Thursday, June 20, 2019

Rumah Hutan

Apabila melungsuri lelaman bondavalley.com, maka terpaparlah maklumat tentang penginapan di dalam hutan yang diberi nama Rumah Hutan (secara am).

Rumah Hutan ini terdiri daripada dua jenis rumah iaitu Rumah Melayu dan Rumah Seni (secara khusus).

Bagi Rumah Melayu, terdapat empat buah rumah yang disediakan untuk tetamu iaitu Rumah Akasia, Rumah Alamanda, Rumah Camelia dan Rumah Ester.

Ternyata keempat-empat nama ini bukan dalam bahasa Melayu.

Namun, ciri-ciri rumah Melayu pada keempat-empat rumah ini menjadi daya penarik memandangkan kesemua binaan ini dibangunkan di dalam sebuah hutan yang luas.

Bukan sahaja luas, bahkan tinggi tetapi berjaya diteroka oleh seorang wanita muslimah iaitu Bonda Rozita Ibrahim.

Tuhan yang Maha Kaya telah memilih beliau untuk diinspirasikan dengan ilham dan iltizam yang cukup mengkagumkan sehingga terbangunnya Rumah Hutan ini!


Tuesday, June 11, 2019

Episod 20 & 21: Pembuatan Teh Cheongtae-jeon

Drama Korea 'Love On A Rooftop'

Episod 20

Pembuatan Teh Cheongtae-jeon




Drama Korea 101 Episod


Sementara menantikan episod 45 daripada drama 'Mother Of Mine' iaitu drama Korea kedua yang aku sedang ikuti baru-baru ini, aku tontoni pula drama 'Love On A Rooftop'.

Aku menyukai kedua-dua watak utama cerita ini iaitu Seung Hye dan Dojin.

Secara profesional, Seung Hye ialah seorang jururawat yang berdedikasi manakala Dojin ialah seorang doktor.

Namun, kedua-dua watak utama mencintai bidang lain selain daripada kerjaya mereka.

Walaupun terdapat terlalu banyak kebetulan dalam drama ini, aku menyukai jalan cerita dan intipati ilmu tentang teh dan kopi dalam drama ini.

Intipati ilmu adalah satu elemen yang lazimnya tidak ada dalam drama Melayu.

Namun, wujud dalam drama bangsa lain baik drama Cina yang aku tontoni sewaktu aku kecil.

Begitu juga dengan drama Tamil dan drama Korea.

Tidak terkecuali filem Hindi.