buah negara yang seKorea tetapi tidak bersatu, lahirlah kisah percintaan sepasang insan yang berkedudukan tinggi.

Tentera berpangkat tinggi dari Utara Korea.

Usahawanita yang berjaya dari Selatan Korea.

Mereka pertama kali bertemu di sempadan Utara Korea apabila Yoo Se-Ri yang sedang melakukan aktiviti 'paragliding' telah dipukul taufan.

Aku menyukai watak ini apabila dia sudi mengambil hati atau berbaik dengan tentera dan penduduk kampung di Utara Korea dengan ketulusan dan kerendahan hati.

Watak yang menyenangkan.