Tuesday, September 16, 2025

27 November 2017 yang tinggal sejarah

Daku antara insan yang sungguh bahagia apabila mendapat tahu bahawa Fazura dan Fattah telah bernikah pada 27 November 2017.

Pada masa itu, aku yang sakit sedang berbaring di atas katil di bilik yang kami sewa di Blok 43, Chai Chee Street.

Situasi diriku pada malam itu masih aku ingati.

Masya Allah!

Apabila aku mengetahui tentang berita yang tersiar dan tersebar di internet pada malam itu memandangkan pernikahan itu dilaksanakan dalam masa terdekat selepas mereka pulang daripada umrah, maka pernikahan itu ternyata satu kejutan. 

Daku yang sakit di katil terus segar dek perasaan teruja dan bahagia dengan pernikahan Fattah dan Fazura.

Daku bersyukur atas pernikahan yang Allah Ar Razzaaq taqdirkan untuk mereka berdua. 


Daku antara insan yang bahagia pada malam itu.....

No comments:

Post a Comment