Andai benar bahawa drama bersiri Adam & Hawa akan berkesudahan dengan episod ke-80, maka hanya tinggal 12 episod lagi untuk aku tontoni.
Meskipun drama bersiri ini tidak dapat mengatasi drama bersiri Nur Kasih yang bertakhtah di hati ini sebagai drama bersiri terbaik sejauh ini, drama bersiri Adam & Hawa ini tetap aku ikuti dengan minat.
Nur Kasih bertemakan keluarga dan cinta apatah lagi hubungan ibu bapa dengan anak-anak serta hubungan adik-beradik bahkan hubungan suami isteri diselongkar melalui jalan cerita dan watak-watak yang begitu berkesan di hati dengan isu-isu yang menampar di jiwa.
Adam & Hawa bertemakan cinta dan persahabatan meskipun hubungan ibu bapa dengan anak-anak serta hubungan adik-beradik bahkan hubungan suami isteri turut diselongkar.
Namun, tema cinta dan persahabatan lebih menyerlah dalam Adam & Hawa.
Boleh dikatakan aku meminati drama Adam & Hawa meskipun aku tidak menafikan rasa bosan yang tercetus dek sikap Ain Hawani yang terlalu selalu mempersoalkan bertalu-talu tentang perkara yang sama meskipun Adam Mukhriz telah menjelaskan duduk perkara.
Meskipun watak Ain Hawani bukanlah watak yang mencuri hatiku, tidak seperti watak Nur Aminah yang aku kagumi, aku tetap mengikuti drama bersiri Adam & Hawa ini melalui lelaman Dailymotion.
Aku mulai menonton semasa berada di Singapura sewaktu cuti sekolah sudah bermula.
Seterusnya, aku tonton semasa bercuti di Kuala Lumpur.
Kini, aku masih menonton setelah kembali di Singapura.
12 episod lagi.
No comments:
Post a Comment