Rindu.
Terlalu rindu.
Pilu.
Terlalu pilu.
Rindu akan zaman silam yang penuh dengan warna-warni.
Pilu dek peristiwa hitam yang mencalari.
Antara rindu dengan pilu, itulah yang aku rasakan pada ketika ini sejak semalam apabila lagu-lagu Hari Raya berkumandang di radio.
Ingatanku mengimbas kembali pada tahun 1995.
Benar 20 tahun sudah berlalu.
Namun peristiwa dan perasaan yang pernah dilalui dan dialami masih tetap mengusik hati kecilku.
Impak tidak seperti dahulu sudah tentu.
Bahkan kami telah terhubung semula melalui Facebook dan Whatsapp berkat kecanggihan teknologi dan media sosial pada zaman ini.
Namun apabila hati terusik, rindu dan pilu kembali menyinggahi nurani.
Rindu kerana pernah bahagia dan dibahagiakan.
Pilu kerana pernah kecewa dan dikecewakan.
Subhanallah.
20 tahun telah berlalu.
No comments:
Post a Comment