Wednesday, November 22, 2023

High Kick Musim Ke-2 (Episod Pertama)

High Kick Musim Ke-2 (Episod 1)

Setelah berkali-kali dan berhari-hari menonton klip video ringkas (shorts) sahaja mengenai dua watak utama yang sungguh comel iaitu Hye Ri (nakal, biadab dan suka membuli) dan Shin Ae (lembut, lurus akal dan baik hati seperti kakaknya), akhirnya daku terpanggil untuk menonton sepenuhnya drama High Kick Musim Ke-2. Aku sungguh tertarik dengan lakonan kanak-kanak perempuan yang melakonkan watak Hye Ri. Pelakon ini mula-mula aku kenali menerusi watak remaja dan pembuli iatu Jenny dalam drama sensasi Penthouse.

Berbalik kepada drama High Kick 2. Drama ini sebenarnya ada dalam Viki Rakuten ini tetapi penyiarannya terbatas. Penonton dari Singapura disekat daripada menonton drama Korea. Penyiar yang lain seperti IQiyi pula tidak mempunyai drama ini. Aku pun mengambil keputusan untuk melanggan Prime Video tadi semata-mata untuk menonton drama ini. Namun, sia-sia sahaja kerana tidak seperti yang dipaparkan di lelaman Prime Video! Drama ini tidak ada dalam Prime Video.

Alhamdulillah! Akhirnya, aku temui drama ini dalam lelaman Drama Cool. Sekarang aku sedang menonton drama Korea yang aku idam-idamkan iaitu High Kick Musim Ke-2 (Episod 1).

Berikut ialah pautan drama High Kick Musim Ke-2 (Episod 1). 

High Kick! 2 Episode 1 (dramacool.re)

No comments:

Post a Comment