Thursday, December 30, 2010

Bicara Kalbu & Fikrah: Warkah cinta daripadanya untukku

Warkah cinta daripadanya untukku hanya mengandungi dua ayat sahaja.

Dua ayat ini cukup menggegarkan mindaku dan menggetarkan perasaanku.

Terima kasih wahai pemilik cinta kerana menemaniku pada saat jiwaku bertsunami hingga pecah empangan air mata ini meskipun cintamu yang maha agung tidak aku balasi dengan cinta yang istiqamah.

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min."

"Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah: Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung."

Dua ayat yang tersurat ini adalah ayat 128 dan ayat 129 daripada warkah cintanya kepadaku iaitu warkah At Taubah (Pengampunan).

Al Quran is Allah's love letters for us and the fact that it came on time when I am so much in need is indeed a miracle.

Thank you dear Allah.

:(



'All love letters are treasures and deserve a place of honour.' (Robin Jones Gunn)

Tuesday, December 28, 2010

Bicara Kalbu & Fikrah: Setahun setengah lagi


Setahun setengah lagi, berakhirlah pengajianku di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Setelah setahun setengah aku naik turun bukit APM, tiga semester sudah aku tempuh dengan rencaman rasa.

Sejauh ini, aku harus katakan yang aku cukup seronok, gembira dan bersyukur dapat menjadi pelajar semula setelah lima tahun bertugas.

Keseronokanku, kegembiraanku dan kesyukuranku bersemi hanya setelah aku berada di Universiti Malaya dan sekaligus berada di Malaysia.

Ibarat hidup mati semula, ternyata Universiti Malaya dan Malaysia telah memberi harapan baru dalam hidupku yang sudah menjangkau lebih daripada suku kurun.

Seingat aku sebelum Jun 2008, aku tidak pernah menyemai langsung sebarang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran kerana pada waktu itu, aku beranggapan bahawa diplomaku sudah mencukupi.

Alhamdulillah, Tuhan yang Maha Kaya dan memiliki segenap ilmu telah membuka pintu hatiku untuk mengorak langkah ke Malaysia, khususnya Universiti Malaya semata-mata untuk mencari ilmu dalam bidang yang aku minati.

Inilah nikmat dan anugerah terindah daripadaNya kepadaku.

Istikharah penunjuk jalan dan peneguh hati.

Ustaz Fitras Bakaram, Dawn, Anwar dan Adik Mail adalah di antara mereka yang memberi galakan kepadaku agar meneruskan impianku ke negara jiran untuk melanjutkan pelajaran.

Tidak juga aku lupakan jasa Firdaus yang sudi menemani dan menghantarku ke sini agar urusan pendaftaranku sebagai pelajar dapat dilaksanakan memandangkan pada waktu itu, aku berseorangan dan belum mengenali sesiapa meskipun aku berpeluang berbicara dengan Hayatunnur di telefon dan berhubung dengan Kak K melalui emel.

Bak seorang spy, aku telah menjejak mereka berdua setelah terpapar nama mereka di senarai pelajar antarabangsa yang diterima masuk dalam bidang pengajian yang sama.

Pejam celik pejam celik, masa kian berlalu dan setahun setengah sudah aku di sini.

Seronok, gembira dan bersyukur dengan kesempatan ini.

Tenang dan bahagia di Universiti Malaya dan Malaysia.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan.

InsyaAllah, seandainya hayat masih ada, aku akan menempuh semester keempat pada tahun 2011 yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Seandainya hayat masih ada juga, ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu akan kugenggam seperti yang terlihat dalam gambar di atas.

Setahun setengah lagi.....

Monday, December 27, 2010

Malar Segar 2: Antara Matamu Dan Mataku (Hail Amir dan Uji Rashid)

Lagu ni lagu happy dan romantic. Jom layan....




Antara Matamu Dan Mataku - Hail Amir dan Uji Rashid

Hail Amir:
Di matamu kulihat sinaran bercahaya
Permata hati


Uji Rashid:
Di wajahmu kulihat senyuman yang berseri
Menawan hati


Hail Amir:
Pabila bersua bertentangan mata


Uji Rashid:
Kelunya lidahku tak dapat berkata


Hail Amir:
Renungan matamu mendebarkan sukma

Uji Rashid:
Terjalinlah kasih ikatan mesra


Hail Amir:
Pandangilah daku sepuas hatimu


Uji Rashid:
Pabila berjauh ku tak merindu


Hail Amir:
Di matamu kulihat sinaran bercahaya
Permata hati


Uji Rashid:
Di wajahmu terbayang harapan
Hidup sama


Hail Amir & Uji Rashid:
Antara kita


Romantic kan? Mendengar lagu ni sambil meneliti lirik lagu ni, bayangan seseorang melintasi fikiran. Tersenyum sendirian. Ini adalah satu petanda bahawa aku..... Ahakz. Bahawasanya aku kuat berangan.....

Selain daripada kuat berangan, aku juga perasan. Ahakz. Lagu ni aku anggap istimewa buat diri aku sebab nama aku dalam lirik lagu ni. Ahakz. Cuba cari? Scroll naik atas balik untuk lihat lirik lagu ni. Carilah line mana satu yang ada nama aku tersurat dalam lirik lagu ni. :) Ahakz. Betapa aku perasan......

First line yang dinyanyikan oleh Hail Amir tu. 'Di matamu kulihat sinaran bercahaya'. Ahakz. Noraini dalam bahasa Arab bererti 'cahaya mataku'. Kalau diterjemahkan kepada bahasa Inggeris secara literal, nama Noraini membawa maksud 'light from the eyes'. :) Jadi, bila Hail Amir sebut 'Di matamu kulihat sinaran bercahaya'. Itu maknanya dia sebut nama aku! Ahakz. Asalkan aku bahagia......

Sebenarnya, ejaan nama Noraini kurang tepat. Sebetulnya, Nuraini. 'Nur' membawa erti 'cahaya' manakala 'Nor' bukanlah sebutan dan ejaan yang tepat. Atas dasar itu, blog ini kunamakan Nurani Nurain dan bukan Nurani Norain. Mengapa bukan Nurani Nuraini memandangkan nama aku Noraini dan ejaan sebetulnya adalah Nuraini? Satu persoalan yang bagus. Terima kasih kepada yang bertanya. Sungguh kritis soalan kamu. Ahakz.

Soalan kritis kamu akan kujawab dalam 'post' yang lain memandangkan 'post' ini adalah dalam segmen Malar Segar. Segmen yang berfokuskan lagu dan lirik lagu. Lantas, tolong jangan tanya yang bukan-bukan. Ahakz.

Apa pun, nikmatilah lagu 'Antara Matamu dan Mataku' oleh Hail Amir dan Uji Rashid.

'Pabila bersua bertentangan mata. Kelunya lidahku tak dapat berkata. Renungan matamu mendebarkan sukma. Terjalinlah kasih ikatan mesra.' Oooopppsss. Belum terjalin dan mungkin tidak akan terjalin. :( Huhuhuhuhu. Sebab aku kan berangan je.
 

Bicara Kalbu & Fikrah: Dua Disemberku di Singapura (23 & 24 Disember 2010)

Khamis 23 Disember:

Jam 1 petang adalah appointment facial aku di Spa Jelita. Satu kejutan yang menggembirakan aku adalah Mahirah juga akan ke sana pada waktu yang sama.

Actually, dia call dan bertanya aku nak ke mana. Knowing where I was heading to, she asked me if they have ear candling treatment. Kalau-kalau Spa Jelita ada rawatan tu. I had no idea. So, she called Spa Jelita personally and made an appointment for her ear candling treatment. In the end, when she reached Spa Jelita, dia pun buat facial tapi untunglah dia. Sebab dia ambil rawatan facial yang sedang dipromosikan. $58 je. Good for her. I am so happy to see her and have our facial treatment together for the very first time.

Yang tak bestnya setelah selesai rawatan facial kami, Mahirah kena flu. :( Berkemungkinan pendingin hawa dalam bilik Spa Jelita terlalu sejuk atau barang kali sabun facial. Apa pun, kesian lihat Mahirah macam tu! It was last Friday, 17th December 2010, aku dan Adik Mail kena flu di Rumah Universiti. The feeling of having flu is so sick!

Kami lunch di Geylang and that was almost four o'clock. Lepas tu singgah Joo Chiat Complex. Last sekali singgah Darul Arqam. Then, kita pun pulang tapi aku tak pulang terus ke rumah. Singgah Bedok Regional Library. Tengah hari tadi sebelum ke Spa Jelita, aku pulangkan buku. Jadi, sekarang, aku rasa nak baca dan pinjam buku pulak.

Aku senang hati dapat bertemu dengan Mahirah. My sweet and kind girl friend. Kawan baiklah. Keadaan tak mengizinkan kita berlama-lama. Takpe. Next time, we shall spend more time together.

Jumaat 24 Disember:

Jam 3 petang. Meet up with Fir. He called yesterday when I was with Mahirah at Joo Chiat Complex. Dia ajak jumpa. Katanya, dia nak makan Mee Goreng di Restoran Segar. Memang pun Mee Goreng kat restoran tu sedap. Sedap sangat.

1 tahun yang lalu, Disember 2009. Kami pernah bertemu dan makan bersama di situ. Itulah kali terakhir kami di situ bersama. Setahun kemudian as in Disember 2010, kami bertemu sekali lagi. Setahun berlalu rasanya tidak seperti setahun. Setahun itu juga, kami membawa haluan masing-masing. Berpisah secara baik dan damai. Tarikh yang telah kami janjikan pada Oktober 2010 hanya tinggal kenangan. Pada enam bulan pertama tahun 2010, rasa bersalah, bingung, sedih, bimbang, cuak, takut selalu mengganggu fikiran. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kehibaan yang dirasa. Rupa-rupanya meninggalkan seseorang dan menjadi pihak yang membuat keputusan untuk membatalkan rancangan murni membina sebuah keluarga adalah perkara yang perit.

Kalau dahulu, aku selalu beranggapan betapa orang yang meninggalkan kejam kerana tergamak melukai dan mengkhianati janji. Namun, apabila berlaku pada diri sendiri iaitu aku yang membuat keputusan membatalkan perancangan kami dan sekaligus menghampakan harapan keluarga, I felt so depressed. Tidak mampu berhadapan dengan ibu Fir, bapak Fir apatah lagi ahli keluarga yang lain terutama sekali Mami Tijah dan Uncle Mail. Sampai sekarang, aku punyai rasa gentar berhadapan dengan mereka. Tak kuat untuk berhadapan dengan mereka. Tak kuat atau takut? Kedua-duanya. I felt like I am a coward and I owe them an apology. However............ I tried what I could even the littlest thing.

Fir pulangkan DVD Perempuan Berkalung Sorban & Syahadat Cinta serta DVD Upin & Ipin yang pernah aku pinjamkan lebih setahun yang lalu. Agak penghujung tahun 2009.

Fir ajak ke Bedok Point dan kami duduk minum air di Pastamania since kami dah kenyang makan di Restoran Segar. Di Pastamania, kita main game Rapid Fire. He initiated the game and it seems that he insisted on us playing that game. OK. Baiklah. Aku setuju. Lagipun sekali-sekala jumpa. Kalau dulu, sebagai 'teman istimewa' dan sekarang, sebagai 'teman biasa' sahaja, meskipun tidak sebagai 'teman hidup', I thought why not. So, we came up with 7 questions for each other.

From the game, at least I know that he is moving on. I guess so since he told me that he was seeing a Chinese girl and her mum knew about it. Aku rasa lega sikit. Lega pasal apa ya? Lega sebab aku rasa Fir seems to be able to cope with our relationship yang tak menjadi. And from the game, he also know that I am still not attached to anyone. I think the fact that we can be frank with each other and be friends is good enough for me. He is still definitely a good friend and a good brother.

Hampir jam 6, aku dan dia pun berganjak dari Pastamania. Aku beli bebola ikan dari Old Chang Kee dan berjalan di tepi jalan raya dengan Fir. Selepas trafik dan selesai makan bebola ikan, aku pun naik teksi.

Bertemu dengan Adik Mail dan calon isterinya ke Wedding Expo seperti yang dijanjikan.

Ronda-ronda Wedding Expo dan aku tertarik dengan klip video pasangan pengantin yang dipaparkan. Lucu. Aku memang minat videografi tapi klip tu sebenarnya bukan menarik tetapi melucukan. Klip-klip yang lain pun lucu. Seperti biasa, aku ni suka ketawa. Aku beritahu Mail apa yang aku tonton dan kami tontoni klip video tu. A guy from their production who was seated turned around to look at us. He is none other than Rifaah.

Seconds later, one of the people from that wedding production approached us and blablablabla. He is none other than Rayhul. Actually, I find their wedding montage unique, light-hearted and humorous. Mail likes the concept too. So does his wife-to-be.

In the end, penat-penat ronda Wedding Expo tu cari pelamin, dekorasi dewan, pakaian pengantin, catering dsb.......... yang Adik Mail dan calon isterinya sangat tertarik adalah video montage tu cos mereka like the idea of having to build up a storyboard and a storyline for 15 minutes of their pre-wedding video montage of how they first know each other plus an MTV lah gitu. Ahakz.

The wedding production company tu actually artis local kita yang punya. Kumpulan 2D. The one yang approached us is the quiet guitarist from 2D while the one seated is the lead singer. Ahakz. "Cenderawasih burung kayangan. Tuanku putih kilau keemasan."

Sunday, December 26, 2010

Malar Segar 1: Selasihku Sayang (Ahmad Jais dan Rafeah Buang)

Belum nak tidur. Masih nak berYoutube. Kalau pagi semalam, aku asyik ketawa melayan klip-klip video Nabil Raja Lawak, pagi ni pulak aku melayan klip-klip video lagu klasik atau lagu 'old school' yang tetap mendapat tempat di hatiku.

Lagu yang aku nak share ialah lagu 'Selasihku Sayang' yang dinyanyikan oleh pasangan duet Ahmad Jais dan Rafeah Buang. Mereka berdua ni tak silap aku dari era 70an. Aku belum lahir lagi tapi waktu aku kecik-kecik dulu, dah dengar dah lagu mereka. Lagu zaman mak aku. Apabila aku dewasa, aku memang suka suara dan lagu Ahmad Jais walaupun aku kurang atau boleh dikatakan kurang mengenali Ahmad Jais sebagai seorang personaliti.

Aku pilih lagu ni sebab lagu 'Selasihku Sayang' ni merdu. Lagipun lagu ni lembut dan sedih. Aku taklah sedih sekarang ni tapi mendengar lagu ni dan melihat lirik lagu ni, aku dapat merasa 'feel' lagu ni. Lagu ni membuai perasaan. Rentak lagu ni pun slow dan sedih. Lirik lagu pulak sweet, simple dan sedih. Meskipun lagu ni lagu sedih, lagu ni ada nada harapan yang sangat kuat dan mendalam. Orang berjiwa lembut tentu dapat hayati lagu ni kan. Aku rasa aku berjiwa lembut. Ahakz. Berjiwa lembut dan berjiwa klasik. Jom layannnnn....





Selasihku Sayang - Ahmad Jais & Rafeah Buang

Ahmad Jais:
Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Wahai sayang yang aku tinggalkan

Rafeah Buang:
Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Aduh sayang lambang percintaan

Ahmad Jais:
Hai kencana dewi
Kasih yang kurindu kukenang selalu

Rafeah Buang:
Sayang
Moga takkan layu cinta yang sejati
Kekal dan abadi

Ahmad Jais:
Hai cendana dewi
Kau tetap kukenang
Janganlah kau bimbang

Rafeah Buang:
Sayang
Kau tetap kan pulang di sisiku sayang
Membawa harapan

Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Aduh sayang lambang percintaan

Ahmad Jais:
Hai kencana dewi
Kasih yang kurindu kukenang selalu

Rafeah Buang:
Sayang
Moga takkan layu cinta yang sejati
Kekal dan abadi

Ahmad Jais:
Hai cendana dewi
Kau tetap kukenang
Janganlah kau bimbang

Rafeah Buang:
Sayang
Kau tetap kan pulang di sisiku sayang
Membawa harapan

Ahmad Jais & Rafeah Buang:
Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Aduh sayang lambang percintaan


Sweet kan lagu ni? Paling sweet bila Ahmad Jais nyanyi 'Hai kencana dewi kasih yang kurindu kukenang selalu' and then Rafeah Buang sambut 'Saaaayangg....' Rafeah Buang akan selalu sambut nyanyian si Ahmad Jais dengan ucap 'Saaaayangg'. Sungguh sweet.

Lagu ni sedih sebab pada bait pertama lagi, si Ahmad Jais dah sebut 'Mengenangkan kasih wahai sayang yang aku tinggalkan.' Perkataan 'tinggalkan' meninggalkan kesan sedih. Nampak sah long distance relationship ni! Huhuhuhuhuhu. Dapat merasakan kesedihan itu kerana dua kali aku telah menceburi arena long distance relationship yang berpusara di tengah lebuh raya. Huhuhuhuhuhu. Bukan accident kat lebuh raya tapi percintaan itu putus di tengah jalan.

Si Ahmad Jais reasurre Rafeah Buang so sweetly bila dia sebut 'Kau tetap kukenang janganlah kau bimbang.' And you know what, aku semakin bimbang dan semakin sedih. Long distance relationship especially for married couple who are far and away is never going to be easy. Apatah lagi kalau sesebuah perhubungan tu belum diikat dengan ikatan perkahwinan. Nothing is for sure lah in this life. Macam-macam boleh terjadi.

Si Rafeah Buang pulak dalam lagu ni selalu reassure herself and remind Ahmad Jais repetitively 'Moga takkan layu cinta yang sejati' dan 'Kau tetap kan pulang di sisiku sayang membawa harapan'. It is definitely not easy for her to go thru long distance relationship. Tu pasal kata-kata dalam lirik tadi tu bernada mengingati, merayu dan mengharap. Sedih.....

Sudahlah. Sedih dalam lagu je k. Dah dengar lagu ni pun berulang kali. Lagu lain pun aku layan jugak. Lagu 'Antara Matamu dan Mataku' oleh Hail Amir dan Uji Rashid. Lagu tu lagu happy tapi aku tak share lah dalam 'post' kali ni. Next time je k.

Apa pun, layanlah lagu malar segar 'Selasihku Sayang' nyanyian pasangan duet Ahmad Jais dan Rafeah Buang. Best!

Friday, December 24, 2010

Legasi 1: Istana Kenangan

Seindah namanya iaitu 'Istana Kenangan', ternyata istana ini memang indah. Istana bercirikan seni bina istana Melayu lama ini akan meninggalkan kenangan indah jika aku dapat 'bertentang mata' dan 'bersua muka' dengannya.

Istana Kenangan atau dikenali juga sebagai Istana Tepas, Istana Lembah atau Istana Kuning dibina pada tahun 1926. Istana Kenangan terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

Aku teruja dengan keindahannya sejak pertama kali aku memandang dan membandingkannya dengan istana-istana lain yang terdapat di Tanah Melayu. Ternyata, keindahan istana ini amat menyerlah. Lihat sahajalah pada reka bentuk dan warna istana ini.


Istana Kenangan jika diamati pada bahagian bumbungnya menyerupai bentuk sarung pedang. Kreatif bukan? Seni bina bumbung istana ini menggabungkan reka bentuk perabung lima dan perabung pisang sesikat.
Sesuatu yang menarik tentang istana ini adalah pembinaannya yang menggunakan kayu semata-mata tanpa penggunaan sebarang paku.

Aku menyimpan hasrat untuk melihat sendiri istana ini dengan mata kepalaku sendiri sejak aku jatuh cinta dengan keindahan istana ini. Aku akan berpuas hati jika aku dapat mengkagumi istana ini secara dekat dan bukan lagi menerusi gambar-gambar di buku atau di lelaman sesawang.

Moga rancanganku dapat dilaksanakan dan harapanku kesampaian jua pada tahun 2011, InsyaAllah.

Gambar yang dipaparkan di blog ini bersumber dari sebuah laman sesawang iaitu http://www.asiaexplorers.com/malaysia/istana_kenangan.htm . Sebenarnya, aku lebih suka memaparkan gambar koleksi sendiri. Atas sebab itu, aku harus ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan! Namamu kuseru bertalu-talu.

Cakap tentang gambar koleksi sendiri, aku tidak mempunyai kamera kecuali kamera pada telefon bimbit. Jadi, aku haruslah bersedia dengan kamera digital yang mantap untuk merakam pertemuan istimewa ini.

Sementara itu, aku akan cuba mendapatkan maklumat yang sahih dan lebih menarik tentang istana ini agar dapat dikongsi bersama dengan tetamu blog Nurani Nurain.

Sampai di sini sahaja buat kali ini dalam 'post' pertama untuk segmen Legasi.

Wednesday, December 22, 2010

Bicara Kalbu & Fikrah: Merindui suasana petang di UM

At this point of time, I misses UM a lot. I must be crazy right to miss UM?? Truthfully, UM has brought me back to life. A life full of hopes and dreams.

Pada waktu ini, aku sangat merindui suasana petang di UM. Pesan chocolate waffle di kaunter Daily Fresh tu. Kemudian, duduk di bangku sambil menghirup teh o limau ais sementara menunggu chocolate waffle kegemaranku disiapkan. Setiap kali selepas atau sebelum mengunjungi Perpustakaan UM, Daily Fresh akan aku singgahi. Kalau bukan chocolate waffle, aku akan memesan peanut n chocolate waffle. Begitulah rutinku apabila mengunjungi Perpustakaan UM.

Pada awal semester 3, aku sudah bertekad dan berhasrat untuk menjinak-jinakkan diri ke Perpustakaan UM setiap minggu. Lantas, itulah yang aku lakukan kerana sepanjang semester 1 dan 2 di UM, jarang sekali aku mengunjungi Perpustakaan UM untuk membaca dan meminjam buku sedangkan membaca, memahami dan menghayati sesuatu ilmu itu merupakan proses pengajian yang paling penting. Alhamdulillah, tekad dan hasrat yang kutetapkan pada awal Semester 3 terdaya dan termampu aku laksanakan secara istiqamah. Aku berpuas hati kerana dapat melatih diri membaca setiap minggu. Bagiku, ini adalah pencapaianku pada Semester 3 iaitu mendisiplinkan diri ke Perpustakaan UM setiap minggu.

Biasanya, aku berjalan kaki dari APM ke Perpustakaan UM. Seronok berseorangan berjalan kaki. Sambil menghirup udara segar, macam-macam perkara yang menyinggahi nurani rasa dan fikirku. Perjalanan dari APM ke Perpustakaan UM memberi ruang masa untuk merefleksi, mengenang dan berfikir.

Namun, ada beberapa perkara yang harus aku perbaiki dan perhalusi. Memanglah aku berkunjung ke Perpustakaan UM setiap minggu tetapi pembacaanku tidak bertali arus. Itu bererti aku masih belum menggiatkan pembacaanku dan ternyata, pembacaanku tidak aku amalkan setiap hari. Apabila pembacaan terputus, arus kefahaman dan ingatan pun terputus sama. Sedangkan aku yakin bahawa pembacaan yang dilakukan secara istiqamah setiap hari akan lebih berkesan kepada kefahaman dan ingatan.

Lebih berkesan juga jika isi kandungan buku yang dibaca dicatat dan diperbincangkan. Aku memang adakalanya mencatat tetapi bergantung kepada mood. Kalau ada mood, aku mencatat. Kalau tak ada mood, aku sekadar membaca. Bagusnya mencatat, aku seolah-olah mengulangkaji. Tak bagusnya mencatat, proses pembacaan menjadi lambat kerana setiap kali membaca, aku perlu mencatat. Namun, dari segi keseronokan, membaca dan mencatat memberi nikmat yang lebih bermanfaat. Maklumlah, kalau aku sekadar membaca sekali cuma begitu sahaja, biasanya isi kandungan itu belum meninggalkan kesan kepada ingatan.

Harus aku akui bahawa pembacaanku pada semester 3 sangat tertumpu kepada modul Seni Bina dan modul Seni Busana hinggakan modul Drama & Media sangat terabai. Tugasan yang bertimbun-timbun banyaknya untuk modul Seni Busana dan modul Seni Bina merupakan faktor aku mengabaikan pembacaan untuk modul Drama & Media. Barangkali, aku punyai preset mindset yang modul Drama & Media tidaklah sukar sangat. Bahkan, aku akui aku terlalu fokus kepada modul Penterjemahan yang bagiku sukar difahami dan mengelirukan.

Ketidakadilanku dalam menunaikan tanggungjawabku membaca bahan-bahan bacaan untuk modul Drama & Media aku insafi. Bahkan, hanya pada minggu ulangkaji, aku mula mencari buku-buku penting yang berkaitan dengan modul ini. Aku juga terlalu meremehtemehkan modul Tatabahasa kerana menganggap modul itu dekat di hati. Pada awal semester, memang aku ada mengulangkaji pada waktu malam sebelum masuk tidur tetapi tidak lama kemudian, Tatabahasa ke mana, aku ke mana.... Leka.

Jadi, aku tidak mahu bersikap tidak adil lagi pada Semester 4 yang akan datang. Memanglah modul yang kurang difahami atau sukar difahami seperti Penterjemahan perlu diberi perhatian yang lebih tetapi janganlah pula pembacaan untuk modul yang lain diabaikan. Pencarian bahan dan pembacaan isi kandungan buku kuhimpunkan pada saat-saat terakhir menghadapi peperiksaan. Otakku pun terkejut!

Akibatnya, aku menghabiskan minggu ulangkaji sepanjang 3 minggu untuk menelaah sehabis tenaga dan tumpuan untuk Tatabahasa. Pada minggu ulangkaji itulah, aku mula membaca ketiga-tiga teks pilihan. Pada minggu ulangkaji itulah, aku mula memesrai Tatabahasa Dewan. Pada minggu ulangkaji itulah, aku mula mendekati buku 'Pembentukan Kata Dalam Bahasa Indonesia' tulisan Harimurti Kridalaksana.

Akibat tidak membahagikan masa pembacaan dengan bijak untuk setiap modul, aku jadi haru-baru apabila berhadapan dengan Drama & Media. Apatah lagi sewaktu menghadapi Pengajian Melayu Bersumberkan Islam, aku jadi mati akal.

Aku harus belajar daripada kesilapan. Kunjungan setiap minggu ke perpustakaan harus diteruskan. (Rindunya..... dengan suasana petang di UM khususnya Perpustakaan UM. Meskipun Perpustakaan UM tidak menyediakan kelengkapan dan kemudahan yang memuaskan hati, Perpustakaan UM telah berjasa kepadaku. Perpustakaan UM memberi ruang kepadaku bersendiri dan berseorangan memerah otak dalam melaksanakan tugasan.)

Pembacaan hendaklah digiatkan setiap hari dan setiap modul yang aku ambil berhak menerima layananku secara adil. Hehehehehe. Adil bukan bererti sama rata. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya pada waktu dan keadaan yang sesuai. Sebagai contoh, modul Penterjemahan memanglah sukar difahami. Sejak bulan puasa, aku bertungkus-lumus untuk memahami modul ini. Bagaimana pula dengan nasib Tatabahasa yang disangka dekat di hati padahal banyak perkara baharu yang perlu difahami? Never underestimate the contents of Tatabahasa because it is much more than what I thought. Bagaimana pua dengan nasib PMBI yang akhirnya membuat aku mati akal? Bagaimana pula dengan nasib Drama & Media yang pembacaannya banyak bergantung kepada bahan-bahan di internet dek kesuntukan masa?

Akhir kalam, pembahagian masa pembacaan untuk setiap modul harus ADIL. OK! Macam ibu ayah yang ada ramai anak. 6 orang anak lah katakan. Setiap anak itu kan berbeza tingkah, pemikiran, perasaan, sikap dan sifat. Jadi pendekatan ibu ayah pun hendaklah berbeza mengikut keperluan dan kesesuaian tetapi perhatian untuk setiap anak itu perlu ada dan diadakan secara ADIL walau bagaimana sibuk pun kedua-dua ibu ayah. Ini analogi je.

Walau apa pun, aku merindui suasana petang di UM yang telah menghamparkan kenangan yang indah-indah belaka. 'Post' pertama bagi segmen Bicara Kalbu & Fikrah dalam Nurani Nurain ni pun tercetus semata-mata kerana terbit rasa rindu terhadap suasana petang di UM....

Friday, December 17, 2010

Cuti-Cuti Malaysia 1: Langkawi & Pangkor

Dalam 'post' pertama bagi segmen Cuti-Cuti Malaysia, aku ingin berkongsi dua buah gambar percutianku bersama rombongan pelajar antarabangsa yang diketuai dan dianjurkan oleh Tareq Hassan, Khairul Mahmud dan Omar. Percutian ke Langkawi berlangsung pada cuti semester 2 sejurus selesai peperiksaan. Percutian ke Pangkor pula berlangsung pada cuti semester 3 sewaktu minggu ulangkaji. Hmmm...kena cuba dapatkan tarikh yang tepat. Sebab, memang dah tak ingat pun tarikh kedua-dua percutian.



Ke mana hilangnya kepala si burung helang?

Percutian di Langkawi terlalu singkat. 3 hari 2 malam tidak mencukupi. Itu bermakna aku harus ke Langkawi lagi. Pulau Langkawi memang indah dan sungguh menakjubkan. Rombongan ni pun happening!

Perkenalan dengan Farhad dari Bangladesh, Akram dari Yemen dan Mohamud Hussein dari Somalia memberi pengalaman unik dalam persahabatan. Percutian ke Langkawi ini sekaligus membuka ruang yang lebih luas untuk berinteraksi dengan adik-adik dari Akademi Pengajian Islam iaitu Ridwan, Syahid dan Salam yang sebelum ini dikenali sebagai pelajar senegara dan sekolej dengan aku.

Peluang tidur sekamar dengan Ma Lan dan Min Yao dari Cina pula menyeronokkan kerana aku dapat mengenali dengan lebih rapat lagi rakan seIslam tetapi bukan sebangsa, bukan sebudaya dan bukan senegara. Parisa dari Bangladesh, Sandee dari Myanmar dan Siti Rahmayanti dari Indonesia pula dari kamar yang lain. Meskipun sudah mengenali mereka sejak minggu Haluansiswa, Langkawi menghubungkan kami semula.

It's all about bonding!



Ke mana pula hilangnya kepala sotong?

Percutian di Pangkor selama 3 hari 2 malam dirasakan mencukupi. Aku tidak berhasrat ke Pangkor untuk kali kedua. Pulau Langkawi lengang dan tenang.

Teman-teman sekamar iaitu Ummi dari Brunei, Maram dari Mesir dan Rihhana dari Iran menghiburkan. Tidak lupa Zeinab dari Iran yang turut menghiburkan tetapi dia dari kamar sebelah. Makan kepah dan jalan-jalan bersama mereka pada waktu malam adalah pengalaman manis yang kami kongsi bersama.

Berbasikal pada waktu siang mahupun malam memang seronok meskipun nikmat yang dirasa berbeza. Berbasikal pada waktu siang bererti aku memperolehi nikmat cahaya mentari yang tidak terik bersama hembusan angin pagi yang menyegarkan. Rintik-rintik hujan renyai membasahi kami pada pagi itu. Ummi yang tidak berbasikal pada pagi itu menjadi teman yang cukup sabar dan setia menungguku. Pengalaman mencari kios basikal dan berbasikal beramai-ramai ternyata mewujudkan rasa bersama.

Berbasikal pada waktu malam pula bererti aku memperolehi nikmat belaian angin malam. Namun, peluang berbasikal sambil berbual tentang kehidupan dengan Khairul Mahmud dan Mohamud Hussein melapangkan fikiran dan mententeramkan perasaan. Itulah yang menjadikan pengalaman berbasikal tidak dapat dilupakan pada malam itu. Khairul Mahmud dan Mohamud Hussein adalah dua orang kawan yang kukenali melalui percutian di Langkawi. Percutian di Pangkor kali ini telah merapatkan kami semula setelah masing-masing kian sibuk dengan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar sepanjang semester.

Setelah sekian lama tidak berbasikal, rasa ghairah berbasikal sudah pasti terasa.

It's all about friendship!

Thursday, December 16, 2010

Nukilan Nurani 2: Kalau Kita Menjadi Kayu

Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu atau cendana
wangi dan bernilai tinggi
atau paling tidak
jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api
asal punya harga diri.

Tetapi, jika mahu jadi kayu
majal, keras dan padu
seperti cengal, keruing atau meranti
itu juga pilihanmu
cuma, jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak
kaum sendiri.

Abdul Rahim Idris
Jerantut, Pahang
Mingguan Malaysia
27 Februari 2005

Indah dihayati. Mudah difahami. Aku saaaaangat menyukai dan menghargai puisi yang dicipta ini. Syabas kepada penulis kerana berjaya menghasilkan sekuntum puisi yang amat ringkas tetapi cukup bernas ini.

Tajuk puisi yang dihasilkan iaitu 'Kalau Kita Menjadi Kayu' telah dijadikan tajuk sebuah bahan bacaan yang mengandungi himpunan cerpen, puisi, kajian dan rencana sastera serta laporan panel hakim Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. Kulit buku bahan bacaan yang mengambil tajuk puisi Abdul Rahim Idris ini memaparkan gambar kayu. Bagiku, gambar ini cukup mempesonakan dan lain daripada yang lain. Kelihatan 'hidup' dan ternyata autentik. Lihatlah sendiri kulit buku antologi ini di bawah ini.

Mempesonakan, unik, 'hidup' dan autentik bukan? Sebab yang menciptanya adalah yang Maha Kreatif, Maha Bijaksana dan Maha Indah.


Gambar ini adalah koleksi Naza Hamed. Thumbs up to the photographer!

Berikut adalah laporan panel hakim mengenai sajak 'Kalau Kita Menjadi Puisi'. Aku nukil daripada halaman lvi.

'Dalam puisi "Kalau Kita Menjadi Kayu", jalan fikirannya menuju majaz kiasan. Melalui kiasan yang ditampilkan, falsafah "kayu" dikaitkan dengan sikap yang perlu dipilih oleh manusia supaya jangan pula nanti / sampai sanggup jadi hulu / yang rela diperkuda kapak / hingga tergamak menetak / kaum sendiri. Imejnya sejalan dengan dasar falsafahnya.

Penyusunan diksi yang berkait dengan unsur alam berupaya menimbulkan unsur hikmah yang wujud dalam tasawur Melayu. Unsur ironi yang sering hadir dalam peribahasa, dan dihidupkan semula dalam puisi ini telah membuka laluan yang mudah untuk menggambarkan maksudnya. Paduan antara falsafah hidup orang Melayu yang banyak bersandarkan alam dengan realiti kehidupan masa kini, terutama dalam hubungannya dengan dunia politik dan kepemimpinan dapat ditampilkan dengan baik.'

Semoga tetamu yang mengunjungi lelaman Nurani Nuraini beroleh manfaat dan nikmat membaca puisi 'Kalau Kita Menjadi Kayu' tulisan Abdul Rahim Idris ini. Komen kalian sangat dialu-alukan. :)

Wednesday, December 15, 2010

Susuri Sejarah 1: Zaman Pleistosen & Zaman Holosen

Berkocak. Bergelora. Bergelombang. Begitulah suasana yang sedang melanda jiwa sejak pagi semalam....

Mungkin, buku yang kucapai dan kubaca ini semata-mata untuk mengalihkan perhatianku yang sejak semalam terganggu dan tertumpu kepada perkara yang berlaku.

Pada hari ini, bukan sekadar 'perkara' tetapi 'perkara-perkara' telah menimpa.

Ketika aku tidak mampu bersabar dengan 'perkara' dan kemudiannya 'perkara-perkara' yang berlaku, aku hanya mampu duduk seorang diri melayani perasaan.

Ketika aku gagal meredhai dengan 'perkara' dan kemudiannya 'perkara-perkara' yang menimpa, aku hanya mampu memandang ke langit dan awan-gemawan tanpa mengerti makna tersirat di sebalik ketentuan ini.

Buku yang kucapai dan kubaca seketika ini telah mengalihkan perhatianku. Ingin kukongsi bersama maklumat yang terkandung dalam buku ini iaitu buku 'Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara' tulisan Abdul Rahman Abdullah melalui 'post' pertama dalam segmen 'Susuri Sejarah' . Berikut merupakan maklumat yang terkandung dalam buku ini iaitu Bab 2: Kebudayaan Asli dari halaman 11 sahaja.

'Sebelum dintinjau kebudayaaan jati masyarakat peribumi, perlu diketahui sekadarnya tentang kedudukan geologi Asia Tenggara pada Zaman Prasejarah.

Pada Zaman Pleistosen (kira-kira 35 000 hingga 11 000 tahun dahulu), di mana cuacanya yang sejuk menyaksikan paras air laut turun, Asia Tenggara merupakan sekeping tanah Pelantar Sunda dan Pelantar Sahul yang timbul. Pelantar Sunda menghubungkan tanah besar Asia Tenggara dengan Kepulauan Melayu, sedangkan Pelantar Sahul menghubungkan New Guinea dengan Australia. Kerana itu manusia boleh bergerak di Asia Tenggara tanpa memerlukan perahu atau kapal. Tetapi pada Zaman Holosen (sejak 11 000 tahun yang lalu), di mana cuacanya mulai panas dan paras laut naik, Pelantar Sunda dan Pelantar Sahul lalu tenggelam, hingga jadilah Asia Tenggara seperti yang ada sekarang.

Dalam tinjauan tentang kebudayaan jati selanjutnya, terdapat dua premis yang utama. Pertama, kebudayaan bercorak sepadu dan holistik, iaitu saling bergantung dan berkait rapat antara satu sama lain. Tidak ada pemisahan antara agama dengan aspek-aspek kebudayaan lainnya. Kedua, pendekatan para sarjana terhadap perkembangan dan perubahan budaya prasejarah di mana-mana pun juga adalah berteraskan teori evolusi. Dengan itu perbahasan selanjutnya bertolak daripada pendekatan ini, yang bermula dengan Zaman Batu (Paleolitik, Mesolitik, Neolitik), dan berakhir dengan Zaman Logam (Tembaga, Gangsa, Besi).'

Inilah pertama kalinya aku memperhatikan istilah 'Zaman Pleistosen' dan 'Zaman Holosen'. Maklumat yang menarik dan tentunya aku tertarik. Sekadar ini yang dapat kukongsi daripada hasil tulisan Abdul Rahman Abdullah melalui buku 'Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara' yang telah diterbitkan pada tahun 2000 oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kumohon ketenangan jiwa. Kumohon kelapangan fikiran. Kumohon kesejahteraan perasaan. :(

Monday, December 13, 2010

Reviu Sinetron 1: Munajah Cinta

Reviu tentang Sinetron Munajah Cinta ini merupakan reviu pertama bagi blog Nurani Nurain. Namun, reviu ini hanya menjurus kepada 'watak air mata' dalam sinetron ini iaitu watak Maimunah lakonan Zaskia Adya Mecca. Dalam Ayat-Ayat Cinta, Zaskia Adya Mecca dengan penampilan sedia adanya yang bertudung melakonkan watak Noura yang menjadi mangsa penderaan dan perkosaan. Dalam Munajah Cinta pula, sekali lagi Zaskia Adya melakonkan watak yang menjadi mangsa perkosa manusia durjana. Maimunah pula nama wataknya.

Pada mulanya, aku rimas dan lemas dengan watak Maimunah. Watak air mata yang sememangnya cukup cengeng. Dari episod pertama hinggalah episod-episod seterusnya, watak Maimunah terus-menerus berendam air mata. Namun, aku mula mengerti dan bersimpati bahkan berempati dengan watak Maimunah apabila latar belakang watak Maimunah semakin didedahkan dan pergolakan hidup watak ini kian dipaparkan begitu mencabar dan jarang sekali berpihak kepadanya.

Maimunah kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada keluarga. Ibu Maimunah telah meninggalkan keluarganya, barangkali sejak Maimunah kecil. Manakala ayahnya, Pak Kasan terlibat dengan perjudian dan telah terjebak dengan hutang sekaligus terperangkap dengan sekumpulan narapidana. Demi melangsaikan hutang, Pak Kasan bersetuju mempertaruhkan Maimunah. Begitulah latar belakang Maimunah.

Namun, takdir yang menimpa diri Maimunah pada Episod 17 amat menyayat hatiku dan merobek perasaanku apabila dua tragedi yang memilukan berlaku secara berurutan. Tragedi pertama, Attar tidak menikahinya tetapi sebaliknya menikahi Elena hingga Maimunah menjadi begitu hampa. Oleh sebab Maimunah tidak dapat menahan perasaannya, Maimunah melarikan diri. Tragedi kedua menyusul apabila Maimunah diculik kemudian diperkosa oleh si narapidana yang durjana.

My heart goes out to Maimunah since then.....

Pilu, kecewa, bingung, hilang keyakinan diri, hilang semangat untuk hidup dan hilang harapan untuk segala-galanya. Betapa keimanan Maimunah cukup teruji. Alangkah sukarnya menempuh hidup sebagai Maimunah. Apabila aku 'mengambil tempat' seketika sebagai Maimunah, aku dapat rasakan betapa hancur luluh hatinya. Tentunya, aku akan mejadi sepilu Maimunah, kecewa seperti Maimunah dan sebingung Maimunah berada dalam situasi sebegitu. Keyakinan diri sudah tentu dirobek-robek. Semangat untuk hidup sudah tentu ranap dan lenyap. Harapan untuk segala-galanya punah ranah. Begitulah beban perasaan yang perlu ditanggung daripada bencana yang menimpa. Betapa hebat ujian hidup yag melanda Maimunah.

Bayangkan mahkota seorang Maimunah dirampas dalam sekelip mata pada waktu dia sedang kehampaan. Bayangkan jika itu berlaku kepadamu (andai kamu seorag gadis). Bayangkan jika itu berlaku kepada adik perempuanmu (andai kamu seorang lelaki).

My heart goes out to Maimunah. I really want to see the blessings Maimunah deserve to have after going through all these sorrowful moments. Dear scriptwriter, please write a good story and a deserving plot for Maimunah for she has gone through hardship and harshness of life endlessly. Please give the character, Maimunah hope that she needs. Please give such real life characters in this world, hope that they need, dear God.

Memandangkan Munajah Cinta adalah sinetron bergenre dan berunsur Islam, aku menaruh harapan kepada cerita, jalan cerita, watak dan dialog yang mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang memerlukan seperti Maimunah. Watak dan dialog yang penuh dengan kasih sayang dan harapan tentu akan membawa makna yang mendalam tapi tolonglah, yang kumaksudkan tentunya bukan dialog tipikal pet pot pet pot pet pot iaitu dialog bernada ceramah dan dakwah yang mendesingkan telinga dan menjemukan jiwa kerana disampaikan tanpa seni dan sentuhan perasaan.

I shall be waiting. I know too well that Indoesian Sinetron are so good at killing the hopes of their faithful audiences as well as fueling our anger with senseless and hopeless plots and characters. So, please dear scriptwriter, you better disappoint me NOT!

Maimunah, my heart goes out to you....

Sunday, December 12, 2010

Personaliti 1: Rianti Cartwright

Pandang tak jemu. Bahkan, tak pernah jemu walau sekali. Kecantikan semulajadi seorang Rianti Cartwright ternyata mempesonakan. Meskipun tanpa solekan, wajahnya tetap berseri-seri. Cantiknya..... ciptaan Allah yang seorang ni.

I first saw her in Ayat-Ayat Cinta (The Verses Of Love), a number 1 hit movie from Indonesia. She acted as Aisha, a muslimah with beautiful and uniquely-designed jilbab and purdah. It was her eyes that sent mysterious messages and when the purdah is unveiled, I am mesmerized by her perfect beauty. Rianti Cartwright is so gorgeous. Her fair and lovely skin, her rosy cheeks and her sexy lips. Subhanallah..... she is such a perfect beauty.

Sekarang, exam pun dah selesai. Ada banyak masa terluang. Jadi, aku pun akan layan sinetron Munajah Cinta di Youtube. Rianti Cartwright berlakon sebagai wanita muslimah lagi bernama Humaira. Eloklah tu. Dalam Ayat-Ayat Cinta, Aisha. Dalam Munajah Cinta, Humaira. Hmmm... bukankah isteri Rasulullah, satu-satunya anak dara yang bernama Aisyah (Binti Abu Bakar As Siddiq) diberi jolokan Al Humaira oleh Rasulullah? Al Humaira bermaksud kemerah-merahan iaitu merujuk kepada warna kulit Aisyah. Seingat aku, itulah yang Ustazah Kamariah ceritakan. Lama benar tak ikuti kelas Ustazah Kamariah kan since duduk KL.... Huhuhuhu.

Dalam gambar di bawah ni, khas untuk 'post' dalam segmen Personaliti ni, gambar Rianti Cartwright yang dipilih daripada internet memperlihatkan Rianti Cartwright berbusana muslimah. Sopan lagi anggun kan. Tetap cantik. Bahkan lebih cantik daripada biasa kerana berpenampilan terpelihara. Kena klik pada gambar yang kecil di bawah ni untuk melihat Rianti Cartwright dengan lebih jelas. Cantik kan dia!!!!

Ok, jap lagi nak gi layan Munajah Cinta Episod 11. :) Bermunajahlah agar diketemukan dengan cinta yang cintakanNya. Huhuhuhuhu.

Saturday, December 11, 2010

Nukilan Nurani 1

When you have cried so long and your heart is in anguish... Allah has counted your tears

When you feel that your life is on hold and time has passed you by... Allah is waiting with you

When you are lonely and your friends are too busy even for a phone call... Allah is by your side

When you think you have tried everything and don't know where to turn... Allah has a solution

When nothing makes sense and you are confused or frustrated... Allah has the answer

When things are going well and you have much to be thankful for... Allah has blessed you

When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... Allah has opened your eyes and called you by name

Remember that wherever you are or whatever you are facing... Allah knows.

Inilah perutusan atau 'post' pertamaku dalam blog Nurani Nurain. Sebenarnya, ghairah tetapi terpinga-pinga juga dalam mencari-cari idea dan tercari-cari bahan yang menarik untuk mengisi blog ini buat pertama kalinya agar pengunjung blog ini tertarik membacanya tapi.... nampaknya, sebagai permulaan, hanya bingkisan kata-kata motivasi dalam bahasa Inggeris ini yang dapat dipersembahkan. Itu pun secara kebetulan bahan ini diperoleh ketika menyelak Kamus Dewan yang berada di sebelah kananku. Kata-kata motivasi ini pernah ditaip dan dicetak suatu masa dahulu dan cetakan pada kertas itu entah bagaimana boleh berada di dalam kamus, bahagian paling belakang... Hmmm.

Walau bagaimanapun, pelayaran ini sudah bermula dengan 'post' pertama yang bertajuk... Hmmm. Tak tahu?! Sebab kata-kata motivasi itu pun bukan dikaryakan oleh aku tetapi merupakan nukilan dari mana-mana entah. Dari majalah agaknya? Barangkali dari internet? Sesungguhnya, bukan aku lupa tapi sekadar aku tak ingat.

:) Memandangkan nukilan di atas pun tak diketahui tajuknya, mungkin aku boleh beri tajuk 'post' ini Nukilan. Atau Nukilan Nurani Nurain. Eh, tak nak tak nak. 3 perkataan tu. 9 suku kata pulak tu. Leceh nak sebut. Nukilan Nurani? Atau Nukilan Nurain? Hmmm..

Aku rasa aku pilih Nukilan Nurani lah. Patut ke nak tambah dengan Nukilan Nurani Yang Pertama. Jadi kalau ada nukilan yang lain, boleh aku taip tajuk seterusnya sebagai Nukilan Nurani Yang Kedua. Nukilan Nurani Yang Ketiga. Nukilan Nuraini Yang Keempat... sampailah Nukilan Nurani Yang Ketujuh Belas. Lecehlah. Macam tak praktikal. Tak ekonomis. Boleh tak buat sesuatu yang ringkas? Bak kata pepatah Inggeris, sweet and simple. Hmmm...

Oklah macam ni, Nukilan Nurani 1. Lagipun dalam pembinaan blog ini sejak semalam iaitu 10 Disember 2010, aku telah terlebih dahulu merancang untuk mengisi bog ini dengan informasi, bahan ilmiah, lirik lagu, puisi, gambar, ulasan, pandangan, catatan peribadi, catatan harian/ mingguan / bulanan dan sebagainya. Dalam perancangan aku, aku ingin sekali membina blog yang bersegmen agar lebih kemas dan teratur. Contoh. Ada segmen budaya, ada segmen sastera, ada segmen nukilan macam 'post' pertama aku, ada segmen lirik, ada segmen luahan perasaan dan sebagainya. Jadi, harus ada tajuk-tajuk mengikut segmenlah. Lebih kemas dan teratur kan begitu?

Jadi segmen pertama rekaanku adalah Nukilan Nurani. Nukilan Nurani 1. Beri angka je. Mudah untuk 'keep track'. Segmen yang lain belum difikirkan tajuk-tajuknya. Nantikan kemunculannya. Dalam perancangan, insyaAllah. Ok. Aku nak menaip tajuk untuk 'post' pertama aku ni di ruang title sejurus noktah pada akhir ayat ini.

Ok. Dah siap. PUBLISH POST!!!!