Alhamdulillah.
Walaupun pada awalnya, aku ingin mendapatkan beg berwarna hitam untuk bertugas, akhirnya aku mendapatkan beg berwarna ..... dari Isetan, Tampines Mall.
Sebenarnya, aku pun tidak tahu bagaimana untuk mendeskripsikan warna beg ini.
Berdasarkan pencarian di Google, warna begku boleh dinamai sebagai warna 'tan'.
Warna sawo matang?
Oleh sebab aku belum bergambar dengan beg baharuku, aku sertakan gambar warna sahaja untuk pos kali ini.
Lebih kurang begini...
Aku tertarik dengan desain beg ini meskipun ada juga beg lain yang menarik perhatian.
Namun, aku perlu mengutamakan saiz beg yang kupilih iaitu lebih besar daripada beg yang kubeli tahun lalu dan lebih besar daripada beg-beg yang menarik perhatianku.
$109.
Jenama GUESS.
Alhamdulillah.
Memulakan minggu hadapan iaitu minggu 1 dalam penggal pertama tahun 2014 dengan beg baharu.
Insha Allah, semoga beg ini akan bersamaku sepanjang 2014.
No comments:
Post a Comment