Monday, October 14, 2019

Sultan Muhammad Shah, Puteri Rokan dan Prof Zainon Ismail

Menurut pembacaanku, Sultan Muhammad Shah (pemerintah ketiga Melaka) mempunyai sekurang-kurangnya dua orang isteri atau hanya dua orang isteri (tidak dapat kupastikan).

Dua orang isteri itu iailah Tun Wati dan puteri Rokan (tidak diketahui namanya).

Hasil perkahwinan Sultan dengan Tun Wati, lahirlah Raja Kassim.

Manakala hasil perkahwinan Sultan dengan seorang puteri Rokan, lahirlah Raja Ibrahim.

Pembacaanku berdasarkan blog ini:

http://mahamerubukitseguntang.blogspot.com/2011/11/pemerintah-ketiga-melaka-sultan.html

Mengenai puteri Rokan atau puteri Rekan, nama sebenarnya atau nama penuhnya tidak pernah pula dinyatakan.

Sekadar Rokan atau Rekan.

Namun, asal usulnya dikatakan dari Sumatera.

Penemuanku berdasarkan blog ini:

http://senirupasiti.blogspot.com/2008/02/puteri-rokan.html

Alangkah bersyukurnya aku kerana blog in kepunyaan sasterawati negara yang ditaip oleh beliau lama dahulu iaitu pada tahun 2008.

Subhanallah.

Tahun sebelum aku ke Universiti Malaya.

Berita tentang pelantikan Prof Zainon Ismail sebagai sasterawan negara yang ke-14 terkandung dalam lelaman ini:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sasterawan-negara-terima-kejutan-besar-216636

I am like connecting the dots.

Subhanallah.



Manikam Kalbu (muka surat 45 - 47)

Manikam Kalbu ialah novel bertemakan busana Melayu yang ditulis oleh Faisal Tehrani.

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah. Barang siapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tiada beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati."

"Syarat kedua busana Melayu itu pantang kainnya nipis, Apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis. Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang. Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata, tanda dirinya di dalam nista."

"Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia berpotongan yang ketat. Tiada boleh sama sekali menampak lekuk dan liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah Anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang dia berbaju ketat. Tanda orang beriman teguh pakaian sempit memang dijauh."

"Itulah, yang hendak ayahanda nyatakan tentang syarat keempat busana Melayu itu. Pantang ia mengada-ada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Apabila memakai tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai elok menurut adat kelak tidak membawa mudarat. Ingatlah, jika memakai elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan."

"Syarat yang kelima busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai. Kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai."