Saturday, July 28, 2018

31 Mei 2018

31 Mei 2018.

Khamis.

Satu tarikh, dua pengertian,

Tarikh aku meninggalkan kerjaya sebagai guru di Kementerian Pendidikan.

Tarikh aku dan suami perlu meninggalkan bilik sewa di rumah Chai Chee milik tuan rumah yang baik hati, Kak Liza.

Dalam kelegaan, ada kehibaan.

Dalam keterujaan, ada kepiluan.

Lega meninggalkan kerjaya yang memudaratkan keafiatan tetapi hiba di hati kerana terlalu mencintai bidang pendidikan dan terlalu mengasihi kanak-kanak.

Teruja mempunyai rumah baharu kepunyaan sendiri tetapi pilu di hati kerana perlu berpisah dengan Kak Liza dan keluarganya yang menggembirakan hatiku dengan segala kebaikan mereka.

Satu tarikh, dua pengertian, berbagai-bagai perasaan.

No comments:

Post a Comment