Tuesday, March 3, 2026

Surah As Syu'ara (Surah 26: Ayat 1 hingga Ayat 68) mengenai Nabi Musa

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Taa, Siin, Miim.

(Asy-Syu'araa' 26:1)
A002

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.

(Asy-Syu'araa' 26:2)
A003

Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.

(Asy-Syu'araa' 26:3)
A004

Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.

(Asy-Syu'araa' 26:4)
A005

Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.

(Asy-Syu'araa' 26:5)
A006

Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.

(Asy-Syu'araa' 26:6)
A007

Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?

(Asy-Syu'araa' 26:7)
A008

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.

(Asy-Syu'araa' 26:8)
A009

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

(Asy-Syu'araa' 26:9)
A010

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -

(Asy-Syu'araa' 26:10
A011

"Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"

(Asy-Syu'araa' 26:11)
A012

Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.

(Asy-Syu'araa' 26:12)
A013

"Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).

(Asy-Syu'araa' 26:13)
A014

"Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".

(Asy-Syu'araa' 26:14)
A015

Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.

(Asy-Syu'araa' 26:15)
A016

"Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.

(Asy-Syu'araa' 26:16
A017

"Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".

(Asy-Syu'araa' 26:17)
A018

Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?

(Asy-Syu'araa' 26:18)
A019

"Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"

(Asy-Syu'araa' 26:19)
A020

Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.

(Asy-Syu'araa' 26:20)
A021

"Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.

(Asy-Syu'araa' 26:21)
A022

"Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.

(Asy-Syu'araa' 26:22)
A023

Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"

(Asy-Syu'araa' 26:23
A024

Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".

(Asy-Syu'araa' 26:24
A025

Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"

(Asy-Syu'araa' 26:25
A026

Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."

(Asy-Syu'araa' 26:26
A027

Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"

(Asy-Syu'araa' 26:27
A028

Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"

(Asy-Syu'araa' 26:28
A029

Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".

(Asy-Syu'araa' 26:29
A030

Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"

(Asy-Syu'araa' 26:30
A031

Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

(Asy-Syu'araa' 26:31
A032

Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.

(Asy-Syu'araa' 26:32
A033

Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

(Asy-Syu'araa' 26:33)
A034

Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.

(Asy-Syu'araa' 26:34
A035

"Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"

(Asy-Syu'araa' 26:35
A036

Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),

(Asy-Syu'araa' 26:36)
A037

"Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".

(Asy-Syu'araa' 26:37
A038

Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.

(Asy-Syu'araa' 26:38
A039

Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.

(Asy-Syu'araa' 26:39
A040

"Semoga kita (tetap) mengikut (agama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".

(Asy-Syu'araa' 26:40
A041

Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"

(Asy-Syu'araa' 26:41)
A042

Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".

(Asy-Syu'araa' 26:42
A043

Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".

(Asy-Syu'araa' 26:43
A044

Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".

(Asy-Syu'araa' 26:44
A045

Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

(Asy-Syu'araa' 26:45
A046

Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,

(Asy-Syu'araa' 26:46
A047

Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,

(Asy-Syu'araa' 26:47
A048

"Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".

(Asy-Syu'araa' 26:48
A049

Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".

(Asy-Syu'araa' 26:49
A050

Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.

(Asy-Syu'araa' 26:50
A051

"Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".

(Asy-Syu'araa' 26:51
A052

(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".

(Asy-Syu'araa' 26:52)
A053

(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),

(Asy-Syu'araa' 26:53
A054

(Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,

(Asy-Syu'araa' 26:54
A055

"Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.

(Asy-Syu'araa' 26:55
A056

"Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".

(Asy-Syu'araa' 26:56
A057

Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,

(Asy-Syu'araa' 26:57
A058

Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.

(Asy-Syu'araa' 26:58
A059

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.

(Asy-Syu'araa' 26:59
A060

Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.

(Asy-Syu'araa' 26:60
A061

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".

(Asy-Syu'araa' 26:61
A062

Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".

(Asy-Syu'araa' 26:62
A063

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

(Asy-Syu'araa' 26:63
A064

Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.

(Asy-Syu'araa' 26:64
A065

Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.

(Asy-Syu'araa' 26:65
A066

Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).

(Asy-Syu'araa' 26:66
A067

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.

(Asy-Syu'araa' 26:67
A068

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

(Asy-Syu'araa' 26:68

Sunday, March 1, 2026

Kurnia (Slam)

Kurnia (Slam)

Terlukis hakikat insani
Dari cinta lautan jiwa
Satu penzahiran rasa jelas di mata
Satu lakonan di pentas dunia

Lukisan yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang tak ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Marilah kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang 
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi

Aku hanya menumpang kasih
Melihat keindahan menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih 
Atas kurnia yang tak terhingga


Daku mengenangkan persahabatan antara Puteri Farhana dan Mia dalam Gol N Gincu. Alangkah indah nikmat kasih sayang.

Wednesday, February 25, 2026

Surah Six Seven: Surah Al Mulk

 Bismillah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

A001

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

(Al-Mulk 67:1)
A002

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

(Al-Mulk 67:2)
A003

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

(Al-Mulk 67:3)
A004

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

(Al-Mulk 67:4)

Thursday, February 19, 2026

Lagu-Lagu Melayu Yang Kusuka...

Lagu-lagu Melayu yang kusuka (bermula dengan huruf):


A: Andai Dapat Ku Undurkan Masa (AXL)

Apa Sebenarnya (Fauziah Latif)

Asyik (Damasutra)


B: Bayangan Gurauan (Mega)

Berhenti Berharap (Sheila On 7)

Bila Cinta (Gio)

Bila Cinta Didusta (Screen)

Bila Diri Disayangi (Ukays)

Buat Seorang Kekasih (Slam)


C: Cenderawasih (2D)


D: Dambaan (Didicazli)

Demi Kasih Sayang (Siti Nurhaliza)

Di Saat Aku Mencintaimu (Dadali)

Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu (Ukays)


E: Enggan (Fauziah Latif)


F: Fatwa Pujangga (Aishah)

Fiona (4U2C)


G: Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latif)

Gerimis Mengundang (Slam)


H: Hajat (Haida)


I: Intan Dan Perak (Imran Ajmain)


J: Jalan Cinta (Sherina)

Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)


K: Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)

Kemarin (Seventeen)

Kembali Terjalin (Slam)

Kembang Perawan (Gita Gutawa) menjentik memoriku akan sebuah filem Sepi yang menggamit jiwaku yang sepi pada tahun 2008. Filem Sepi merupakan antara filem yang dekat di hatiku dan menjadi kegemaranku hingga ke detik ini.

Kerana Terluka (Nurul)

Kurnia (Slam)


L: Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan)

Lara Lagi (Adira)


M: Masih Terserlah Ayumu (Exists)

Mengapa Dirindu (Noraniza Idris)

Mengapa Perpisahan Yang Kau Pintu (Flybaits)

Merindu Kepastian (Art Fazil)


N: 


O: Ombak Rindu (Hafiz & Adira)


P: Pahit Akan Manis Akhirnya (UKs)

Permata Untuk Isteriku (Kopratasa)

Purnama Merindu (Siti Nurhaliza)


R: Ratuku (Awie & Adira) menjentik memoriku akan sebuah drama Sehangat Asmara yang dilakonkan oleh Rita Rudaini dan Adi Putra pada tahun 2013

Rindu Bayangan (Jay Jay) menjentik memoriku akan momen pada tahun 1997/98 semasa di dalam MRT sepulangnya dari Politeknik Singapura bersama seorang rakan, Natila yang mengatakan bahawa dia menyukai lagu ini 


S: Sekelip Mata Kau Berubah (Lestari)

Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain)

Selasihku Sayang (Ahmad Jais & Rafeah Buang)

Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku (Arrow)

Sepi (Yuni Shara)

Seribu Bayangan (Damasutra)

Seribu Tahun (Imran Ajmain)

Suratan Atau Kebetulan (Kenny, Remy & Martin)


T: Teman (Zubir Abdullah)

Terasing Dalam Sepi (Slam)

Tiara (Kris)


U: Umpama Mimpi Dalam Mimpi (Damasutra)

Untuk Cinta (Hafiz & Adira)

Untukmu Ibu (Exist)


V:


W: Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud)


Y: Yang Terindah Hanyalah Sementara (Erra Fazira)


Z:

Tuesday, February 17, 2026

Masya Allah! Seorang Que Haidar dan seorang Nur Fazura...

Masya Allah. Dalam fasa yang sedang berlaku dengan izin Allah yang Maha Penyayang iaitu bertunasnya kasih seorang Que Haidar terhadap seorang Fazura dalam bulan Syaaban bersamaan bulan Februari ini, Que telah menyanyikan lagu Kembali Terjalin semasa beliau Live di Tiktok.

Maklumlah, Que Haidar pernah berlakon sebagai watak sampingan bernama Ikan manakala Fazura pula berlakon sebagai watak utama bernama Putri Farhana dalam kedua-dua drama bersiri Gol N Gincu. Drama bersiri ini merupakan drama kegemaranku suatu masa dahulu meskipun aku kurang senang dengan beberapa unsur liberal yang terkandung dalam drama itu. Siri pertama drama ini telah disiarkan pada tahun 2006 dan siri kedua pula disiarkan pada tahun 2007.

Masya Allah! 20 tahun kemudian iaitu pada tahun 2026, mereka bertemu semula melalui pelancaran busana Jakel pada Khamis, 22 Januari bersamaan 3 Syaaban 1447. 

Mereka berdua juga berlakon sebagai watak utama dalam filem Selamat Pagi Cinta yang disiarkan pada tahun 2008. Uniknya babak mereka ialah watak Azam dan watak Julia hanya bertemu dalam satu babak sahaja iaitu babak terakhir sekaligus babak penutup filem itu. Seolah-olah satu petanda bahawa mereka berdua akan bertemu kelak pada masa yang Allah tetapkan. Pada tahun 2026, Allah telah menemukan mereka semula. Bukan sebagai watak Azam dan watak Julia tetapi seorang Que Haidar dan seorang Nur Fazura.

Pada tahun 2010, Que dan Fazura berlakon sebagai watak sampingan dalam filem Legenda Budak Setan 1 tetapi mereka tidak ada babak bersama. Lagipun, pada tahun tersebut, Que sudah pun mendirikan rumahtangga yang bahagia dengan wanita kacukan Melayu-British iaitu Linda Jasmine.

Namun, perkahwinan Que dan Linda sepanjang 15 tahun berakhir pada tahun 2024. Beberapa bulan kemudian iaitu pada tahun yang sama, perkahwinan Fazura dan Fattah sepanjang 7 tahun pula berakhir sehingga menyebabkan daku sebagai penyokong Fazura dan Fattah berduka (grieve) sehingga kini. 

Masya Allah.... semenjak pertemuan Que dan Fazura di majlis pelancaran busana Jakel (pada 22 Januari) apabila mereka duduk sebaris diikuti dengan klip video (awal Februari) yang memaparkan Que mengambil hati Fatima dengan menghadiahkan Slime dan Play Doh kepada Fatima, daku terharu. Semakin hari, semakin banyak video antara Que dan Fazura diikuti dengan episod Live di Tiktok yang memaparkan detik-detik bertunasnya kasih antara seorang Que Haidar dengan seorang Nur Fazura. Sejauh ini, sudah ada 4 episod mereka berdua Live di Tiktok. Bukan sahaja hati Que berbunga-bunga mekar setaman, hati daku dan hati netizen turut berbunga-bunga mekar setaman sambil kami tersenyum-senyum. Taman bunga yang sedang mekar harum mewangi seluas tanah Melayu. Bahkan, lebih jauh daripada itu memandangkan ada netizen di luar negara. 

Selepas episod pertama Live antara Que dan Fazura yang 'bertemakan' tiramisu pada malam itu, Que tersenyum-senyum sambil menyanyikan lagu Kembali Terjalin. Betapa lirik lagu Kembali Terjalin itu ternyata menggambarkan perasaan Que...


Masya Allah! Betapa Allah yang Maha Berkuasa mentadbir dan mengurus Qada' dan Qadar setiap hamba-hambaNya. Semoga Allah melindungi kedua-dua Que Haidar dan Nur Fazura dalam kebaikan hendakNya.

Friday, February 13, 2026

1996: Yang Terindah Hanyalah Sementara

30 tahun telah berlalu...

Antara lagu yang pernah mengusik perasaan remajaku pada tahun 1996 sehingga aku menghamburkan air mata.... sekaligus lirik yang terkandung dalam lagu itu menyuntik kekuatan kepada qalbuku agar bersandar kepada Allah ialah lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara nyanyian Erra Fazira.

1995 dan 1996 ialah tahun yang penuh dengan air mata dek krisis perumahan, krisis kekeluargaan, krisis persekolahan dan krisis percintaan.

Trauma yang dialami tanpa diri sendiri memahami ialah kegelapan bagi jiwa sedang berada di titik terendah sebuah jurang yang dalam.

Akibatnya, pelajaranku terjejas teruk.

Bahkan, kesannya masih berbekas sehingga ke hari ini apabila sekali sekala diriku masih didatangi mimpi buruk yang berulang-ulang mengenai krisis persekolahan pada tahun 1996 dan 1995.

Seolah-olah, jiwaku masih terperangkap dalam tahun 1996 dan 1995.

Apabila Erra Fazira mendendangkan lagu YTHS dengan air mata baru-baru ini, memori ini terimbas kepada tahun 1996 yang sungguh memilukan.

Lirik lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara:

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tiada hentinya memanjangkan doa
Semoga jiwa ini terus tabah (semoga terus tabah)

Sesungguhnya saat yang terindah
Hanyalah sementara
Yang terpahat dalam diri
Hanya kenangan dan nestapa oh

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa terjadi
Andainya begitu suratan
Yang tertulis di azali
Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak
Langkah perjalanan ini

Sesungguhnya saat yang terindah
Hanyalah sementara
Yang terpahat dalam diri
Hanya kenangan dan nestapa oh

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa terjadi
Andainya begitu suratan
Yang tertulis di azali
Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak
Langkah perjalanan ini

Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan 

Thursday, February 12, 2026

Surah Al Baqarah (Day 28 and Day 29) with Nouman Ali Khan

Insha Allah, inilah pos pertamaku pada tahun ini iaitu 2026. Pos ini merupakan sambungan dari April 2024 sekaligus pos terakhir mengenai video kupasan Surah Al Baqarah oleh Nouman Ali Khan. Video kupasan Surah Al Baqarah ini terbahagi kepada 29 klip video hari pertama (Day 1) hingga hari kedua puluh sembilan (Day 29) sahaja.

A079

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

(Al-Baqarah 2:79)
A080

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

(Al-Baqarah 2:80)
A081

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqarah 2:81)
A082

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqarah 2:82)
A083

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

(Al-Baqarah 2:83)
A084

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

(Al-Baqarah 2:84
A085

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Baqarah 2:85)