Saturday, December 30, 2023

Lee Sun Kyun

Watak seorang peguam yang tenang dan tegas tetapi baik hati dalam Diary Of A Prosecutor selaku watak utama telah dilakonkan oleh Lee Sun Kyun.

Daku baru sahaja beberapa minit yang lalu membaca berita mengenai kematian beliau yang dikatakan telah membunuh diri di dalam kereta.

Lebih sebulan yang lalu semasa berada di Korea, daku melihat beliau di berita kerana didakwa di mahkamah.

Kini, beliau telah pergi.

Ke alam barzakh.

Apabila beliau berhadapan dengan situasi yang menekan perasaan dalam kehidupan realiti, hanya Allah yang Maha Mengetahui sahaja yang mengetahui gejolak perasaan hamba-hambaNya.

Daripada Allah, kita datang.

Kepada Allah, kita pulang.

Drama Korea bertemakan / berlatarkan teknologi

Antara drama Korea yang bertemakan atau berlatarkan teknologi. 

Masya Allah!

Bukan sahaja cerita dan jalan cerita yang diolah sungguh menarik, kebijaksanaan dalam menghasilkan skrip yang unik dan segar sungguh terserlah.

1) Memories of the Alhambra (2018-2019)

2) Start Up (2020)

3) Unlock My Boss (2022)

Tuesday, December 12, 2023

Kemarin (Kelmarin) - Seventeen

Kemarin engkau masih ada di sini

Bersamaku menikmati rasa ini

Berharap semua takkan pernah berakhir

Bersamamu

Bersamamu


Kemarin dunia terlihat sangat indah

Dan denganmu merasakan ini semua

Melewati hitam putih hidup ini

Bersamamu

Bersamamu


Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya


Masya Allah.
Air mata bergenang. 
Air mata berlinang.

Monday, December 4, 2023

High Kick Musim Ke-2 (Episod Terakhir)

High Kick Musim Ke-2 (Episod 126)

Perpisahan mengusik perasaan.

Tangisan Hye Ri yang keseorangan di dalam rumah dua tingkatnya, sepulangnya dia dari sekolah adalah antara babak yang sungguh menyentuh perasaan.

Sesiapa pun akan mengalirkan air mata apabila melihat Hye Ri menghamburkan air mata sebegitu sebak dek perpisahan.

Kekosongan yang menyelubungi.

Kehilangan yang menyelimuti.

Relatable situation.

Familiar emotion.

Sefaham kulagi, episod terakhir ini berakhir dengan tragedi kemalangan jalan raya yang tidak dipaparkan secara langsung.

Episod drama Korea bertema keluarga lazimnya berakhir dengan kematian watak utama.

Sebagai contoh, kematian watak si ibu dalam drama Mother Of Mine dan kematian watak si ayah dalam drama What Happen To My Family.

Walaupun daku sungguh mengharapkan pengakhiran yang menggembirakan dalam drama High Kick Musim Ke-2, daku dapat menjangkakan barangkali akan ada pengakhiran yang berkait dengan kematian watak warga senja dalam drama ini.

Namun, daku tidak sesekali menyangka bahawa drama High Kick 2 berakhir dengan kematian watak utama Se Kyung dan watak sampingan Ji Hoon.

Suatu pengakhiran tragik yang mengejutkan, meremukkan dan tentu sekali tidak memuaskan hati tetapi mujurlah, babak kemalangan itu tidak dipaparkan secara visual.

Walaupun Se Kyung dapat meluahkan isi hatinya terhadap lelaki yang disukainya (sesuatu yang tidak diduga memandangkan watak Se Kyung kurang keyakinan diri, pemalu dan perahsia), luahan dan cintanya tetap tidak berbalas.

Sebenarnya, babak yang kuharapkan ialah Ji Hoon membuka hatinya untuk Se Kyung memandangkan Jung Eum telah meninggalkannya.

Namun, perkara yang kuharapkan langsung tidak berlaku.

Sebaliknya, tragedi pula yang menimpa mereka berdua.

Sejak mula, Ji Hoon memang mengambil berat dan melayani Se Kyung dengan baik sekali tetapi ternyata tidak lebih daripada perasaan ihsan Ji Hoon terhadap sesama insan.

Ji Hoon mengasihi dan mengambil berat akan Se Kyung bak seorang adik.

Lebih kurang seperti Julien mengasihi dan mengambil berat akan Shin Ae bak seorang adik.

Keihsanan dan nilai kemanusiaan yang dipaparkan menerusi watak Julien dan Ji Hoon terhadap kedua-dua watak utama iaitu Se Kyung dan Shin Ae yang sedang dalam kesusahan dan dalam situasi terdesak sesampainya mereka di bandar Seoul adalah antara babak-babak yang membahagiakan dan menenangkan jiwa.

Touching.

Healing.

Sebelum menonton drama ini sepenuhnya, daku tertonton dan menonton shorts di Facebook.

Setelah menonton drama ini episod demi episod, barulah daku tahu bahawa Ji Hoon ialah watak pertama yang Se Kyung dan Shin Ae temui di bandar Seoul.

Itu pun kerana Se Kyung telah terlanggar Ji Hoon serta kehilangan duit lalu menyangka bahawa Ji Hoon ialah pencopet yang telah mencuri duitnya.

Julien pula ialah watak kedua yang Se Kyung temui apabila Shin Ae pengsan di dalam sebuah kedai makan dan dibantu dengan segera oleh Julien.