Friday, November 30, 2018

Thursday, November 22, 2018

Phoebe

As I move along with the sitcom Friends, I love the character Phoebe so much.


She is eccentric, funny and genuine.

I love the three character traits in her.



She has a good heart.

Monday, November 19, 2018

Sebuah filem inspirasi: Homeless to Harvard

Sebuah filem berdasarkan kisah benar seorang Liz Murray yang memberi inspirasi.

Kebetulan, beliau dilahirkan pada bulan dan tahun yang sama denganku.

Tarikh lahirnya 23 September 1980.

Kedua-dua ibu bapanya terjebak dengan dadah sehinggalah ibunya yang menghidapi AIDS mati.

Bukan sekadar rumahnya kotor dan tidak terurus, kebersihan dirinya sudah tentu juga tidak terjaga menyebabkan pakaiannya busuk, kepalanya berkutu dan giginya sakit.

Walaupun jarang ke sekolah, beliau seorang kanak-kanak yang cerdas dan suka membaca ensiklopedia.







Thursday, November 15, 2018

Sitkom 'Friends'

Aku mula menonton sitkom 'Friends' (Season 1) sejak pagi ini.

Watak lelaki yang aku sukai ialah Ross.

Watak perempuan yang aku sukai ialah Monica.

Dalam cerita ini, kedua-dua watak ialah adik-beradik.

14 November 2018



Friday, November 2, 2018

Perkataan 'Judgement'

Definisi perkataan 'judgement' berdasarkan Oxford Dictionaries dalam talian.

The ability to make considered decisions or come to sensible conclusions.

An opinion or conclusion.

A decision of a law court or judge.

A misfortune or calamity viewed as a divine punishment.

Bangun

Bangun.
Tidak mudah.
Tidak semudah kata-kata.
Tidak semudah tajuk lagu Fazura.

Berhadapan dengan kemurungan (depression), kecemasan (anxiety) dan kedukaan (grief).
Celik sahaja mata, itulah realiti yang terbentang di hadapan.
Maka lebih baik, tidur semula.
Tidak perlu bangun.

Kelas jahit yang perlu aku ikuti atau ganti pada petang ini gagal aku hadiri.
Tanpa sebab dan alasan.
Tanpa pesanan Whatsapp yang aku kirimkan seperti sebelum ini.
Kerana.... aku tidak mempunyai sebarang sebab yang kukuh dan alasan yang munasabah.

Bangun.
Tidak mudah.
Tidak semudah kata-kata.
Tidak semudah tajuk lagu Fazura.