Saturday, August 27, 2022

Seorang Park Eun Bin dalam 3 buah karya

Extraordinary Attorney Woo bukan sekadar karya yang bagus dari segi visual, cerita, lakonan, mesej dan skrip.

Secara peribadi, aku terlalu mengutamakan kebagusan skrip sesebuah karya.

Extraordinary Attorney Woo mengetengahkan dan menyerlahkan bakat seorang Park Eun Bin yang pernah aku tontoni lakonannya melalui The King's Affection.

Lakonan Park Eun Bin dalam The King's Affection biasa-biasa sahaja meskipun beliau terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki iaitu watak seorang putera.

Lakonan Park Eun Bin terserlah dan menyerlah serta comel dalam Extraordinary Attorney Woo.

Melalui Netflix, aku cuba melihat lakonannya dalam drama lain iaitu Do You Like Brahms? 

Namun, penontonanku belum dapat diteruskan bagi drama tersebut.

Aku lebih tertarik dan menyukai drama Hello, My Twenties!

Bahkan, terhibur dan menyukai watak Song Ji Won yang gila-gila, kelakar, periang dan selamba serta comel.

Watak Song Ji Won dilakonkan oleh Park Eun Bin dengan baik sekali, sebaik lakonannya dalam Extraordinary Attorney Woo.

Watak peguam yang autistik dalam EAW dan watak wartawan yang masih belajar dalam HMT memperlihatkan perwatakan yang berbeza.

Namun, kecomelan kedua-dua watak masih tetap ada walaupun kecomelan kedua-dua watak masih tetap berbeza.

Park Eun Bin bukan seorang pelakon wanita yang memiliki kejelitaan. 

Namun, beliau seorang pelakon yang berbakat walaupun 'simple' sahaja.

Pelakon yang biasa-biasa dalam The King's Affection ialah pelakon yang bagus dalam Extraordinary Attorney Woo memandangkan watak Woo Young Woo iaitu seorang genius dan penghidap autism adalah luar biasa.

Namun, bakat beliau sebenarnya memang telah terserlah sebelum kedua-dua karya itu kerana Hello, My Twenties! disiarkan pada tahun 2016. 

Tuesday, August 16, 2022

Bukchon Hanok Village

Thanks to this blogger, I learn quite a bit about Bukchon Hanok Village.

https://www.simplyangella.com/bukchon-hanok-village/