Monday, December 23, 2019

Buku 'How to Write Short Stories'

Buku 'How to Write Short Stories for Magazines - and get published!' tulisan Sophie King ada dalam tanganku pada ketika ini.

Dalam bab pertama iaitu 'Identifying Your Market', beliau mengetengahkan peri pentingnya penyelidikan sebelum menulis.

'Many would-be short-story writers fail to achieve their ambition of getting published because they don't carry out some simple research.'

Dalam bab kedua pula iaitu 'Good Idea!', beliau menyatakan bahawa kehidupan ialah sumber ilham.

'Where do you get your ideas from? I'm always being asked this question and my answer is always the same. Life.'


Suri Katriana

Suri Katriana ialah judul drama yang aku ikuti sejak ditayangkan.

Pada mulanya, aku ikuti menerusi lelaman Youtube.

Kemudian, melalui lelaman sesiapa sahaja yang memuatnaikkan klip drama itu.

Terdapat sejumlah 49 episod kesemuanya.

Sejauh ini, telah aku ikuti 38 episod yang penuh konflik dan emosi.

Pada pendapatku, jalan ceritanya menarik walaupun masih terdapat jurang atau kekurangan yang ketara.

Tema drama ini ialah dendam barangkali memandangkan terlalu ramai watak yang saling berdendam antara satu sama lain.

Penyakit jiwa seperti Psychopath, Post Traumatic Stress Disorder, Anxiety ialah antara penyakit jiwa yang mewakili watak-watak dalam drama ini walaupun tidak digambarkan dengan begitu mendalam.






Sunday, December 8, 2019

Ustazah Isfadiah

Ustazah Isfadiah ialah ustazah yang paling aku sukai.

Penyampaiannya yang tenang dan tidak bernada merendahkan khalayak pendengarnya sangat menenangkan jiwaku.

Wanita inspirasi bagiku.