Monday, September 30, 2013

Ber'Skyline Luge' di Sentosa

Sabtu, 28 September 2013.

Pengalaman ber'Skyline Luge' di Sentosa merupakan pengalaman yang menyeronokkan.

Aktiviti ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua.

Bahagian pertama sangat santai sekali apatah lagi jika angin sedang bertiup kerana kita hanya perlu duduk di Skyride yang akan membawa kita naik dari kaki bukit ke puncak bukit.

Bahagian kedua sangat mengujakan sekali kerana kita perlu mengawal Luge yang akan membawa kita menyusuri bukit.

Perjalanan menuruni bukit dengan Luge yang dipandu sebenarnya langsung tidak sukar tetapi oleh sebab aku tidak fokus dan tidak berhati-hati, aku mengalami kemalangan kecil sebanyak dua kali.

Aku melakukan aktiviti ber'Skyline Luge' sebanyak dua kali.

Kali pertama aku melakukan aktiviti ber'Skyline Luge' dengan menempuh jalanan di sebelah kanan iaitu Dragon Trail yang panjang, Alhamdulillah.... aku selamat.

Kali kedua aku melakukan aktiviti ber'Skyline Luge' dengan menempuh jalanan di sebelah kiri iaitu Jungle Trail yang pendek, Allahuakbar.... aku kemalangan.

Ternyata aku tidak fokus ketika kemalangan kecil yang pertama dan ternyata aku tidak berhati-hati sewaktu kemalangan kecil yang kedua.

Bukan kerana jarak.

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, aktiviti ber'Skyline Luge' di Sentosa ternyata menyeronokkan.

Wednesday, September 25, 2013

Masjid Ahmad Ibrahim dan Masjid Moulana Ali

Ahad, 15 September 2013.

Meskipun kursus yang kuhadiri ini bukan kursus pilihan hati kerana belum bersedia untuk menerima ilmu ini, mungkin sudah tiba masanya bagiku didedahkan tentang peri penting menguruskan jenazah.

Kursus yang berlangsung di Masjid Ahmad Ibrahim dari jam 2 petang hingga 6 petang ini ternyata bermanfaat.

Alhamdulillah.

Pengalaman pertama kali menghadiri kursus pengurusan jenazah.

Pengalaman pertama kali bagiku ke Masjid Ahmad Ibrahim yang kecil tetapi indah.

Alhamdulillah.

Meneruskan perjalanan ke Masjid Moulana Ali untuk menunaikan solat Maghrib.

Makan sup yang enak di Restoran Shah Alam yang letak berdekatan dengan masjid.

Alhamdulillah.

Pulang menaiki MRT.

Pengalaman yang menghiburkan hati.

Alhamdulillah.


Stesen MRT Lakeside, Boon Lay dan Jurong Point

Jumaat, 13 September 2013.

Stesen MRT Lakeside kelihatan seperti Stesen MRT Eunos.

Menaiki MRT dari Stesen MRT Bedok hingga ke Stesen MRT Lakeside.

Pengalaman yang menarik.

Salah satu aktiviti yang dilakukan dalam minggu cutiku yang akan berakhir pada Ahad, 15 September 2013.

Menaiki bas ke Boon Lay untuk mengambil si anak kecil.

Kemudian, membersihkan tubuh si anak kecil sebelum menukarkan pakaiannya.

Pengalaman yang unik.

Salah satu aktiviti yang memberi pendedahan tentang salah satu tanggungjawab selaku seorang ibu.

Menaiki bas sekali lagi ke Jurong Point untuk bersolat.

Pengalaman yang indah.

Salah satu aktiviti yang menyentuh nurani tentang salah satu tanggungjawab selaku hamba terhadap Tuhan.

Makan Nasi Briyani dan minum teh tarik.

Pengalaman yang membahagiakan.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan hati tentang memberi perhatian dan mendapat perhatian.

Saturday, September 14, 2013

memahami mengerti menyelami

Kata terbitan 'memahami' didefinisikan dalam Kamus Dewan (2005: 405) sebagai
(1) tahu dan mengerti benar akan sesuatu
(2) menyelami perasaan seseorang
(3) memandang, menganggap

Daripada ketiga-tiga definisi yang disenaraikan, aku tertarik kepada dua frasa kerja iaitu 'mengerti benar akan sesuatu' dan 'menyelami perasaan seseorang'.

Subhanallah.

Ternyata aku memerlukan seseorang yang mengerti jiwaku dan menyelami perasaanku.

Monday, September 9, 2013

Pusat makanan di Pusat Tukaran Bas Harbour Front, Universal Studios Singapore di Sentosa dan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah

Sabtu.

7 September 2013.

Bersarapan dengan Nasi Ambeng di pusat makanan yang terletak di bahagian bawah Pusat Tukaran Bas Harbour Front.

Bersantai di Universal Studios Singapore yang terletak di Sentosa.


Bersolat Zuhur di satu-satunya musollah yang terdapat di Universal Studios Singapore.

Bersolat Asar di salah satu tempat terceruk yang terdapat dalam bangunan di luar Universal Studios Singapore.

Bersolat Maghrib di satu-satunya masjid milik negeri Johor yang terletak di Singapura iaitu Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah.

Alhamdulillah.