Wednesday, November 22, 2023

High Kick Musim Ke-2 (Episod Pertama)

High Kick Musim Ke-2 (Episod 1)

Setelah berkali-kali dan berhari-hari menonton klip video ringkas (shorts) sahaja mengenai dua watak utama yang sungguh comel iaitu Hye Ri (nakal, biadab dan suka membuli) dan Shin Ae (lembut, lurus akal dan baik hati seperti kakaknya), akhirnya daku terpanggil untuk menonton sepenuhnya drama High Kick Musim Ke-2. Aku sungguh tertarik dengan lakonan kanak-kanak perempuan yang melakonkan watak Hye Ri. Pelakon ini mula-mula aku kenali menerusi watak remaja dan pembuli iatu Jenny dalam drama sensasi Penthouse.

Berbalik kepada drama High Kick 2. Drama ini sebenarnya ada dalam Viki Rakuten ini tetapi penyiarannya terbatas. Penonton dari Singapura disekat daripada menonton drama Korea. Penyiar yang lain seperti IQiyi pula tidak mempunyai drama ini. Aku pun mengambil keputusan untuk melanggan Prime Video tadi semata-mata untuk menonton drama ini. Namun, sia-sia sahaja kerana tidak seperti yang dipaparkan di lelaman Prime Video! Drama ini tidak ada dalam Prime Video.

Alhamdulillah! Akhirnya, aku temui drama ini dalam lelaman Drama Cool. Sekarang aku sedang menonton drama Korea yang aku idam-idamkan iaitu High Kick Musim Ke-2 (Episod 1).

Berikut ialah pautan drama High Kick Musim Ke-2 (Episod 1). 

High Kick! 2 Episode 1 (dramacool.re)

Tuesday, November 21, 2023

Past

Past is a good place to visit but certainly not a place to stay.

The past is a place of reference, not a place of residence.

Never be a prisoner of your past. It was just a lesson. Not a life sentence.

21 November 2023

Monday, November 20, 2023

Insan yang baik: Suhaimi Saad


Insan yang baik, insha Allah.

Iltizam beliau terhadap pergantungan sepenuhnya kepada Allah ialah inspirasi.

Sunday, November 19, 2023

Drama Korea: Who Are You (Episod 15)

4 watak utama dalam Who Are You:

(1) Lee Eun Bi (Watak anak yatim piatu yang tinggal di rumah kebajikan / adik kembar kepada Eun Byul)

(2) Gong Tae Kwang (Watak seorang anak yang tidak diberikan perhatian dan kasih sayang oleh kedua-dua ibu bapanya sejak kecil / Watak dan perwatakan yang paling aku minati)

(3) Gong Eun Byul (Watak anak yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita penyayang / kakak kembar kepada Eun Bi)

(4) Han Yi Ahn (Watak anak yatim / Watak yang tidak aku minati)

Friday, November 17, 2023

Drama Korea: Who Are You (Episod 5)

Daku sedang menonton Episod 5 daripada drama Korea bertajuk Who Are You: School 2015.

Saturday, November 11, 2023

Hanbok


Apabila chima bertemu dengan jeogori dan dikemaskan dengan goreum. Maka, hanbok diberi nama. Seperti mana kain ombak beralun bertemu dengan baju teluk belanga dan dikemaskan dengan butang sebutir. Maka, baju kurung diberi nama.