Sunday, August 24, 2014

Sepi yang indah

Sepi yang indah.

Aku telah mempertontonkan filem kegemaranku iaitu Sepi dalam kedua-dua kelas menengah 3.

Namun, aku hanya memfokuskan pada kisah hidup Imaan.

Ternyata jalan cerita, sajak, dialog, penjiwaan watak dan penggambaran bagi babak yang berkisar tentang kehidupan Imaan menggamit perasaanku.

Bagi kelas menengah 3 Normal Akademik, aku dapat memainkan klip video ini dalam satu waktu.

Alhamdulillah, mereka amat responsif, fokus dan mampu menghayati filem ini.

Bagi kelas menengah 3 Ekspres, aku perlu memainkan klip video ini secara bertahap dalam tiga waktu.

Alhamdulillah, mereka berminat namun aku belum dapat menyimpulkan maklum balas mereka memandangkan mereka belum selesai menonton filem ini.

Aku bahagia dapat berkongsi filem Melayu yang baik seperti ini dengan mereka.

Aku bahagia kerana ada insan yang telah memuat naik filem ini di lelaman Youtube pada awal tahun ini sedangkan pada tahun-tahun yang lalu sewaktu aku mencari filem ini di lelaman Youtube, aku bertemu dengan kegagalan.

Aku bahagia kerana akan menjadikan kisah hidup Imaan dalam filem Sepi ini sebagai bahan pengajaran untuk penulisan karangan.

Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment