Subhanallah.
Allah swt yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Merespon dan Maha Mengasihani telah menunjukkan jalan keluar pada 4 Mac 2015, Rabu bagi permasalahan yang aku hadapi sejak minggu lalu berkaitan dengan persalinan dan perhiasan yang akan aku kenakan.
Subhanallah.
Allah swt telah menyebabkan terpaparnya entri di blog seorang wanita tentang persalinan dan perhiasan yang telah dikenakan.
Subhanallah.
Allah swt telah memberi jalan keluar yang terbaik untukku tanpa perlu menyakiti mana-mana pihak terutama sekali pihak yang telah menerima wang pendahuluan sebanyak $400 sekaligus memberi peluang kepadaku untuk mendapatkan khidmat, persalinan dan perhiasan yang terbaik.
Subhanallah.
3 Mac 2015 iaitu Selasa, aku bersyukur, gembira dan lega kerana persalinan utama untuk kami bertiga telah kami dapatkan kainnya di Arab Street iaitu Kedai Kain Suria.
Aku dan Aliya akan memakai kain lace berserta kain satin.
Aku akan berkain lace penuh dan berkain satin mint/tiffany manakala Aliya akan berkain separuh lace dan berkain satin merah jambu.
Kain lace dan kain satin kami itu akan dijahit menjadi dres yang indah oleh Kak Rosita dari Kedai Jahit Roseta Designs.
Kain bridal satin pula akan dijahit menjadi jubah untuk si dia.
Alhamdulillah.
Kain lace, kain satin dan kain bridal satin kesemuanya berharga $500.
Manakala, upah jahit untuk dua helai dress dan sehelai jubah ialah $420.
Subhanallah.
$500 + $420 = $920
Hasrat di hati mendapatkan dres berkain lace penuh tercapai tanpa perlu mengeluarkan belanja yang lebih.
Hasrat di hati mendapatkan dres berkain lace untuk Aliya tercapai tanpa perlu mengeluarkan belanja yang lebih.
Hasrat di hati mendapatkan dres selain kain sifon tercapai.
Subhanallah.
No comments:
Post a Comment