Sunday, March 30, 2014

alma mater: Sekolah Menengah Bedok South


Zaman persekolahan sebagai seorang remaja di Sekolah Menengah Bedok South pada tahun 1993-1996 menghimpunkan suka duka dan pahit manis.

BAPAK yang terlalu selalu memberi

Falsafah hidup seorang BAPAK.

Bukan aku tidak memahami dan mengerti falsafah hidupmu, wahai BAPAK.

Sekian lama telah aku dalami.

Bukan aku tidak bersimpati dan berempati dengan perjalanan hidupmu, wahai BAPAK.

Sekian lama aku tidak sampai hati.

Namun, kepada setiap insan yang kau beri, sebenarnya mereka tidak layak untuk menerima.

Kepada setiap insan yang kau layani dengan sifat murah hati, sebenarnya mereka tidak wajar untuk meminta.
quotes+about+empathy | empathy - | Quotes I Love!

You heard my words...

You heard my words but you did not listen to my emotions.

To listen means to emphatize.

To listen means to understand.

To listen means to love.

If you love, you would have listened.

If you would have listened, I would have not feel worse.

Saturday, March 29, 2014

Cinta yang pernah bersemi... apakah akan berputik semula?

Mungkinkah Awie dan Erra Fazira ada jodoh... menjadi sepasang suami isteri?

Setelah kini Erra Fazira sudah keseorangan.

Aku yakin Awie masih ada hati untuk Erra Fazira.

Tidak mustahil perasaan cinta yang pernah bersemi antara mereka berdua walaupun tidak sampai ke jinjang pelamin akan berputik semula.



Teater Suara Kita: Erra, Awie dan Ziana

Baru petang ini, aku dapat tahu bahawa sebuah teaterikal Suara Kita yang menggabungkan tiga artis yang menjadi idaman pada zaman 90-an telah dipentaskan awal Mac lalu di Istana Budaya.

Bahkan, kelima-lima filem yang menggabungkan Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain akan diimbas semula melalui teater ini.

Sayang sekali tidak dapat menonton teater ini.

Seandainya aku masih seorang mahasiswi di Universiti Malaya, kemungkinan besar aku akan meluangkan masa untuk menonton teater yang lain daripada lain ini.

Sunday, March 23, 2014

Apabila Aliya bertanya

Semalam, sebelum menunaikan solat Maghrib, Aliya bertanya kepadaku di dewan solat wanita Masjid Al Mukminin.... syurga itu apa dan syurga itu di mana?

Friday, March 14, 2014

Lagu zaman kaset dan 'walkman': Kembali Terjalin

Lagu zaman 90-an.

Lagu zaman kaset dan 'walkman'.

Lagu zaman sekolah menengah.

Lagu 'Kembali Terjalin' oleh kumpulan Slam.

Ketika itu, Zamani dan Slam cukup popular.

Lagu ini membawa mindaku merentas jauh kembali ke tahun 1996.

Meskipun sudah lebih kurang 18 tahun berlalu, lagu ini sentiasa 'hidup' dek lirik yang mampu merobek perasaanku.

the one and only answer to 'stressed'


stressed?

desserts!

whenever you are 'stressed', it is indeed an alarm for 'desserts'.

girang dan gembira


girang dan gembira.

begitulah perasaan dua orang kanak-kanak perempuan ini.

seorang duduk di buaian manakala seorang lagi berpaut pada buaian.

tidak kira apa jua posisi mereka, mereka telah meluangkan masa untuk membuai diri mereka sendiri agar berasa girang dan gembira.

seperti  mereka, aku juga harus begitu.

aku harus menjadi kanak-kanak untuk seketika.

tidak kira sama ada aku duduk di buaian atau berpaut pada buaian, aku berhak memberi masa kepada diriku sendiri untuk membuai dan dibuai.

membuai diri sendiri.

dibuai diri sendiri.

girang dan gembira.

Sunday, March 9, 2014

Program Perkhemahan Menengah 3

10hb Mac 2014 - 13hb Mac 2014 merupakan tarikh progam perkhemahan Menengah 3 di sekolahku.

Aku terlibat secara langsung memandangkan aku adalah guru kelas 3C.

1995 adalah tahun aku menjadi pelajar Menengah 3 di Sekolah Menengah Bedok South.

1995 adalah tahun yang sarat dengan pengalaman pahit sebagai seorang remaja.

1995 adalah tahun aku menyertai program perkhemahan bagi pelajar Menengah 3 sama seperti yang pelajar Menengah 3 aku perlu ikut serta.

Namun, perkhemahan yang aku sertai diadakan di Outward Bound Singapore, Pulau Ubin dan kami langsung tidak ditemani oleh guru kami.

Pelajar Ekspres yang tidak menyertai program perkhemahan di OBS, Pulau Ubin perlu mengikuti program perkhemahan di Jalan Bahtera bersama pelajar Normal dan guru-guru.

Kini, sejarah berulang kembali.

Aku perlu mengikuti program perkhemahan Menengah 3.

Bukan selaku pelajar tetapi selaku guru.

Subhanallah.

1995 ketika aku berusia 14 tahun selaku seorang remaja dan bertanggung jawab sebagai pelajar.

2014 ketika aku berusia 33 tahun selaku seorang dewasa dan bertanggung jawab sebagai guru.

Lebih kurang 20 tahun.

Tidak pernah aku menduga bahawa aku akan menyertai paling kurang dua program perkhemahan Menengah 3 seumur hidupku, Insha Allah.

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman: Subhanallah (Pujian Untuk Allah)


Lihatlah bumi luas terbentang
Lihatlah langit tinggi tak tercapai
Lihatlah mentari bersinar cemerlang
Lihatlah bintang gilang-gemilang

Siapa pencipta bumi luas terbentang
Siapa pencipta langit tinggi tak tercapai
Siapa pencipta mentari bersinar cemerlang
Siapa pencipta bintang gilang-gemilang

Subhanallah pujian untuk Allah
Subhanallah pujian untuk Allah

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman: 8 Mac 2014 di Pantai East Coast

Pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan peristiwa hidup yang indah.

http://www.persil.co.uk/active-learning/what-is-experiential-learning/

Semalam, Pantai East Coast menjadi ruang belajar, beriadah dan beribadah untuk kami.

Ber'skate scooter' di Taman Keselamatan Jalan Raya (Road Safety Park) yang telah dibuka untuk kegunaan orang awam terutama sekali kanak-kanak tenyata menyeronokkan dan mengundang kenangan lalu ketika pertama kali aku ke sini selaku seorang kanak-kanak darjah 3.

Ber'skate scooter' di taman ini memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar tentang undang-undang di jalan raya.

Batu 'break water' yang pertama di Pantai East Coast itu menjadi 'bilik darjah tanpa dinding dan siling' buat kami untuk mempelajari kosa kata seperti laut, langit, matahari, pasir, daun, batu, kapal, cawan, mata, tangan, famili, jabanah dan lain-lain.

Alhamdulillah, kami sungguh gembira dan terhibur dengan pengalaman belajar Bahasa Melayu di batu 'break water' bernombor 1 itu.

Peristiwa indah semalam menjadi pengalaman indah hari ini.

Esok insha Allah, kenangan indah ini terus mekar di taman hati kami.