Tuesday, October 12, 2021

Seorang perawat yang tercedera parah

Sang penyelamat yang terluka pedih.

Seorang perawat yang tercedera parah.

Dr Heo Im.

Live Up To Your Name, Dr Heo.

Daku sedang menonton drama berepisod ini untuk kali kedua.

Kali ini, dengan penghayatan dan pemahaman yang lebih baik kerana episod 2 dan episod 8 yang tidak diterjemah dalam aplikasi Viu telah daku temui dalam saluran lain.

Kini, daku lebih merasai kepedihan Dr Heo Im yang terpendam.

Kini, daku lebih menghargai pengorbanan beliau yang tersembunyi.

Alhamdulillah. 

Air mata simpati bergenang.

Air mata empati berlinang.

Seorang Dr Heo Im.

Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment