Saturday, June 5, 2021

Mehmet dan Zeyneb

Watak Mehmet (perisik dan soldadu Turki) dan Zeyneb (pejuang Turki) telah aku padankan dengan pelakon Melayu.

Oleh sebab Mehmet dan Zeyneb kemudiannya bernikah dalam Musim 1 Mehmetcik Kutul Amare, aku telah meMelayukan watak Mehmet dengan pelakon Fattah Amin kerana perawakan mereka seiras.

Watak Zeyneb pula aku Melayukan dengan pelakon Fazura.

Kedua-dua mereka iaitu Mehmet dan Zeyneb cinta kepada perjuangan mempertahankan tanah air mereka daripada dijajah dan ditindas musuh.


Alangkah indah andai Fattah dan Fazura dapat digandingkan dalam sebuah filem atau drama yang berfokuskan perjuangan dan sejarah seperti Mehmetcik Kutul Amare yang berlatarkan suasana perang di Turki.


Cerita cinta yang klise seperti yang dilambakkan di media televisyen boleh dikatakan terlalu menjemukan.

Daku mendambakan sebuah cerita berfokus kepada sejarah dan perjuangan.

Insha Allah.





Mehmetcik Kutul Amare


 

Mehmetcik Kutul Amare Musim 2

2 Jun 2021

Daku kembali menonton Mehmetcik Kutul Amare di lelaman kayifamily.com sekali lagi.

Namun, kali ini ialah Mehmetcik Kutul Amare Musim 2 iaitu sambungan yang telah aku terlepas pandang.

Alhamdulillah, aku telah selesai menonton Mehmetcik Kutul Amare Musim 1 pada bulan Ramadhan yang baru berlalu.

Dalam Musim 2 Episod 1, Tentera Komander Ali hanya tinggal 3 orang iaitu Saeed, Sarjan Mevlut dan Komander sahaja.

Rakan-rakan seperjuangan mereka telah syahid dalam peperangan menentang musuh durjana iaitu British.