Manikam Kalbu ialah novel bertemakan busana Melayu yang ditulis oleh Faisal Tehrani.
"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah. Barang siapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tiada beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati."
"Syarat kedua busana Melayu itu pantang kainnya nipis, Apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis. Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang. Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata, tanda dirinya di dalam nista."
"Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia berpotongan yang ketat. Tiada boleh sama sekali menampak lekuk dan liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah Anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang dia berbaju ketat. Tanda orang beriman teguh pakaian sempit memang dijauh."
"Itulah, yang hendak ayahanda nyatakan tentang syarat keempat busana Melayu itu. Pantang ia mengada-ada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Apabila memakai tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai elok menurut adat kelak tidak membawa mudarat. Ingatlah, jika memakai elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan."
"Syarat yang kelima busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai. Kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai."
No comments:
Post a Comment