Sunday, January 5, 2014

Memulakan minggu 1 dengan beg baharu

Alhamdulillah.

Walaupun pada awalnya, aku ingin mendapatkan beg berwarna hitam untuk bertugas, akhirnya aku mendapatkan beg berwarna ..... dari Isetan, Tampines Mall.

Sebenarnya, aku pun tidak tahu bagaimana untuk mendeskripsikan warna beg ini.

Berdasarkan pencarian di Google, warna begku boleh dinamai sebagai warna 'tan'.

Warna sawo matang?

Oleh sebab aku belum bergambar dengan beg baharuku, aku sertakan gambar warna sahaja untuk pos kali ini.

Lebih kurang begini...



Aku tertarik dengan desain beg ini meskipun ada juga beg lain yang menarik perhatian.

Namun, aku perlu mengutamakan saiz beg yang kupilih iaitu lebih besar daripada beg yang kubeli tahun lalu dan lebih besar daripada beg-beg yang menarik perhatianku.

$109.

Jenama GUESS.

Alhamdulillah.

Memulakan minggu hadapan iaitu minggu 1 dalam penggal pertama tahun 2014 dengan beg baharu.

Insha Allah, semoga beg ini akan bersamaku sepanjang 2014.

Saturday, January 4, 2014

Makan Sate: 29 & 31 Disember 2013

29 Disember, Ahad

Menunaikan solat Asar di Masjid Al Ansar.

Bertemu dengan Ummi di Singapore Expo.

Bertemu dengan Mama di Choa Chu Kang.

Menunaikan solat Maghrib di Masjid Al Khair.

Makan sate di Restoran Rasa Istimewa, Choa Chu Kang Park.

Sate tidak begitu enak.


31 Disember, Selasa

Menunaikan solat Maghrib di Masjid Al Mukminin.

Makan sate di Restoran Aiman, Jurong East St 21.

Sate boleh dikatakan enak.

Kejutan untuk Aliya ialah menyaksikan bunga api sempena tahun baharu pada malam / pagi itu.

Sebenarnya, aku sendiri tidak menjangkakan yang aku akan berada di Boon Lay Place untuk melihat suasana sambutan tahun baharu pada malam / pagi itu.

Acara spontan.

Tanpa dirancang.

Tidak dijangka.

2013 telah  melambai pergi.

2014 pula sedang menanti.

Friday, January 3, 2014

Yang tinggal hanya kenangan daripada serpihan-serpihan peristiwa yang masih diingati

Aku sedang amat merindui zaman kanak-kanakku apatah lagi sebagai seorang pelajar di sekolah rendah.

Apabila imbasan kenangan lalu menerpa kotak ingatan....

Subhanallah.

Aku telah melalui zaman kanak-kanak itu.

Zaman kanak-kanak itu telah lama berlalu meninggalkan diriku.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku saban hari tentulah tidak dapat diingati kesemuanya.

Hanya serpihan-serpihan peristiwa tertentu yang masih diingati hingga kini.

Subhanallah.

Kini aku seorang dewasa.

Bukan lagi seorang kanak-kanak.

Yang tinggal hanya kenangan daripada serpihan-serpihan peristiwa yang masih diingati.

Anak: Anugerah & Amanah


Wednesday, January 1, 2014

BerSwensen's: 22 & 27 Disember 2013

22 Disember 2013, Ahad

Pertama kali ke Jem, Jurong East untuk mencari barangan IT yang sesuai memandangkan peruntukan LDS masih berbaki.

BerEarle Swensen's di Jem.


27 Disember 2013, Jumaat

Menunaikan solat Maghrib di Masjid Sultan.

Menjamu selera di Restoran Zam Zam.

Memandangkan sup yang aku ingini tidak ada dalam menu Restoran Zam Zam, kami ke restoran lain yang sederet tetapi nun di hujung.

Akhir sekali, kami berSwensen's di Bugis Junction.