Saturday, February 15, 2025

Surah Maryam, ayat 85

Surah Maryam, ayat 85:

(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.

Sunday, February 2, 2025

Penghujung Januari

Daku tumpas dek demam pada penghujung Januari.

Akhirnya, daku ke klinik jua pada 31 Januari (Jumaat) semenjak dilanda demam pada 28 Januari (Selasa).

Friday, January 31, 2025

Subhanallah: Maha Suci Allah

Uktub (Write / Tulis)



Projek Januari 2025: Projek kedua bermula pada 21 Januari 2025 (Selasa)

Lebih seminggu daku mengambil masa untuk mengecat almari ini bermula pada 21 Januari 2025 (Selasa).

3 lapisan kesemuanya.

2 lapisan pertama ialah hasil daripada penggunaan cat Antique Green sahaja.

Lapisan terakhir pula dihasilkan dengan mencampurkan cat Antique Green dengan cat Nautical.

Inilah hasilnya.

Tidak sempurna.

Masih belum sempurna. 

Namun, bagi seorang pemula, Alhamdulillah.


Projek keduaku ini kurang sempurna.

Namun, setiap destinasi harus bermula dengan satu langkah pertama.

Insha Allah, inilah langkah keduaku.

Saturday, January 25, 2025

Projek Januari 2025: 11 Januari 2025 (Sabtu)

Salam sejahtera untuk ruh, qalbu, nafsu, perasaan, aqal, jasad, jiwa seorang Noraini Binte Mohamed Yusope dalam bulan Januari.

Perjalanan dalam tahun 2025 telah pun bermula.

Perjalananku pada tahun ini adalah di luar kebiasaan kerana aku tidak pernah menjangka akan mengikuti kursus mengecat selama 3 jam bersama Big Blue Trunk yang terletak di 43 Keppel Road.

Perjalanan ini diinspirasikan Masya Allah melalui klip video ringkas (shorts) serta klip video Youtube milik seorang wanita Serbia yang sangat kreatif dalam menghasilkan banyak projek catan yang sungguh menarik perhatian.

Beliau memiliki studio atau kedai serta syarikat beliau sendiri yang dinamakan Kacha.

Beliau dikenali ramai sebagai Kacha tetapi nama sebenar beliau ialah Katarina.

Melalui beliau, Masya Allah .... daku menghasilkan projek Januari 2025 yang dilaksanakan dan terlaksana pada 11 Januari 2025.



Almari kecil ini dicat dengan cat kapur yang dikenali sebagai Chalk Paint by Annie Sloan.

Daku telah memilih gabungan warna ungu Emile dan warna merah jambu (pucat) Antoinette.