Friday, June 13, 2025

Masya Allah, peluang dan pengalaman ...

Masya Allah tabarakallah.

Air mata bergenang dek perasaan tersentuh dan rindu kepada peluang dan pengalaman menjadi siswi di Universiti Malaya dengan izin Allah Al Wahhab.

Tahun-tahun yang direzekikan untukku berada di Universiti Malaya ialah nikmat indah yang kuhargai.

Apabila aku mendapat tahu bahawa Kidzania Kuala Lumpur terletak di The Curve, Petaling Jaya dan kemudian aku sengaja menaip di Google akan peta perjalanan dari UM yang juga terletak di Petaling Jaya ke The Curve, terbit perasaan terharu....

(Sebenarnya, aku baru pulang dari Sentosa petang tadi setelah bercuti 3 hari 2 malam di sana dan berkunjung ke Kidzania semalam).

Masya Allah.

2009 - 2012 ialah tahun-tahun aku berada di Universiti Malaya sebagai seorang siswi dari Singapura yang membawa diri, jiwa nan lara....

Pada mulanya, aku sendiri ragu-ragu setelah menjejakkan kaki di asrama Kolej Ungku Aziz.

Jangka masa seminggu dua bahkan sebulan dua yang aku tempuhi di asrama dan akademi masih lagi aku ragui.

Boleh dikatakan semester pertamaku di Universiti Malaya, khususnya Akademi Pengajian Melayu aku rempuhi dengan perasaan sangsi.

Alhamdulillah, Allah Ar Rahmaan menggantikan perasaan sangsi dengan perasaan tenang dan senang hati semenjak semester kedua hinggalah ke semester keenam.

Masya Allah tabarakallah.

Kini, segalanya hanya tinggal memori yang kian dilupakan.

Semakin lama, semakin pudar kenangan-kenangan indah yang tidak terhitung nikmatNya.

Ya Allah Ya Wahhab, aku berterima kasih atas peluang dan pengalaman meniti tahun-tahun 2009 - 2012 di bumi Malaya.

Antara nikmat terindah yang Allah s.w.t rezekikan kepada seorang Noraini Binte Mohamed Yusope ialah nikmat menuntut ilmu dan hidup di Kuala Lumpur, Malaysia sebagai siswi Universiti Malaya.


No comments:

Post a Comment