Thursday, October 26, 2023

MBC Dramia atau ....

MBC Dramia ialah lokasi penggambaran berlatarkan zaman silam iaitu zaman pemerintahan Samguk, Goryeo dan Joseon. Masya Allah!

Lokasi penggambaran yang terletak di wilayah Gyeonggi ini telah dibina pada tahun 2005 dan dimiliki oleh syarikat penyiaran Munhwa Broadcasting Corporation (MBC).

Sebenarnya, perkataan Dramia terbentuk daripada dua kata dasar iaitu 'drama' dan 'utopia'. Masya Allah!

Sudah tentu banyak drama berlatarkan zaman silam telah dirakamkan di sini termasuk drama yang paling aku minati iaitu Empress Ki. 


Penggambaran drama kebanggaan Korea Selatan iaitu Jewel In The Palace atau Dae Jang Geum yang diterbitkan pada tahun 2003 tidak dirakamkan di sini.

Namun, lokasi pertama di MBC Dramia ialah set penggambaran replika Dae Jang Geum.

Set penggambaran replika ini diberikan nama Dae Jang Geum berkemungkinan untuk memartabatkan nama drama itu atau nama tokoh sejarah yang pernah wujud suatu masa dahulu.

Jewel In The Palace atau Dae Jang Geum ternyata satu drama yang tidak boleh diketepikan kerana pengisiannya yang sarat ilmu selain daripada jalan cerita yang panjang lagi menarik seiring dengan ketinggian peribadi seorang wanita yang pintar pada zaman dahulu.

Dae Jang Geum bukan sekadar drama berlatarkan sejarah.

Dae Jang Geum pernah wujud dalam lipatan sejarah Korea Selatan. Masya Allah!

No comments:

Post a Comment