Monday, December 23, 2019

Suri Katriana

Suri Katriana ialah judul drama yang aku ikuti sejak ditayangkan.

Pada mulanya, aku ikuti menerusi lelaman Youtube.

Kemudian, melalui lelaman sesiapa sahaja yang memuatnaikkan klip drama itu.

Terdapat sejumlah 49 episod kesemuanya.

Sejauh ini, telah aku ikuti 38 episod yang penuh konflik dan emosi.

Pada pendapatku, jalan ceritanya menarik walaupun masih terdapat jurang atau kekurangan yang ketara.

Tema drama ini ialah dendam barangkali memandangkan terlalu ramai watak yang saling berdendam antara satu sama lain.

Penyakit jiwa seperti Psychopath, Post Traumatic Stress Disorder, Anxiety ialah antara penyakit jiwa yang mewakili watak-watak dalam drama ini walaupun tidak digambarkan dengan begitu mendalam.






No comments:

Post a Comment