Monday, November 29, 2021

Heo Yeon Woo (Episod 3)

Dalam Episod 3, daku berubah hati pula.

Daku tidak lagi menyukai watak Heo Yeon Woo pula.

Apabila Yeon Woo mengingkari suruhan ibunya yang baik walaupun tanpa berlaku biadab atau menafikan keresahan ibunya yang luhur walaupun dengan penjelasan yang beradab, itulah yang menyebabkan aku tidak lagi menyukai watak ini. 

Empati kepada rasa hati seorang ibu tiada.

Sensitif kepada niat baik seorang ibu tiada.


Heo Yeon Woo

Melalui Episod 2 daripada drama The Moon Embracing The Sun, aku kian suka kepada cerita ini.

Bahkan, melalui episod kedua ini, aku kian suka kepada watak utama seorang gadis remaja iaitu Heo Yeon Woo yang berbudi pekerti, berhemah, bijaksana dan tenang.

Perwatakan yang melambangkan kepribadian seorang gadis remaja yang mulia.

Persis watak yang pernah aku bayangkan untuk penulisanku.

Saturday, November 20, 2021

Watak Shaun Murphy dalam drama versi Amerika berjudul 'The Good Doctor' ialah watak Park Si On dalam drama asal versi Korea bertajuk 'Good Doctor'.