Monday, October 13, 2014

Strategi Pembelajaran Dalam Bulatan: 20 Peribahasa

20 peribahasa yang daku ajarkan kepada para pelajar melalui Strategi Pembelajaran Dalam Bulatan:

(a) air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
(b)
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(b) sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
(c) harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
(d) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(e) kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
(f) lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
(g) tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
(h) belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
(i) berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
(j) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(k) jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
(l) kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
(m) kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
(n) meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
(o) hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
(p) kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
(q) menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
(r) rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
(s) cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga

 
 
 
 

Sunday, October 12, 2014

Pertemuan semula

 
 
Pertemuan semula dengan Sarimah dan Wahedan di Swensen's, Bedok Mall pada Khamis, 9 Oktober 2014.
 
Subhanallah.
 
Semasa menengah satu, Sarimah dalam kelas 1D dan Wahedan dalam kelas 1E.
 
Aku pula dalam kelas 1F.
 
Apabila aku diberi peluang untuk berganjak ke aliran Ekspres dalam kelas 2E bersama Wahedan, kami sekelas dengan Sarimah kerana dua kelas ini digabungkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.


Wednesday, October 8, 2014

Entri berdasarkan huruf A hingga Z: Selesai sudah!

Selesai sudah entri berdasarkan huruf A hingga Z. Walaupun terdapat kegenjotan kerana entri untuk huruf H mendahului huruf G, aku tetap gembira dan bangga kerana berjaya melengkapkan entri-entri lebih awal daripada yang dijangkakan. Tahniah Nuraini!

Cuti 21 hari yang diberikan kepadaku membantu aku menghasilkan entri yang banyak dan itulah antara faktor utama aku dapat melengkapkan entri-entriku lebih awal daripada yang dijangkakan.

Esok, aku akan kembali ke tempat tugas yang mencabar setelah 3 minggu bercuti. Bahkan lebih daripada itu!



Z untuk Zaki


Zaki, Peter, Suyin dan Ravi merupakan antara nama yang ditemui dalam buku teks dan buku kerja semasa aku seorang pelajar di sekolah rendah.

Buku teks dan buku kerja Intisari Bahasa atau Sari Bahasa.

Tidak pasti sama ada Intisari Bahasa atau Sari Bahasa.

Aku pernah menemui buku teks dan buku kerja ini dalam koleksi simpanan di Perpustakaan NIE ketika aku menuntut di NIE.

Aku masih mengingati muka depan buku teks dan buku, walaupun tidak jelas tetapi ada cebisan memori tentang gambar empat orang kanak-kanak sedang membaca buku.

Kenangan mengusik jiwa.

Y untuk Youtube

Zaman VCR telah lama berlalu.

Zaman ini zaman Youtube.

Maka terciptalah perkataan 'muat naik' dan 'muat turun' bagi 'upload' dan 'download' memandangkan video-video tidak lagi dirakam menggunakan pita kaset dan alat perakam VCR.

Sebaliknya dimuat naik di lelaman perkongsian fail video Youtube.

Hanya perlu ada akses internet dan kemahiran mengklik.

Semudah itu.

Kalau berminat dengan klip video atau fail video tersebut, boleh muat turun pada bila-bila sahaja tetapi harus berhati-hati kerana pengalaman memuat turun drama Korea telah menyebabkan kedua-dua komputer ribaku dicemari virus.

Youtube menjadi pilihan pada zaman ini untuk menonton klip video atau fail video yang diperlukan.

Y untuk Youtube.

X untuk X-Ray

Bisa masih terasa sehingga kini.

Namun, keputusan daripada pemeriksaan X-Ray membuktikan bahawa tidak ada masalah yang berlaku terhadap tulangku.

Bisa ini entah dari mana?

Pembelajaran Peribahasa Dalam Bulatan: Menengah 1 Ekspres

Pembelajaran Peribahasa Dalam Bulatan











Apabila lagu diputarkan....