Semalam, sewaktu para pelajar darjah 6 iaitu Arshad, Ilyas dan Danish berpapasan denganku di tangga tingkat tiga ketika aku sedang bersama pelajar darjah 2, aku terdengar sesuatu.
Aku bertanya kepada Arshad apakah yang dikatakan oleh Arshad kerana aku sekadar ingin memastikan perkara yang aku dengar.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Arshad mengatakan bahawa Ilyas menyatakan bahawa aku adalah 'the best teacher'.
"She is the best teacher," kata Ilyas sambil tersenyum.
Danish turut tersenyum.
Ayat seringkas itu terlalu mudah untuk membuat hatiku ini berbunga-bunga.
Berbunga-bunga gembira.
Berbunga-bunga bangga.
Namun, ujian melanda hati ini seperti banjir yang tidak diundang setelah selesai kelas darjah 2.
Tuhan menganugerahkan daku nikmat berbentuk perasaan.
Kemudian, Tuhan menguji daku dengan perasaan yang tidak menyenangkan.
Pada pagi ini, ujian lebih mencabar dan lebih mencalar menerjah hati ini sehinggakan aku mengambil keputusan untuk pulang sebaik sahaja kelas berakhir pada jam 1.45 petang.
No comments:
Post a Comment