Atas sebab aku ingin mengaitkan pembelajaran tentang deria penglihatan untuk aktiviti penulisan dengan latihan keprihantinan (mindfulness exercise), aku telah menonton beberapa klip video tentang mata.
Setelah menonton klip video untuk kanak-kanak oleh Aum Sum yang sangat mudah untuk difahami tentang mata pada pagi ini, barulah aku faham dan sedar bahawa fungsi kornea ialah menerima cahaya.
Kornea ialah selaput mata.
Itulah bahagia mata yang bermasalah bagi kesihatan Emak pada tahun ini.
Perasaan sebak menyelubungi hati.
Hati terasa pilu.
Dalam aku dibadai gelombang kecemasan (anxiety) dan kegusaran, aku tidak dapat menjawab panggilan Emak demi keselamatan dan ketenangan jiwaku.
Namun, dalam memelihara kesihatan qalbuku, panggilan ibuku.... terpaksa aku hindari.
Emosinya yang sentiasa bergelora boleh menyebabkan jiwaku turut dibadai gelombang.
Hanya Tuhan yang tahu.
18 Disember 2018
Tepat tiga bulan Bapak pergi dan semalam pada sebelah petang, aku telah menziarahi pusara Bapak.
EL telah kutanam di pusara Bapak untuk menemani jasad Bapak di dalam tanah atau mengiringi zikir Bapak di alam kubur.
EL kutanam di bahagian tengah pusara tanda mengingati barah perut yang dideritai Bapak sehingga hembusan nafasnya yang terakhir pada 18 September 2018.
Semoga roh Bapak Mohamed Yusope Bin Sidik sentiasa tenang bersama Allah yang Maha Pengasih, dikelilingi roh para syuhada, para solehin, para mukmin dan para muqarrabin.
Adakah harapanku terlalu tinggi?
Aku yakin Allah yang Maha Pengampun menempatkan Bapak bersama para syuhada.
Emak dan Bapak.
No comments:
Post a Comment