Monday, April 10, 2023

Hometown Cha Cha Cha (Episod 1): Persahabatan

Persahabatan antara Yoon Hye Jin dan Pyo Mi Seon dipaparkan untuk pertama kali pada minit ke-9 dalam Episod 1 drama Hometown Cha Cha Cha.

Babak itu memperlihatkan mereka berdua berada di sebuah restoran setelah Yoon Hye Jin meletakkan jawatan sebagai doktor gigi di klinik tempat dia mencari rezeki.

Pyo Mi Seon: So you just quit?

Yoon Hye Jin: Yes.

Pyo Mi Seon: What about the patient?

Yoon Hye Jin: I introduced her to another clinic.

Pyo Mi Seon: What is the motto you've lived by for the past 20 years?

Yoon Hye Jin: 'Don't be nosy and focus on myself.'

Mungkin, persahabatan antara Yoon Hye Jin dan Pyo Mi Seon telah menjangkau usia 20 tahun? 

Namun, 'chemistry' antara mereka bukan sahaja terserlah.

Keakraban dan kemesraan serta kasih sayang mereka yang jitu sungguh mengagumkan.

Persahabatan mereka yang saling menyokong, saling meluahkan dan saling mendengar antara satu sama lain ternyata bukan sekadar dalam Episod 1. 

Bahkan, nilai persahabatan mereka yang sungguh indah ternyata sungguh konsisten sepanjang drama ini.

Nilai persahabatan antara dua orang insan ini ialah salah satu faktor yang penting dan menyerlahkan drama ini sebagai sebuah drama yang dikatakan 'healing'.

Terimbas kembali kepada filem Gol N Gincu lakonan Fazura dan Melissa yang melakonkan watak sepasang sahabat yang akrab iaitu Puteri Farhana dan Mia.

Apabila dapat melihat babak dan watak sebegini iaitu babak persahabatan berdasarkan watak Hye Jin dan Mi Seon yang selalu ber'ping-pong' (berbual), terasa indah dan seronok serta bahagia.

Healing!

Terawat?

Terubat?

They are GIRLS afterall....

No comments:

Post a Comment