Wednesday, November 13, 2024

50 buah negeri di Amerika Syarikat

Negeri-negeri Amerika Syarikat

(1) Alabama

(2) Alaska

(3) Arizona

(4) Arkansas

(5) Connecticut

(6) California

(7) Colorado

(8) Delaware

(9) Florida

(10) Georgia

(11) Hawaii

(12) Idaho

(13) Iowa

(14) Illinois

(15) Indiana

(16) Kansas

(17) Kentucky

(18) Lousiana

(19) Maine

(20) Maryland

(21) Massachusetts

(22) Mississippi

(23) Missouri

(24) Michigan

(25) Minnesota

(26) Montana

(27) Nebraska

(28) Nevada

(29) North Dakota

(30) North Carolina

(31) New Jersey

(32) New Hampshire

(33) New Mexico

(34) New York

(35) Ohio

(36) Oklahoma

(37) Oregon

(38) Pennsylvania

(39) Rhode Island

(40) South Dakota

(41) South Carolina

(42) Texas

(43) Tennessee

(44) Utah

(45) Vermont

(46) Virginia

(47) West Virginia

(48) Wyoming

(49) Washington

(50) Wisconsin

Antara 2 Realiti

Antara Realiti Maya dengan Realiti Tambahan

Realiti Maya merujuk kepada Virtual Reality (VR) dalam bahasa Inggeris. Teknologi ini membolehkan pengguna menyaksikan persekitaran atau lingkungan berdimensi tiga yang diwujudkan di hadapan atau di sekeliling kita. Namun, persekitaran atau lingkungan itu hanyalah paparan dan tidak wujud dalam alam nyata. Dunia sebenar kita telah digantikan dengan simulasi yang dihasilkan oleh teknologi untuk jangka masa tertentu.

Realiti Tambahan pula merujuk kepada Augmented Reality (AR) dalam bahasa Inggeris. Teknologi ini membolehkan pengguna menyaksikan dunia sebenar yang telah ditokok tambah, dikurangkan, digabungkan atau diubah suai dengan elemen-elemen tertentu. Dunia sebenar atau alam nyata menjadi lapisan utama bagi teknologi ini berfungsi untuk jangka masa tertentu.


Saturday, November 9, 2024

Young Sheldon 9 November 2024

Tontonanku untuk drama bersiri Young Sheldon berakhir petang tadi.

Setelah berhari-hari, bermalam-malam dan berpagi-pagi menonton drama bersiri yang terdiri daripada 7 siri / musim, aku tidak menduga bahawa siri ketujuh iaitu siri terakhir hanya mempunyai 14 episod.

Sejak daripada mula, aku memang tahu watak George iaitu bapa kepada watak Sheldon dimatikan dalam siri terakhir tetapi aku tidak menduga bahawa peristiwa itu berlaku dalam episod 12 memandangkan aku menjangkakan bahawa setiap siri mempunyai lebih daripada 20 episod.

Sudah tentu pemergian watak George mengundang sebak di dada dan linangan air mata.

Aku terkejut seperti anggota keluarganya apabila dua orang rakan sekerja George muncul di hadapan pintu rumah Mary untuk memaklumkan berita yang terlalu memilukan itu.

Seperti watak Sheldon, aku dapat mengerti dan berempati akan perasaan terkilan dan kesal yang Sheldon alami kerana hingga ke hari ini, aku masih mempunyai perasaan terkilan dan kesal dengan pemergian Bapak pada 18 September 2018.  

Al Fatihah untuk Bapak.

George meninggal dunia pada usia Sheldon dan Melissa 14 tahun.

George 'pergi' sebelum Sheldon pergi ke Caltech sedangkan rancangan asal Sheldon ialah melanjutkan pelajaran di MIT.

Seolah-olah perubahan pada rancangan asal Sheldon berserta penangguhanan sedikit masa lagi sebelum kemasukan ke Caltech memberi peluang bersama yang lebih bermakna kepada kedua-dua beranak itu.

Apakan daya, pemergian George adalah secara tiba-tiba dek serangan jantung. 

Oleh sebab terkejut dan terkilan, minda dan perasaan Sheldon berulang-ulang kali mengimbas detik-detik terakhir sebelum bapanya melangkah keluar dari rumah.

Detik itu...

Terkilan dan kesal..... jiwa seorang anak.



Wednesday, October 30, 2024

Empat Imam

Nama Imam Abu Hanifah ialah An-Nu'man Bin Thabit. Imam Abu Hanifah dilahirkan di Kufah, Iraq pada 80 Hijrah.

Nama Imam Malik ialah Malik Bin Anas. Imam Malik dilahirkan di Madinah pada 93 Hijrah.

Nama Imam Syafie' ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman Bin Syafi'. Imam Syafie' bersusur galur daripada keturunan Rasulullah s.a.w melalui Abdu Manaf Bin Qusayy. Imam Syafie' dilahirkan di Gaza, Palestin pada 150 Hijrah.

Nama Imam Ahmad Bin Hanbal ialah Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal Bin Hilal Bin Asad Asy-Syaibani. Imam Abu Hanifah dilahirkan di Baghdad, Iraq pada 164 Hijrah.


Friday, October 18, 2024

Dua pelakon utama: Kim Seon Ho dan Lee Sun Kyun

Dua orang pelakon utama yang berbakat besar dalam dua buah drama yang bagus.

Kim Seon Ho melakonkan watak seorang pegawai polis yang bertugas di stesen kereta api gerak cepat manakala Lee Sun Kyun melakonkan watak seorang jurutera struktural di sebuah syarikat binaan.

Kedua-dua drama iaitu 'Catch The Ghost' dan 'My Mister' mempunyai jalan cerita yang bagus.

Dalam 'Catch The Ghost' yang pada mulanya aku sangkakan sebuah drama bergenre seram sebenarnya mengisahkan kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh seorang pegawai polis yang bertungkus-lumus dan teliti dalam usaha menjejak kembarnya yang hilang di stesen kereta api gerak cepat.


Drama ini bergenre jenayah dan tragedi yang penuh misteri dan teka-teki yang mengujakan dan menarik.

Jalan cerita utama yang dilengkapi dengan cerita-cerita sampingan (sub-plot) dalam setiap episod yang berlatarkan stesen kereta api gerak cepat berjaya memperlihatkan pekerjaan dan cabaran yang dihadapi oleh pegawai polis sehari-hari.

Seketika, aku teringat kepada drama 'Where Stars Land' iaitu sebuah drama berlatarkan lapangan kapal terbang dengan mengetengahkan pekerjaan dan cabaran yang dihadapi oleh pegawai perkhidmatan awam dan bukan juruterbang atau pramugari/a.  

Walaupun sebahagian besar drama ini berfokus kepada watak utama perempuan yang bernama Yoo Ryung, watak utama lelaki iaitu Ko Ji Seok bagiku melengkapi cerita ini.

Dalam 'My Mister' pula, kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua watak utama lelaki dan perempuan boleh dikatakan seimbang.

Watak utama lelaki bernama Park Dong Hoon menghadapi masalah di tempat kerja, dengan keluarga asal dan juga isterinya walaupun sebenarnya dia disayangi oleh anggota pasukan di tempat kerjanya, ibu, adik-beradik dan isterinya.

Watak utama perempuan bernama Lee Ji An menghadapi masalah kemiskinan dan penindasan pada masa lalu hinggalah sekarang. 

Pada masa lalu, Lee Ji An telah terbunuh seorang pemiutang yang telah melakukan keganasan terhadap dia sekeluarga dan sekarang, anak lelaki kepada pemiutang itu masih terus menindas dan menderanya dek dendam dan hutang.

Park Dong Hoon dan Lee Ji An ialah rakan sekerja tetapi hubungan antara mereka adalah agak rumit.

Drama yang bergenrekan tragedi ini membentangkan isu politik pejabat dan kekeluargaan.

Friday, April 5, 2024

Surah Al Baqarah (Day 23 to Day 27) with Nouman Ali Khan

 A060

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

(Al-Baqarah 2:60)
A061

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

(Al-Baqarah 2:61)
A062

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Al-Baqarah 2:62)
A063

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.

(Al-Baqarah 2:63)
A064

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.

(Al-Baqarah 2:64)
A065

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

(Al-Baqarah 2:65)
A066

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

(Al-Baqarah 2:66)
A067

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".

(Al-Baqarah 2:67)
A068

Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".

(Al-Baqarah 2:68)
A069

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".

(Al-Baqarah 2:69)
A070

Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".

(Al-Baqarah 2:70)
A071

Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

(Al-Baqarah 2:71)
A072

Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.

(Al-Baqarah 2:72)
A073

Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.

(Al-Baqarah 2:73)
A074

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

(Al-Baqarah 2:74)
A075

(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?

(Al-Baqarah 2:75)
A076

Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"

(Al-Baqarah 2:76)
A077

(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?

(Al-Baqarah 2:77)
A078

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

(Al-Baqarah 2:78)

Surah Al Baqarah (Day 18 to Day 22) with Nouman Ali Khan

 A042

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

(Al-Baqarah 2:42)
A043

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

(Al-Baqarah 2:43)
A044

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

(Al-Baqarah 2:44)
A045

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Al-Baqarah 2:45)
A046

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

(Al-Baqarah 2:46)
A047

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).

(Al-Baqarah 2:47)
A048

Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.

(Al-Baqarah 2:48)
A049

Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

(Al-Baqarah 2:49)
A050

Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.

(Al-Baqarah 2:50)
A051

Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).

(Al-Baqarah 2:51)
A052

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.

(Al-Baqarah 2:52)
A053

Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.

(Al-Baqarah 2:53)
A054

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

(Al-Baqarah 2:54)
A055

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

(Al-Baqarah 2:55)
A056

Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.

(Al-Baqarah 2:56)
A057

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.

(Al-Baqarah 2:57)
A058

Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik".

(Al-Baqarah 2:58)
A059

Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).

(Al-Baqarah 2:59)