Sesuatu yang mempesonakan dalam beberapa minit sebenarnya merupakan dugaan yang amat menguji perasaan selama setahun lebih.
Aku belajar banyak perkara ketika menghadapi ujian ini sejak akhir 2014 hinggalah sewaktu menempuh cabaran ini sepanjang 2015.
Subhanallah. Betapa aku tidak berdaya dan betapa Allah Maha Berkuasa.
Alhamdulillah. Betapa aku tidak mempunyai apa-apa dan betapa Allah Maha Memberi.
Lailahaillallah. Betapa aku insaf bahawa kepadaNya aku perlu merujuk dan memohon petunjuk dalam segala hal dan betapa Allah Maha Mengetahui tentang segala-galanya.
Allahuakbar. Betapa aku insaf bahawa dunia dan isinya adalah milikNya dan betapa Allah Maha Pelindung serta Maha Penolong.
Ampuni aku Ya Allah ketika aku alpa dan tidak merujuk serta memohon petunjuk dalam urusan duniaku sedangkan diriku dan dunia serta isinya milikMu semata-mata.