Wednesday, February 22, 2023

Selfless to the core: Dialogue in Start Up (Episode 1)

"If you become successful, don't call me. Don't call me if you become rich and get married. Don't call me if you're happy. I don't want to feel jealous. But call me... if you're going through a rough patch. Come to me if it's raining and you have nowhere to go like you once did. Don't just stand in the rain. You know where to find the keys."

Masya Allah.


Watak utama: Penyejuk mata, Penawar hati


Watak utama yang prihatin, ambil berat, baik hati, pemurah, rajin, suka menolong sesiapa pun, bersungguh-sungguh dan serba boleh. Watak ini digambarkan sebagai watak yang terang hati dan bijak sejak beliau kecil. Bukan sekadar Chief Hong mempunyai paras rupa yang kacak, bagiku perwatakannya yang prihatin, baik hati dan suka menolong sesiapa pun memperlihatkan EQ beliau yang unggul. Watak penyejuk mata, penawar hati yang dilakonkan oleh Kim Seon Ho diberi nama Hong Du Sik dan digelar oleh masyarakat kampungnya sebagai Chief Hong. 

Sunday, February 19, 2023

Watak utama yang menyenangkan: Diary of A Prosecutor

Watak utama sekaligus pencerita dalam drama Diary of A Prosecutor menyenangkan!

Aku menjangkakan cerita ini berfokuskan dua watak utama iaitu watak lelaki dan watak perempuan.

Bahkan, aku menjangkakan bahawa ada jalan cerita cinta antara kedua-dua watak utama.

Hakikatnya, cerita ini bertumpukan seorang watak utama iaitu Lee Sun Woong yang dikelilingi rakan sekerjanya.

Seorang watak utama dan ramai watak sampingan.

Bahkan, Lee Sun Woong sudah pun berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki.

Tidak ada jalan cerita cinta antara Cha Myung Joo dan Lee Sun Woong.

Sekadar sebagai rakan sekerja yang tidak sehaluan sejak dari mula.

Namun, pergeseran atau konflik antara mereka tidak begitu agresif.

Lantas, drama ini mengetengahkan tema mengenai pekerjaan seorang pendakwaraya atau sekumpulan pendakwaraya.

Bukan sekadar cerita Lee Sun Woong tetapi rakan-rakan sekerja atau sedivisyen dengannya.

Antara yang menarik dalam drama yang mengupas mengenai kehidupan sehari-harian sekumpulan pendakwaraya ini, terzahir perbezaan antara majoriti dan minoriti.

Majoriti adalah dari Jinyeong yang mempunyai cara kerja atau budaya kerja yang 'chillax'.

Manakala, minoriti ialah pendatang baharu dari Seoul yang telah dihantar ke divisyen mereka iaitu Cha Myung Joo yang ternyata sungguh proaktif dan produktif.

Sebenarnya, aku menjangkakan watak Cha Myung Joo adalah sama atau lebih kurang sama dengan watak lakonannya dalam Witch At Court.

Namun, jangkaanku meleset.

Wataknya berbeza.

Dalam Witch At Court, Jung melakonkan watak pendakwaraya yang ceria, lucu, suka mengambil kesempatan atau sanggup menipu daya agar menang kes dan banyak mulut.

Dalam Diary of A Prosecutor, Jung melakonkan pendakwaraya yang serius, 'rigid', tidak empati terhadap sesiapa pun dan berbicara jika perlu sahaja.

Adakala kata-katanya tajam menikam walaupun ringkas atau sekali-sekala sahaja.

Aku tidak selesa dengan watak Jung dalam Diary of A Prosecutor yang terlalu serius dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain.

Atas dasar itu, aku menyenangi watak utama yang 'warm hearted' tetapi 'cool' iaitu Lee Sun Woong.

Dalam ketegasannya mempertahankan hujahnya, dia tidaklah agresif sehingga hilang pertimbangan.

Dalam keteguhannya mempertahankan prinsipnya, dia tetap tenang dan prihatin.

Lee Sun Woong mengambil berat akan mereka yang ditindas apatah lagi golongan rakyat biasa.

Namun, dia sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap golongan berpengaruh yang telah menyalahgunakan kuasa.

Itulah salah satu perwatakannya yang paling aku kagumi!

Upright yet reasonable.


Ruang kerja mereka - bangunan dan pejabat tidak begitu memberangsangkan.

Shabby and depressing? 

Namun, aku paling suka dengan dinamika dan sinergi divisyen mereka.

Mereka bekerja seperti sebuah keluarga yang saling mengambil berat.

Saling menyokong dan saling mendokong.

Saling meluahkan dan saling mendengarkan.

Tidak ada perasaan hasad dengki atau keinginan untuk menjatuhkan atau menikam antara satu sama lain.

Maklumlah, bukankah budaya kerja mereka 'chillax'?

Sekaligus, tidak kompetitif.

Menarik bukan?

Di situ, tersirat dan tersurat kebijaksanaan penulis skrip yang perlu kita renungkan bersama.

Bukankah persaingan atau suasana berdaya saing mewujudkan bibit-bibit hasad dengki dan tidak puas hati yang kemudian bertunas menjadi saling membenci. 

Akhirnya ....? 

Kesudahannya.... telah kita rasakan sendiri di tempat kerja dewasa ini.  

Namun, divisyen mereka yang bernada dan bernadi kekeluargaan ini pastinya diuji dengan kegetiran daripada watak-watak di luar divisyen mereka. 

Kejahatan dan kezaliman dari pihak atasan yang berkuasa dan berpengaruh sebagai contoh.

Work politics!

What is work without politics, right?

Lantas, drama ini adalah menyenangkan untuk ditonton sebagai hiburan dan pengajaran.

Saturday, January 7, 2023

Terapi minda melalui penglihatan

Minda kian tenang apabila menerima stimulus yang tenang dan menenangkan.

Maka, peliharalah minda dengan memastikan deria penglihatan kita dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Masya Allah.

Mata atau deria penglihatan ialah jendela kepada minda.

Mengapa pula bukan pintu?


Fungsi pintu adalah bagi penghuni dan tetamu keluar masuk rumah.

Manakala fungsi jendela adalah bagi penghuni memandang dan selanjutnya memerhati dari dalam rumah akan suasana atau keadaan di luar rumah. 


Sunday, January 1, 2023

Surah of the week: Al Fatihah

Tahun baharu 2023 ini kita mulai dengan memahami surah Al Fatihah yang bermaksud Pembukaan.


Note: In appreciation of the Fatihah, the knowledge of Fatihah has to be refreshed and renewed. May Allah gives us increased appreciation of Fatihah. 7 highly praised verses. Don't lose sight of Fatihah. Reciting Al Fatihah for someone as healing / cure. Al Fatihah (Ummul Kitab: The mother of the book). Allah praises whoever recites Fatihah

Alhamdulillahirabbil 'alamin: Declaring of your emotion. The heart crying out these words. Mercy and justice of Allah. Balance of mercy and justice.

Aplikasi Sabr

Itulah aplikasi yang diperkenalkan oleh seorang Instragrammer / content creator / influencer.

Shaykh Hisham Al Qaisi sedang menyampaikan syarahan beliau yang bertajuk 'The Greatest Reward'.

Dalam module 'Paradise', terkandung 6 sesi ringkas bertajuk seperti berikut:

(1) Welcome To Paradise (2 min): Intention to go to paradise.

(2) People of Salaam (6 min): Allah veiled paradise with difficulties. Therefore, we shall struggle in the world. Ihdinassiratolmustaqiim. You will enter paradise with the beautiful greeting of Salaam. If you are conscious of Allah, angels of Allah will open the gates of paradise for you with Assalamualaikum.

(3) The Fruits of Paradise (8 min): No one knows what is kept hidden as rewards for each of us. Scale of good deeds. Scale of bad deeds. Scale of Allah's mercy. 

(4) Your Place in Paradise (11 min): Paradise is yours and paradise is promised to whom who want it. Paradise is veiled in difficulties. Hell fire is veiled in pleasures. The difficulties and hardships are the key to paradise. Allah knows who you are. Seek forgiveness from Allah after we have sinned / messed up. Those who were taken out from jahannam / hell fire to the paradise will be poured with water and renewed. Allah loves when we ask from Allah. 

(5) Levels of Paradise (8 min): 8 gates. Wudu' will glow on the day of judgement and will be an identification. What will my paradise look like?

(6) The Greatest Reward (6 min): Stay away from evil. Say istighfar. Set for the goal - the absolute highest paradise (Firdaus). May Allah greet us with salaam.

Keenam-enam sesi dalam modul ini indah didengar. Maklumlah, syarahan mengenai syurga. Daku menghargai sesi ke-4 iaitu Your Place in Paradise kerana pensyarah menjelaskan mengenai rasional kesusahan hidup di dunia ini. Apabila hati mendongkol melihat insan yang terseksa dek peperangan, terhina dek kemiskinan, kepapaan dan kemelaratan hidup, tersakiti dek penindasan dan penzaliman... sesungguhnya, hanya Allah yang akan memberikan kebahagiaan yang kekal di syurga kelak.

Tahun baharu: 2023

Demi masa yang dimiliki Allah yang Maha Mentadbir.

Kita telah melangkah ke tahun baharu iaitu tahun 2023.


Semoga sejahtera.