Apabila kedua-dua watak lelaki dalam hidup seorang watak wanita hadir bersama payung di tangan...
Payung menjadi unsur simbolik?
Watak lelaki pertama, W membawa payung ketika hari hujan untuk memayungi Y yang kurang sihat sehingga akhirnya watak Y pengsan di perhentian bas dan watak W terpaksa meninggalkan payung itu untuk mendukung watak Y ke hospital terdekat. Y menghargai kebaikan W. Itulah detik permulaan seorang Y jatuh cinta kepada seorang W.
Watak lelaki kedua, B menemukan dan memulangkan payung milik Y yang hilang. Oleh sebab payung itu ialah payung kegemaran Y, seorang Y sungguh gembira.
Inilah drama Korea yang telah aku selesaikan siri pertamanya dan kini sedang memulakan siri keduanya.
Seketika, aku teringat kepada sebuah drama Melayu yang menggunakan payung sebagai unsur simbolik. Drama Melayu itu bertajuk Gadis Masa.
Bahkan, sebuah drama korea Korea yang menggunakan payung sebagai unsur simbolik ialah Under The Queen's Umbrella. Pada tajuknya sahaja, sudah ada perkataan 'umbrella'. Jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu, tajuk drama Korea tersebut ialah Di Bawah Payung Sang Permaisuri.
Payung menjadi unsur simbolik?
No comments:
Post a Comment