Jumaat, 13 September 2013.
Stesen MRT Lakeside kelihatan seperti Stesen MRT Eunos.
Menaiki MRT dari Stesen MRT Bedok hingga ke Stesen MRT Lakeside.
Pengalaman yang menarik.
Salah satu aktiviti yang dilakukan dalam minggu cutiku yang akan berakhir pada Ahad, 15 September 2013.
Menaiki bas ke Boon Lay untuk mengambil si anak kecil.
Kemudian, membersihkan tubuh si anak kecil sebelum menukarkan pakaiannya.
Pengalaman yang unik.
Salah satu aktiviti yang memberi pendedahan tentang salah satu tanggungjawab selaku seorang ibu.
Menaiki bas sekali lagi ke Jurong Point untuk bersolat.
Pengalaman yang indah.
Salah satu aktiviti yang menyentuh nurani tentang salah satu tanggungjawab selaku hamba terhadap Tuhan.
Makan Nasi Briyani dan minum teh tarik.
Pengalaman yang membahagiakan.
Salah satu aktiviti yang menyeronokkan hati tentang memberi perhatian dan mendapat perhatian.
No comments:
Post a Comment