Sunday, December 31, 2017

Antara yang menggembirakan dalam 2017

Pernikahan Siti Saleha dan Ahmad Lutfi pada Julai 2017.



Pernikahan Nur Fazura dengan Abdul Fattah pada November 2017.


Bhutan: Negara yang diBerkahi, Insha Allah

Aku terpesona dengan negara ini: Bhutan yang Berkah, Insha Allah.


Semoga aku dapat menziarahi negara ini, Insha Allah.

Sunday, November 19, 2017

Primary Greatness: The 12 Levers of Success (Stephen R. Covey)

12 Levers of Success

1) The Lever of Integrity
2) The Lever of Contribution
3) The Lever of Priority
4) The Lever of Sacrifice
5) The Lever of Service
6) The Lever of Responsibility
7) The Lever of Loyalty
8) The Lever of Reciprocity
9) The Lever of Diversity
10) The Lever of Learning
11) The Lever of Renewal
12) The Lever of Teaching




Friday, October 6, 2017

Nurturing. Inspiring. Caring. Encouraging. Ops Cinta!

Sebuah drama komedi yang mempunyai jalan cerita yang amat menarik dan sangat menghiburkan.

Kisah antara seorang Mat Rempit, Din (lakonan Izzue Isalm) dan seorang pegawai JPJ, Che Ta (lakonan Mira Filzah).

Watak Che Ta sebagai seorang sahabat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Nurturing (Mendidik)
Inspiring (Menginspirasi)
Caring (Mengambil berat)
Encouraging (Menggalakkan)

Siapa yang tidak akan jatuh cinta kepada watak Che Ta!?



Thursday, August 10, 2017

Bedah Buku: Novel 'The Sky Is Crazy' tulisan Yvonne Lee


Bab 1: Put That Darn Belt On

Halaman 20-21: 'More often than not, passengers assume that seatbelts are for take-off and landing only. They forget that a plane is not too different from a moving car, only the  plane is 35 000 feet up in the air.'


Bab 2: For A Safe Journey

Halaman 24: 'At that point, in-flight safety demonstrations had to be done live (which is still performed on smaller planes) by the cabin crew. .... 'The job was to show how seatbelts should be fastened, oxygen masks donned and lifejackets worn in the event of an emergency. We 'safety drill demonstrators' would be the same people who later sang out the 'chicken-or-beef-sir!' rhapsody while slinging dinner trays to passengers.


Bab 3: Sleepy Mistakes

Halaman 34: 'Hence, on every flight, once the cabin crew hears the instruction to 'arm and cross check all doors', they immediately drop everything and rush to their respective doors to 'arm and cross check' the door correctly.


Bab 4: The Deal With The Meal

Halaman 41: 'Some of the meal orders comprise vegetarian meals with subvariants like special vegan meal, Chinese non-garlic/onion vegetarian, Indian vegetarian, high bean protein vegetarian, gluten-free vegetarian and non-dairy vegetarian. I have not even started on the 'free' series. These are the lactose-free, MSG-free, sugar-free and salt-free meals. Then there are the 'low' variants: low-fat, low-calorie, low-cholesterol and low-sodium meals. Also the kosher, fruits only, diabetic, baby and child meals.'

Novel 'The Sky Is Crazy' tulisan mantan pramugari, Yvonne Lee

Aku telah membuat satu keputusan yang tepat apabila mengambil buku ini dari rak-rak sekolahku pada Isnin lalu, 7 Ogos 2017.

Aku terpana dengan tajuk buku itu ' The Sky Is Crazy' dan mungkin juga, gambar kulit buku itu yang memaparkan seorang pramugari dan kapal terbang.

Apabila aku menyelak halaman dalam buku itu, aku terus duduk di kerusi untuk membaca buku itu.

Betapa aku tertarik sehingga aku membuat keputusan yang tepat lagi iaitu meminjamnya.

Semalam, 9 Ogos 2017... aku selesai membaca novel ini.

Terdapat 29 bab dalam novel ini tetapi setiap bab tidak bergantung antara satu sama lain. Inilah salah satu teknik penulisan yang memudahkan pembacaan kerana setiap bab tidak terlalu panjang dan adakalanya, ringkas.

Penyampaian penulis iaitu Yvonne Lee, seorang mantan pramugari yang telah 'terbang' selama 5 tahun amat santai, menghiburkan dan lucu. Tertawa aku dibuatnya.

Namun begitu, terdapat satu bab yang mempunyai jalan cerita yang amat mencengkam perasaan. Pilu dan hiba membacanya.

Penguasaan bahasa Inggerisnya mantap dan hebat walaupun adakala, aku tidak memahami perkataan atau frasa yang sukar. Itu menandakan aku harus terus belajar bahasa Inggeris demi memahami maksud sesuatu teks.

Syabas kepada Yvonne Lee kerana berjaya menarik perhatianku untuk membaca tentang pengalaman beliau semasa bertugas sebagai seorang pramugari. Perkongsian beliau menambahkan pengetahuan sudah tentunya dan menghiburkan hati.


Secara literal, frasa nama 'The Sky' merujuk kepada 'Langit Itu'. Sebenarnya, frasa nama ini merujuk kepada kerenah penumpang di dalam kapal terbang yang bermacam-macam daripada si pemabuk yang terbuang air kecil di dalam seluarnya hinggalah kepada penumpang yang menukar pakaian kepada kostum Spiderman.

Alhamdulillah, aku gembira membaca buku ini.

Syabas, Yvonne Lee atas novel kamu 'The Sky Is Crazy'.

Tuesday, June 13, 2017

Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang

Aku gembira kerana dapat membeli dua helai Baju Melayu dengan jumlah $30.

Baju Melayu Teluk Belanga berwarna biru berharga $15 sahaja.

Baju Melayu Cekak Musang berwarna kuning juga berharga $15.

Busana ini bukan untukku.

Busana ini untuk hiasan sempena menyambut Aidilfitri.

Semenjak tahun lepas iaitu tahun 2016, aku mencari busana tradisional yang murah harganya.

Namun, gagal.

Alhamdulillah, pada tahun ini iaitu tahun 2017, aku menemui sebuah gerai di dalam bazaar berhampiran Eunos Road 2 yang menjual busana tradisional dengan harga yang murah.

Bahkan, terdapat juga gerai lain yang menjual busana tradisonal untuk kanak-kanak lelaki dengan harga yang lebih murah iaitu $10 dan $5.

Namun, warna biru dan kuning yang kucari tidak ada di gerai yang menjual pakaian tersebut dengan harga lebih murah.

Lagipun, aku telah terlebih dahulu membeli pakaian yang berharga $15 sehelai.

Aku gembira.

Pencarian pada tahun lepas berakhir pada tahun ini.

Hiasan sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini akan bertemakan busana tradisional, Insha Allah.

Betapa aku teruja hingga aku sukar melelapkan mata sehingga jam 4 pagi.

Masya Allah.


Monday, June 5, 2017

Surah Al Mulk (67:19)

Surah Al Mulk

Surah ini merupakan surah ke-67 dalam Al Quran dan mengandungi 30 ayat. Namun, dalam entri kali ini, daku akan memfokuskan perhatian pada satu ayat sahaja iaitu ayat ke-19.

'Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.'



Ramadan kali ini aku jalani di Chai Chee Street. Sesungguhnya, aku seorang pendosa yang masih menaruh harapan untuk menjadi lebih baik di hadapanMu tetapi pada waktu yang sama, masih lalai....

Wednesday, May 10, 2017

Dia Semanis ...

Aku sedang menonton Dia Semanis Honeymoon (Episod 3) di lelaman Dailymotion sebagai lanjutan kepada Dia Semanis Honey (Episod 1 - Episod 16).



Aku mulai menonton Dia Semanis Honey pada minggu lalu setelah menonton Hikayat Si Pematah Hati (Episod 8) kerana aku ingin mengetahui lebih lanjut tentang watak pelakon utama dalam kedua-dua drama iaitu Alif Satar.

Ternyata, cerita cinta antara watak Hani dan Ahnaf dan keletah kedua-dua watak yang memendam rasa dan saling mencintai telah menawan hatiku.

Bahkan, Dia Semanis Honeymoon (Episod 3) yang sedang aku tontoni sekarang membelai jiwaku.

Sudah tentu lagu tema 'Memori Berkasih' menyentuh perasaanku.

Sunday, April 2, 2017

Getaran jiwa pada petang yang sedang hujan....

Jiwaku bergetar pada petang ini.

Dalam suasana hujan begini, hatiku amat terusik.

Apabila aku berpeluang mendengar kesemua versi lagu Bulan Bahasa, jiwaku bergetar dan hatiku terusik.

Lagu Bulan Bahasa Versi 1 menyemarakkan semangatku sebagai pencinta bahasa.

Lagu Bulan Bahasa Versi 2 mengusik nuraniku sehingga air mataku bergenang.

Lagu Bulan Bahasa Versi 4 membuat aku terimbas zaman sekolah menengahku ketika Nur Adee menjadi pemuzik Melayu yang giat pada zaman itu.

Lagu Bulan Bahasa Versi 5 membuat aku terimbau zaman sekolah rendah murid-muridku ketika aku menjadi seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Yu Neng terutama sekali pada tahun 2006. Program Bulan Bahasa yang disusun untuk mereka dengan kerjasama Balai Rakyat Kaki Bukit.

Getaran jiwa...

1 April 2017
3:42 petang
Di kamar tidur, blok 43, Chai Chee Street

Wednesday, March 22, 2017

She is...

Semalam, sewaktu para pelajar darjah 6 iaitu Arshad, Ilyas dan Danish berpapasan denganku di tangga tingkat tiga ketika aku sedang bersama pelajar darjah 2, aku terdengar sesuatu.

Aku bertanya kepada Arshad apakah yang dikatakan oleh Arshad kerana aku sekadar ingin memastikan perkara yang aku dengar.

Subhanallah.

Alhamdulillah.

Arshad mengatakan bahawa Ilyas menyatakan bahawa aku adalah 'the best teacher'.

"She is the best teacher," kata Ilyas sambil tersenyum.

Danish turut tersenyum.

Ayat seringkas itu terlalu mudah untuk membuat hatiku ini berbunga-bunga.

Berbunga-bunga gembira.

Berbunga-bunga bangga.

Namun, ujian melanda hati ini seperti banjir yang tidak diundang setelah selesai kelas darjah 2.

Tuhan menganugerahkan daku nikmat berbentuk perasaan.

Kemudian, Tuhan menguji daku dengan perasaan yang tidak menyenangkan.

Pada pagi ini, ujian lebih mencabar dan lebih mencalar menerjah hati ini sehinggakan aku mengambil keputusan untuk pulang sebaik sahaja kelas berakhir pada jam 1.45 petang.


Monday, March 13, 2017

Puteri Impian II

Aku sedang menonton filem Puteri Impian II yang dibintangi Amy Mastura dan Nur Aliah Lee.

Ada suatu babak yang menggentarkan perasaan, melukakan hati dan mengecewakan jiwa.

Apabila watak Puteri Nora mengetahui status si dia.

Ada perkara yang amat menyentuh perasaan, meneguhkan hati dan memekarkan jiwa apabila menghayati watak Nancy yang dilakonkan oleh Nur Aliah Lee dan watak Puteri Nora yang dilakonkan oleh Amy Mastura.

Kedua-dua watak mempunyai keistimewaan dan kekuatan.

Ketegasan, kebijaksanaan dan kekuatan jiwa watak Puan Nancy serta kelurusan dan kebaikan hati watak Nora.

Aku mengalirkan air mata kerana diinsiprasi dan tersentuh hati oleh kedua-dua watak ini.





Sunday, March 12, 2017

Puteri Impian 1997

Aku sedang menonton filem Puteri Impian yang dibintangi Amy Mastura dan Hairie Othman.

Filem bergenre romantik komedi yang diterbitkan pada tahun 1997.

20 tahun nan lalu.

Kecomelan Amy Mastura dan watak Puteri Nora.

Kewibawaan Hairie Othman dan watak Tengku Faisal.

Daku gembira dapat menonton semula Amy Mastura, Nur Aliah Lee, Azwan Ali, Hairie Othman...