Indahnya persahabatan dua orang gadis yang kemudian menjadi wanita dan isteri.
Persahabatan antara Gil Chae dan Eun Ae dalam drama My Dearest terlalu berharga.
Perwatakan mereka berbeza.
Bahkan, boleh dikatakan bahawa mereka mempunyai lebih banyak perbezaan daripada persamaan.
Namun, kasih sayang, ketulusan dan kesetiaan antara mereka bak sepasang adik-beradik dalam menghadapi pancaroba penjajahan kerajaan Qing sebenarnya membuktikan bahawa mereka saling memerlukan dan saling melengkapi.
Subhanallah.
Alangkah indahnya persahabatan seperti itu.
Meskipun, pada hakikatnya Gil Chae ada menaruh perasaan cemburu terhadap Eun Ae dan merancang perkara yang tidak diingini semata-mata untuk mendapatkan perhatian Nam yang mencintai Eun Ae, situasi kalut penjajahan telah mendewasakan Gil Chae dan semakin meneguhkan persahabatan kedua-dua gadis ini.
Inilah persahabatan yang bernilai dan indah dalam drama My Dearest.
Persahabatan mereka mengingatkan daku kepada drama Hometown Cha Cha Cha yang juga memaparkan persahabatan dua orang wanita yang erat iaitu Hye Jin dan Mi Seon.
No comments:
Post a Comment