5 Filem Kegemaranku (berdasarkan tahun penerbitan)
1. Maleficent 1 (2014)
2. Perempuan Berkalung Sorban (2009)
3. Sepi (2008)
4. Cinta (2006)
5. Gol N Gincu 1 (2005)
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
5 Filem Kegemaranku (berdasarkan tahun penerbitan)
1. Maleficent 1 (2014)
2. Perempuan Berkalung Sorban (2009)
3. Sepi (2008)
4. Cinta (2006)
5. Gol N Gincu 1 (2005)
Kejelitaan Siti Saleha bak seorang bidadari.
Judul lagu ini ialah 'Aku Bidadari Syurgamu'.
Lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza.
Lirik yang penuh kepiluan.
Perkataan 'bidadari' yang dikaitkan dengan Siti Sarah sekarang ini semenjak pemergiannya pada 9 Ogos, 5:13 pagi.
Perkataan 'bidadari' yang selalu digunakan oleh Ustaz Ebit Liew untuk merujuk kepada isterinya.
'Tuhan, jiwa aku merawan
Perasaan saat aku kehilangan
Oh biarlah aku pendam tangis di hati'
(Lirik 'Aku Bidadari Syurgamu')
Aku masih menitiskan air mata dengan pemergian Siti Sarah Binte Raisuddin.
Namun, klip video ini menyebabkan aku tertawa dan tersenyum.
Aku bukan peminatnya.
Namun, betapa terasa kehilangannya yang aku tidak jangka, tidak sangka dan tidak duga.
Pada pemergiannya, ada tanda-tanda pemergian yang baik.
Pemergian selepas melahirkan anak-anak mensucikan dirinya daripada segala dosa, Alhamdulillah.
Pemergian dek wabak dijanjikan pahala syahid, Allahuakbar.
Pemergian yang ditangisi, dirindui dan dicemburui ramai, Subhanallah.
Pemergian seorang wanita solehah, Insha Allah.