Thursday, February 20, 2014

Aku perlukan tidurku

Bayangkan pada waktu ini ketika insan-insan sedang lena dibuai mimpi, aku terpaksa bangun daripada tidur untuk menyiapkan permainan 'online' untuk para pelajar.

Demi mata pelajaran Character and Citizenship Education (CCE) pada pagi ini.

Topik yang akan diajarkan ialah plagiarism.

Ketika permainan pertama (Hangman) yang telah tercipta diuji cuba dan tidak dapat dimainkan dengan sempurna, aku perlu menyediakan permainan kedua (Word Scramble) sebagai sandaran.

Nampaknya, hasratku untuk memuat naik slaid Powerpoint dan klip video dari lelaman Youtube tergendala kerana sistem mengalami kegenjotan teknikal.

Aku sedang dan masih mencuba....

Aku perlukan tidurku demi kesihatan

Thursday, February 6, 2014

Kuiz menyusuli kursus 'online'

Markah kuiz bagi 11 soalan yang kujawab ialah 72.73%

Setelah membaca maklumat yang terkandung dalam bahan bacaan (untuk bahagian pertama), aku perlu menjawab soalan kuiz

Boleh dikatakan bahawa pembelajaran secara 'online' ini menarik kerana menggalakkan kami membaca.

Namun, aktiviti membaca akan menjadi aktiviti yang bermanfaat andai dihayati dan dijadikan amalan.

Sejujurnya, aku terkilan dengan sistem yang membebankan tugas dan tanggungjawab seorang guru dengan TIMBUNAN tugas dan tanggungjawab selain daripada mengajar, mendidik, menguji, menilai, menganalisis dan menyediakan bahan pengajaran dan bahan penilaian.

Oh ya... menyemak kertas kerja, buku aktiviti, buku karangan dan sebagainya berserta dengan maklum balas, baik yang positif mahupun negatif.


Mengikuti kursus secara 'online'

Aku sedang mengikuti kursus 'AL 1.0 - Introduction to Assessment Literacy' melalui lelaman OPAL yang disediakan oleh kementerian untuk guru-guru pada ketika ini.

Jasad di dalam kamar tetapi minda masih menerawang dalam alam pekerjaan yang sentiasa berkecamuk dan bercelaru.

Subhanallah.

Pembelajaran secara 'online' yang telah diwajibkan atas guru-guru seperti aku telah menghakis masa rehatku di rumah.

Aku perlu menyambung pembacaanku....

Saturday, February 1, 2014

E-mel Kerja

Baru sahaja selesai MENGOSONGKAN seratus-peratus ruang e-mel kerja yang perlu dibaca atau dipadam.

Antara perkara yang PALING TIDAK DISUKAI ialah membaca e-mel kerja.

Dunia pendidikan sarat dengan BEBAN KERJA yang terlalu mengambil masa, terlalu menekan jiwa dan terlalu meletihkan tubuh.

Kehendak dan jangkaan yang ditetapkan terlalu bersimpang-siur dan terlalu haru-biru.

Aku celaru dan keliru.

Kembali kepada e-mel kerja, apalah ertinya andai aku mengosongkan seratus-peratus ruang e-mel pada pagi ini andai.... ruang e-mel itu esok lusa akan kembali dibanjiri e-mel kerja yang tidak putus-putus.

Tidak perlu menunggu lama untuk perkara ini berlaku.

Bahkan, tidak perlu menunggu esok untuk perkara ini berlaku.