Wednesday, March 22, 2017

She is...

Semalam, sewaktu para pelajar darjah 6 iaitu Arshad, Ilyas dan Danish berpapasan denganku di tangga tingkat tiga ketika aku sedang bersama pelajar darjah 2, aku terdengar sesuatu.

Aku bertanya kepada Arshad apakah yang dikatakan oleh Arshad kerana aku sekadar ingin memastikan perkara yang aku dengar.

Subhanallah.

Alhamdulillah.

Arshad mengatakan bahawa Ilyas menyatakan bahawa aku adalah 'the best teacher'.

"She is the best teacher," kata Ilyas sambil tersenyum.

Danish turut tersenyum.

Ayat seringkas itu terlalu mudah untuk membuat hatiku ini berbunga-bunga.

Berbunga-bunga gembira.

Berbunga-bunga bangga.

Namun, ujian melanda hati ini seperti banjir yang tidak diundang setelah selesai kelas darjah 2.

Tuhan menganugerahkan daku nikmat berbentuk perasaan.

Kemudian, Tuhan menguji daku dengan perasaan yang tidak menyenangkan.

Pada pagi ini, ujian lebih mencabar dan lebih mencalar menerjah hati ini sehinggakan aku mengambil keputusan untuk pulang sebaik sahaja kelas berakhir pada jam 1.45 petang.


Sunday, March 12, 2017

Puteri Impian II

Aku sedang menonton filem Puteri Impian II yang dibintangi Amy Mastura dan Nur Aliah Lee.

Ada suatu babak yang menggentarkan perasaan, melukakan hati dan mengecewakan jiwa.

Apabila watak Puteri Nora mengetahui status si dia.

Ada perkara yang amat menyentuh perasaan, meneguhkan hati dan memekarkan jiwa apabila menghayati watak Nancy yang dilakonkan oleh Nur Aliah Lee dan watak Puteri Nora yang dilakonkan oleh Amy Mastura.

Kedua-dua watak mempunyai keistimewaan dan kekuatan.

Ketegasan, kebijaksanaan dan kekuatan jiwa watak Puan Nancy serta kelurusan dan kebaikan hati watak Nora.

Aku mengalirkan air mata kerana diinsiprasi dan tersentuh hati oleh kedua-dua watak ini.





Puteri Impian 1997

Aku sedang menonton filem Puteri Impian yang dibintangi Amy Mastura dan Hairie Othman.

Filem bergenre romantik komedi yang diterbitkan pada tahun 1997.

20 tahun nan lalu.

Kecomelan Amy Mastura dan watak Puteri Nora.

Kewibawaan Hairie Othman dan watak Tengku Faisal.

Daku gembira dapat menonton semula Amy Mastura, Nur Aliah Lee, Azwan Ali, Hairie Othman...