Sunday, July 23, 2023

Bawang Putih Bawang Merah

Bawang Putih


Bawang Merah


Tal Tal dalam drama Empress Ki

Watak Tal Tal ialah watak yang aku sukai dan kagumi dalam drama Empress Ki.

Bukan sekadar watak ini bijaksana.

Beliau sentiasa tenang dalam menghadapi setiap cabaran yang mendebarkan.

Tutur bicara, tindakan dan ekpresi wajah beliau tenang.

Apabila beliau berhadapan dengan pelbagai konflik, beliau sentiasa berfikir secara kritis untuk mengatasi cabaran di hadapan mata tanpa dibuai emosi.

Namun, konflik yang paling sukar ditangani adalah apabila pak cik yang beliau kasihi dan sanjungi telah dibutakan oleh nafsu yang cintakan kuasa dan peperangan.

Bukankah pelakon ini Syamsul Yusuf? 😄

Klip video ini mengharukan.

Lagu latar ini menginspirasikan.

Lirik lagu ini menyentuh!


Reborn Rich (16 Episod)

Selesai sungguh penontonku akan sebuah drama Korea yang bertajuk Reborn Rich.

Sungguh mengujakan seperti drama Penthouse!

Jalan cerita yang bagus dan menarik tetapi selok-belok dan istilah mengenai ekonomi dan keusahawanan tidak mudah bagiku untuk menghadam dan memahami.

Selok-belok dan istilah yang sukar difahami mengingatkanku kepada drama Good Manager kerana kedua-dua drama ini menitikberatkan kerincian maklumat mengenai bidang ekonomi, keusahawanan dan undang-undang. 

Lebih daripada itu, Good Manager mengetengahkan bidang perakaunan serta pengauditan secara rinci.

Perkara yang aku kagumi dalam ketiga-tiga karya ialah penulis skrip bijak menyelongkar isu korupsi dan pecah amanah dalam kalangan mereka yang berkuasa, berjawatan tinggi dan kaya-raya.

Berbalik kepada Reborn Rich, drama ini bergenrekan Fantasi.

Itulah elemen yang menarik kerana watak utama yang telah ditembak dan dihumban ke dalam laut telah mengembara kepada masa lalu bermula pada tahun 1987.

Perjalanan Hyeon Woo sebagai seorang kanak-kanak bernama Do Jun sehinggalah beliau dewasa boleh dikatakan menyeronokkan kerana kita akan dapat menempuh beberapa peristiwa penting yang pernah melatari dunia suatu masa dahulu.

Antaranya ialah Sukan Olimpik (1988), krisis ekonomi dunia (1997), virus Y2K (2000) dan serangan September 11 (2001).

Pengakhiran Reborn Rich memuaskan hati dan tidak mengecewakan.

Berbanding dengan Penthouse yang diakhiri secara kurang rasional dan tidak memuaskan hatiku sebagai penonton dan peminat yang mengikuti ketiga-tiga siri.

Syabas kepada penulis skrip Reborn Rich iaitu seorang wanita bernama Kim Tae Hee.

Walaupun istilah dan selok-belok dalam bidang ekonomi dan keusahawanan terlalu sukar bagiku untuk mengikuti apatah lagi memahami, jalan cerita Reborn Rich ialah suara bagi mereka yang miskin dan ditindas sama ada secara sedar mahupun tidak.


 



Thursday, July 13, 2023

My Perfect Stranger (Episod 1)

Antara angka ribuan yang penting dalam drama ini ialah 2037, 1987 dan 2021.

Ketiga-tiga angka ribuan itu merujuk kepada tahun pada masa akan datang (2037), tahun pada masa lalu (1987) dan tahun pada masa kini yang sedang dijalani (2021) oleh kedua-dua watak utama iaitu Hae Joon dan Yoon Young.

Oleh sebab itu, tajuk Episod 1 bagi drama Korea 'My Perfect Stranger' ialah 'Goodbye 2021, Hello 1987'.

Isu kekeluargaan terutama sekali yang berkisar kepada kerapuhan, kedukaan dan konflik diketengahkan dalam drama ini.

Kemudian dirungkai apabila kedua-dua watak utama berpeluang untuk meneroka kehidupan pada zaman sebelum mereka dilahirkan.

Mereka melihat sendiri, menyelami, mendalami, mula mengerti dan berempati dengan ibu bapa mereka yang mengalami pancarona kehidupan yang berselang-seli dengan kepedihan, kegetiran dan trauma semasa muda mereka.

Penerokaan yang mendewasakan.

Wednesday, July 5, 2023

My Perfect Stranger (Episod 2)

Masya Allah.

Ekpresi si ibu yang comel semasa dia sedang melihat rumah Mr Yoon (guru sekolah si ibu) dari luar.

Ekspresi si anak di dalam rumah Mr Yoon yang sedang memikirkan ibunya (yang ditemui pada tahun 1987 angkara kapsul masa) juga comel.

Ekpresi si anak yang memandang ibunya dengan penuh keluhuran, keterujaan, keriangan dan kekaguman sedangkan sebelum ini, kewujudan ibunya kurang diperhatikan.

Masya Allah.

Jalan cerita, dialog, ekspresi serta emosi yang terkandung dalam Episod 2 yang berkisar antara seorang anak bernama Yoon Young dan ibunya bernama Soon Ae menyentuh jiwa dan menggembirakan hati.

Heart-warming and healing.

Watak anak bertemu dengan orang tuanya pada masa silam menerusi kapsul masa bukanlah perkara baharu dalam jalan cerita bagi filem atau drama.

Namun, pendekatan yang diambil kali ini meneroka hubungan anak dan ibu setelah Soon Ae iaitu ibu Yoon Young membunuh dirinya manakala Yoon Young iaitu anaknya pula telah terheret ke masa silam untuk bertemu dengan ibunya yang baru berusia 19 tahun, cantik jelita, lurus bendul serta seorang mangsa buli.

Begitulah kreatifnya pengkarya Korea - sama ada penulis skrip, pemilik idea / cerita, pengarah atau penerbit.