Friday, October 31, 2014

Pembelian keduaku secara dalam talian dari luar negara

Pembelian produk keduaku ini adalah melalui orang tengah iaitu seorang guru, F di sekolahku.

Beliau telah mengambil dan membuat pesanan bagi pihak kami bahkan membayarkan terlebih dahulu menggunakan kad debit.

Pada 28 Oktober, Selasa, kami telah menerima skirt masing-masing.

Jumlah belanjaanku ialah $198 kerana aku telah membeli 6 pasang skirt yang sangat cantik dan amat menawan.

Aku tertarik dan menyukai skirt ini apabila seorang guru di sekolahku, Z menunjukkan skirt itu kepadaku namun harga skirt yang dibelinya jauh lebih mahal memandangkan skirt itu 'custome made'.

Sebenarnya, aku jatuh hati dengan corak kain skirt itu dan warna bunga merah yang menyerlah pada latar 'polkadot' hitam dan putih.

Subhanallah.

6 skirt dengan harga $198 yang aku beli akan aku jual dengan harga $30+.

Tidak pasti $35 atau $33.

Mungkin $35 kerana aku meramalkan bahawa para pelanggan akan menawar harga skirt ini.

Namun harga $35 agak mahal jika dibandingkan dengan harga skirt ini yang dibeli secara dalam talian.

Seandainya aku menetapkan harga jualan pada $33 dan mereka menawar, bagaimana?

Hmmm.

Alhamdulillah.


Monday, October 27, 2014

Pembelian pertamaku secara dalam talian dari luar negara


Produk yang pertama sekali kuterima ialah jubah yang dipesan dari Bogor, Indonesia. Alhamdulillah, aku berasa terhibur dan gembira apabila menerima pakej yang dihantar di hadapan rumah pada waktu yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Aku menjelaskan bayaran pada Khamis, 23 Oktober 2014. Pembekal yang bernama Sindy menjanjikan aku akan menerima produk ini pada Ahad, 26 Oktober atau Isnin, 27 Oktober. Namun, aku telah menerima pakej bak hadiah bertuah ini pada Sabtu, 25 Oktober, sepulangnya aku daripada program ekspedisi.


Pembelian pertamaku secara dalam talian yang melibatkan luar negara sejauh Indonesia, khusunya Bogor. Alhamdulillah. Walaupun modal $174 belum membuahkan hasil hingga ke hari ini kerana keenam-enam produkku belum dibeli oleh sesiapa, aku masih ingat akan perasaan bahagia dan teruja apabila menerima pakej ini yang dihantar melalui khidmat penghantaran penerbangan APX. Siapakah pembeli pertama produkku ini? Sejauh ini, aku sendiri yang telah memakai salah satu daripada enam jubah yang aku pesan sebagai percubaan. Jubah yang aku pilih berwarna merah jambu yang 'hot'.

Meskipun C N J berhasrat untuk melihat dan mencuba jubah berwarna 'mint green' ini dan aku tidak seharusnya menaruh harapan bahawa dia akan membeli jubah ini memandangkan jubah ini agak labuh dan kepanjangan lengan jubah mungkin tidak menepati ukuran lengan tangan C N J, sekurang-kurangnya aku harus bersyukur kerana C N J memberi respon kepada perniagaanku yang baru bertapak ini.



Sunday, October 26, 2014

Program Ekspedisi Little India, Chinatown dan Kampong Glam

Sebuah program ekspedisi telah diadakan untuk pelajar antarabangsa semalam.

Jumlah kedatangan para pelajar antarabangsa mengecewakan.

Namun program yang dijalankan oleh Wira Budaya tetap berjalan lancar.



Mendengar penerangan pemandu ekspedisi tentang nama 'Tekka' yang berasal daripada bahasa Hokkien manakala perkataan 'Serangoon' diambil daripada nama sejenis burung iaitu burung ranggung.


 

 
 
 
 

Friday, October 17, 2014

Membina Pembentung dengan Surat khabar: Rapuh atau Kukuh?

Semalam, mereka membina pembentung menggunakan penyedut minuman.

Pada hari ini, mereka membina pembentung menggunakan surat khabar.

Semalam, mereka berkomunikasi tanpa bercakap sewaktu melaksanakan aktiviti itu.

Pada hari ini, mereka dibenarkan untuk bercakap sewaktu mengusahakan aktiviti ini.

Semalam, dua perkara diberi perhatian.

Salah satunya ialah pentingnya komunikasi meskipun tanpa bertutur yang boleh diterjemahkan kepada komunikasi zaman ini yang bergantung kepada teknologi canggih.

Pada hari ini, beberapa perkara diberi penekanan.

Antaranya ialah pentingnya perancangan, perbincangan, persediaan dan pelaksanaan dalam membina pembentung yang kukuh.

Ternyata pembentung mereka pembentung yang rapuh.

Mereka diberi peluang kedua untuk membina pembentung yang lebih kukuh.

Alhamdulillah, tidak begitu kukuh tetapi tidak serapuh pembentung pertama.

Setelah mereka berjaya membina pembentung kedua yang lebih kukuh, mereka diminta untuk menggerakkan pembentung berikut 360 darjah dalam masa 2 minit.

Percubaan demi percubaan akhirnya berjumlah kepada 4 percubaan.

Alhamdulillah, Tahniah!

Bagi setiap percubaan, prestasi mereka meningkat dalam setiap percubaan meskipun mereka tidak dapat melengkapkan pusingan 360 darjah itu dalam masa 2 minit.


Thursday, October 16, 2014

Strategi Pembelajaran Dalam Bulatan Berkonsepkan Jam: Peribahasa

Hairie mewakili jam 12 tengah hari sedang mengajarkan peribahasa yang terdiri daripada 8 perkataan. 
 

Syahirah mewakili jam 3 petang sedang mengajarkan peribahasa kepada rakan-rakan sekumpulan.
 

Emman Shafiq yang mewakili jam 6 petang sedang membantu rakan-rakannya menghafal 13 peribahasa.
 

Zharfan yang mewakili jam 9 malam sedang berkongsi peribahasa-peribahasa yang perlu dipelajari bersama.
 
 
 
 
Pelajar dicabar tentang hafalan peribahasa mereka oleh Hairie, Syahirah, Emman dan Zharfan yang masing-masing mewakili jam 12 tengah hari, 3 petang, 6 petang dan 9 malam.
 .

 

 

Wednesday, October 15, 2014

Pengajaran dan Pembelajaran Kosa Kata dalam Peribahasa


Dalam kelas bahasa Melayu bersama 1 Ekspres, aku telah memainkan klip video ini sebagai set induksi untuk mengajar kosa kata dalam peribahasa.

4 buah teka-teki telah diajukan oleh ahli nujum negara Masai kepada ahli nujum Beringin Rendang.

Kosa kata yang aku ingin pelajarku ambil perhatian ialah 'hujung' dan 'pangkal' iaitu daripada teka-teki pertama.

Peribahasa 'sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan' akan aku ketengahkan selain daripada peribahasa 'kusut di hujung, bawa ke pangkal'.

Semoga pelajarku terhibur dan beroleh manfaat daripada pengajaran yang ringkas ini.

Monday, October 13, 2014

Strategi Pembelajaran Dalam Bulatan: 20 Peribahasa

20 peribahasa yang daku ajarkan kepada para pelajar melalui Strategi Pembelajaran Dalam Bulatan:

(a) air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
(b)
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(b) sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
(c) harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
(d) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(e) kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
(f) lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
(g) tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
(h) belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
(i) berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
(j) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(k) jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
(l) kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
(m) kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
(n) meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
(o) hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
(p) kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
(q) menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
(r) rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
(s) cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga

 
 
 
 

Sunday, October 12, 2014

Pertemuan semula

 
 
Pertemuan semula dengan Sarimah dan Wahedan di Swensen's, Bedok Mall pada Khamis, 9 Oktober 2014.
 
Subhanallah.
 
Semasa menengah satu, Sarimah dalam kelas 1D dan Wahedan dalam kelas 1E.
 
Aku pula dalam kelas 1F.
 
Apabila aku diberi peluang untuk berganjak ke aliran Ekspres dalam kelas 2E bersama Wahedan, kami sekelas dengan Sarimah kerana dua kelas ini digabungkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.


Wednesday, October 8, 2014

Entri berdasarkan huruf A hingga Z: Selesai sudah!

Selesai sudah entri berdasarkan huruf A hingga Z. Walaupun terdapat kegenjotan kerana entri untuk huruf H mendahului huruf G, aku tetap gembira dan bangga kerana berjaya melengkapkan entri-entri lebih awal daripada yang dijangkakan. Tahniah Nuraini!

Cuti 21 hari yang diberikan kepadaku membantu aku menghasilkan entri yang banyak dan itulah antara faktor utama aku dapat melengkapkan entri-entriku lebih awal daripada yang dijangkakan.

Esok, aku akan kembali ke tempat tugas yang mencabar setelah 3 minggu bercuti. Bahkan lebih daripada itu!



Z untuk Zaki


Zaki, Peter, Suyin dan Ravi merupakan antara nama yang ditemui dalam buku teks dan buku kerja semasa aku seorang pelajar di sekolah rendah.

Buku teks dan buku kerja Intisari Bahasa atau Sari Bahasa.

Tidak pasti sama ada Intisari Bahasa atau Sari Bahasa.

Aku pernah menemui buku teks dan buku kerja ini dalam koleksi simpanan di Perpustakaan NIE ketika aku menuntut di NIE.

Aku masih mengingati muka depan buku teks dan buku, walaupun tidak jelas tetapi ada cebisan memori tentang gambar empat orang kanak-kanak sedang membaca buku.

Kenangan mengusik jiwa.

Y untuk Youtube

Zaman VCR telah lama berlalu.

Zaman ini zaman Youtube.

Maka terciptalah perkataan 'muat naik' dan 'muat turun' bagi 'upload' dan 'download' memandangkan video-video tidak lagi dirakam menggunakan pita kaset dan alat perakam VCR.

Sebaliknya dimuat naik di lelaman perkongsian fail video Youtube.

Hanya perlu ada akses internet dan kemahiran mengklik.

Semudah itu.

Kalau berminat dengan klip video atau fail video tersebut, boleh muat turun pada bila-bila sahaja tetapi harus berhati-hati kerana pengalaman memuat turun drama Korea telah menyebabkan kedua-dua komputer ribaku dicemari virus.

Youtube menjadi pilihan pada zaman ini untuk menonton klip video atau fail video yang diperlukan.

Y untuk Youtube.

X untuk X-Ray

Bisa masih terasa sehingga kini.

Namun, keputusan daripada pemeriksaan X-Ray membuktikan bahawa tidak ada masalah yang berlaku terhadap tulangku.

Bisa ini entah dari mana?

Pembelajaran Peribahasa Dalam Bulatan: Menengah 1 Ekspres

Pembelajaran Peribahasa Dalam Bulatan











Apabila lagu diputarkan....