Thursday, September 2, 2021

7 Hari Mencintaiku 2

Aku sedang mengikuti 7 Hari Mencintaiku 2 untuk pertama kali melalui lelaman Daily Motion mulai malam ini.

Berdasarkan Episod 1 hingga Episod 4, aku andaikan bahawa hubungan antara watak Mia dan watak Sofi ialah sepupu kerana watak ibu Mia dan watak bapa Sofi ialah adik-beradik.

Mia dan Sofi saling menyayangi.

Namun, sejauh penontonanku, rumahtangga Sofi sedang berantakan angkara perancangan jahat bapanya sendiri berserta ibu saudaranya.

Nampaknya, rumahtangga Mia juga adalah sasaran ibu kandungnya yang berdendam dan bertekad untuk meruntuhkan kebahagiaan seluruh keluarga Khuzairi iaitu suami Mia.

No comments:

Post a Comment