Thursday, April 21, 2022

Surah Al Baqarah

Surah Al Baqarah diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahualihiwasalam semasa Baginda berada di Madinah. Dalam kitab Al Quran, Surah Al Baqarah ialah surah kedua. Surah ini terdiri daripada 286 ayat. Lantas, surah ini ialah surah terpanjang di dalam Al Quran. Perkataan Al Baqarah bermakna lembu betina.